Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Babi, Kenapa Sekarang baru nak prihatin ??
Monday, April 14, 2008
Saya tidak mahu mengulas samada wajar atau tidak Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek penternakan babi di Kuala Selangor. Yang saya cukup bengang dan meluat ialah kepura-puraan pemimpin umno yang menunjukkan keprihatinan mereka dalam isu babi ini.

Kenapa sekarang baru UMNO begitu prihatin dan kecoh dan sensitif dengan binatang yang bernama babi. Waktu dia memerintah 2/3 kerusi parlimen dulu pun, sememangnya sudah wujud ladang penternakan babi samada di Selangor, Melaka dan ditempat-tempat yang majoritinya cina yang tidak beragama Islam.

Isu di melaka contohnya sebelum ini, senyap sunyi pemimpin umno dari memberikan sebarang komen dan kenyataan kerana Melaka itu negeri dibawah pemerintahannya. Tapi hari ini, pandai pulak si UMNO ini soal babi ini haram kepada orang islam, kotor, jijik, kena jaga perasaan dan sensitiviti umat Islam dan bermacam-macam lagi pandangan seolah UMNO ini pembela umat islam yang sejati.

UMNO membela Umat Islam ?

Antara yang sempat saya baca tentang komen salah seorang kepimpinan tertinggi umno dalam media miliknya ialah bahawa kita perlu sensitif dengan sebarang isu yang berkait dengan umat Islam. Hampir ingin termuntah rasanya bila membaca kenyataan sedemikian ?

Hipokrit !!!!

Sejak bila UMNO kisah akan umat Islam, sedarkah UMNO yang sensitiviti umat Islam bukannya babi sahaja, dan babi bukan antara perkara yang besar memudaratkan agama dan umat Islam itu sendiri. Ia hanya persoalan haram memakannya dan kebersihan, itu saja.

Bagaimana dengan sensitiviti umat islam dalam soal-soal lain yang jelas mendatangkan kemudaratan yang lebih besar. Soal arak, soal murtad, soal pemerintahan sekular dan 1001 lagi masalah.


Di Selangor, babi mungkin menjadi kemudaratan kepada orang ramai dari segi boleh mendatangkan penyakit dan pencemaran, tapi babi tidaklah boleh menjahanamkan akhlak orang Islam khususnya dan merosakkan masyarakat secara umumnya. Yang menjadi bapak segala kejahatan dan kemudaratan ialah Kilang Arak yang tersergam di Selangor, juga pusat-pusat judi Sports Toto, Rumah-rumah pelacuran, pusat-pusat disko dan segala macam pintu-pintu kejahatan yang dibiarkan selama ini.

Kenapa UMNO tak pernah kecoh ? Kenapa tidak dijadikan sebagai isu, kenapa tidak disuarakan dan disidang akhbarkan di Televisyen-televisyen. Isu babi di selangor hanyalah kesempatan yang diambil oleh UMNO sebagai pembangkang di selangor untuk menunjukkan mereka prihatin dengan masyarakat, sensitif dengan apa yang menguris hati umat Islam dan merekalah pembela masyarakat yang sebenar. Jangan lupa yang projek ini telah dicadangkan di zaman pemerintahan UMNO lagi, kenapa ketika itu tidak ada pun yang kecoh dan menjadikan ia suatu isu. Hanya selepas ia diluluskan dan ia berlaku ketika Pakatan Rakyat yang menjadi pembangkang, maka segala-galanya adalah tidak betul.

Jangan kita lupa yang banyak lagi masalah-masalah lain yang ditinggalkan oleh UMNO di selangor selain dari dari memikirkan masalah babi. Kemudaratan babi tidaklah sebesar dan tidak sama dengan kemudaratan arak, judi dan hiburan hedonisme yang menjajah minda masyarakat di Selangor.

Berapa ramai hari ini masyarakat kita yang rosak dengan arak, dari meminum arak yang merupakan raja segala maksiat, mereka berzina, berjudi, memukul anak isteri. Bukan kita tidak tahu dengan keadaan di Selangor, berapa banyak pusat disko, pusat dangdut dan pub. Adakah mereka yang menziarahi Kelab-Kelab Malam ini melakukan amal kebaikan didalamnya ? Apa alasan kerajaan membenarkan percambahan dan memudahkan lesen dan permit kepada pengusaha-pengusaha Kelab Malam ini. Bahkan ada cadangan gila dari seorang menteri gila yang mencadangkan supaya operasi Kelab Malam dilanjutkan sehingga jam 5 pagi, kononnya bagi meraikan pelancong asing. Apakah dia tidak sedar yang mengerumuni pusat maksiat ini ialah anak-anak melayu yang beragama Islam, yang menjadi GRO juga adalah melayu Islam dan yang menjadi penuang arak juga adalah pemuda-pemuda melayu islam.

Begitu juga soal pusat-pusat judi. Judi bukan sahaja memudaratkan orang Islam tapi Agama lain juga mengharamkan judi, tetapi lihatlah berapa banyak Kedai Judi Sports Toto yang beroperasi. Apakah ini tidak memudarat dan menjahanamkan masyarakat ?

Harap Khir Toyo dapat menjawab di blognya….jangan hanya sibuk soal babi sahaja. Jangan nak menunjukkan keprihatinan dalam nak menjaga kebersihan alam sekitar dan pencemaran yang boleh membawa penyakit dan kemudaratan kepada orang ramai di Sepang.

Bumi Selangor sememangnya sudah lama sakit dengan segala macam pencemaran aqidah dan akhlak yang ditaja oleh UMNO sendiri. Berapa ribu umat Islam yang murtad, berapa ramai yang anak melayu yang berzina, berapa belas ribu anak luar nikah, berapa ramai yang jadi gay dan lesbian. Ada pernah pemimpin UMNO prihatin akan soal ini ?

Labels: ,

posted by Tolhah @ 7:45 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DUSTURUNA


Demi Masa
Previous Post
Archives
Pelawat
Say Something
Pelawat
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT