Aurat Terjaga, maruah anda akan terpelihara. Mesej khusus untuk wanita-wanita dari Kelantan dari Kerajaan Membangun Bersama Islam.
Di kelantan, sebarang papan iklan yang ingin didirikan, khusus yang melibatkan model wanita, maka syaratnya model wanita itu perlu menutup aurat.
Itulah dasar Membangun Bersama Islam. Sebaliknya di negeri bawah pemerintahan Umno, banyak iklan-iklan wanita bukan sahaja tidak menutup aurat tetapi ada yang memperlihatkan bentuk tubuh badan dan kelihatan seksi.
Adakah ini yang ingin diperlihatkan pada masyarakat. Islam datang untuk memartabatkan dan menaikkan maruah wanita dengan menutup tubuh wanita, tetapi kerajaan umno pula sebaliknya, membiarkan pengeksplotasian tubuh badan wanita di mana-mana.
Adakah ini bertepatan dengan pendekatan Islam Hadhari. Andainya ia bercanggah, sudah tentu dah lama ia dibetulkan, tapi masalahnya inilah Islam hadhari (menghalalkan apa sahaja, nauzubillah).
|