Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Babi, Kenapa Sekarang baru nak prihatin ??
Monday, April 14, 2008
Saya tidak mahu mengulas samada wajar atau tidak Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek penternakan babi di Kuala Selangor. Yang saya cukup bengang dan meluat ialah kepura-puraan pemimpin umno yang menunjukkan keprihatinan mereka dalam isu babi ini.

Kenapa sekarang baru UMNO begitu prihatin dan kecoh dan sensitif dengan binatang yang bernama babi. Waktu dia memerintah 2/3 kerusi parlimen dulu pun, sememangnya sudah wujud ladang penternakan babi samada di Selangor, Melaka dan ditempat-tempat yang majoritinya cina yang tidak beragama Islam.

Isu di melaka contohnya sebelum ini, senyap sunyi pemimpin umno dari memberikan sebarang komen dan kenyataan kerana Melaka itu negeri dibawah pemerintahannya. Tapi hari ini, pandai pulak si UMNO ini soal babi ini haram kepada orang islam, kotor, jijik, kena jaga perasaan dan sensitiviti umat Islam dan bermacam-macam lagi pandangan seolah UMNO ini pembela umat islam yang sejati.

UMNO membela Umat Islam ?

Antara yang sempat saya baca tentang komen salah seorang kepimpinan tertinggi umno dalam media miliknya ialah bahawa kita perlu sensitif dengan sebarang isu yang berkait dengan umat Islam. Hampir ingin termuntah rasanya bila membaca kenyataan sedemikian ?

Hipokrit !!!!

Sejak bila UMNO kisah akan umat Islam, sedarkah UMNO yang sensitiviti umat Islam bukannya babi sahaja, dan babi bukan antara perkara yang besar memudaratkan agama dan umat Islam itu sendiri. Ia hanya persoalan haram memakannya dan kebersihan, itu saja.

Bagaimana dengan sensitiviti umat islam dalam soal-soal lain yang jelas mendatangkan kemudaratan yang lebih besar. Soal arak, soal murtad, soal pemerintahan sekular dan 1001 lagi masalah.


Di Selangor, babi mungkin menjadi kemudaratan kepada orang ramai dari segi boleh mendatangkan penyakit dan pencemaran, tapi babi tidaklah boleh menjahanamkan akhlak orang Islam khususnya dan merosakkan masyarakat secara umumnya. Yang menjadi bapak segala kejahatan dan kemudaratan ialah Kilang Arak yang tersergam di Selangor, juga pusat-pusat judi Sports Toto, Rumah-rumah pelacuran, pusat-pusat disko dan segala macam pintu-pintu kejahatan yang dibiarkan selama ini.

Kenapa UMNO tak pernah kecoh ? Kenapa tidak dijadikan sebagai isu, kenapa tidak disuarakan dan disidang akhbarkan di Televisyen-televisyen. Isu babi di selangor hanyalah kesempatan yang diambil oleh UMNO sebagai pembangkang di selangor untuk menunjukkan mereka prihatin dengan masyarakat, sensitif dengan apa yang menguris hati umat Islam dan merekalah pembela masyarakat yang sebenar. Jangan lupa yang projek ini telah dicadangkan di zaman pemerintahan UMNO lagi, kenapa ketika itu tidak ada pun yang kecoh dan menjadikan ia suatu isu. Hanya selepas ia diluluskan dan ia berlaku ketika Pakatan Rakyat yang menjadi pembangkang, maka segala-galanya adalah tidak betul.

Jangan kita lupa yang banyak lagi masalah-masalah lain yang ditinggalkan oleh UMNO di selangor selain dari dari memikirkan masalah babi. Kemudaratan babi tidaklah sebesar dan tidak sama dengan kemudaratan arak, judi dan hiburan hedonisme yang menjajah minda masyarakat di Selangor.

Berapa ramai hari ini masyarakat kita yang rosak dengan arak, dari meminum arak yang merupakan raja segala maksiat, mereka berzina, berjudi, memukul anak isteri. Bukan kita tidak tahu dengan keadaan di Selangor, berapa banyak pusat disko, pusat dangdut dan pub. Adakah mereka yang menziarahi Kelab-Kelab Malam ini melakukan amal kebaikan didalamnya ? Apa alasan kerajaan membenarkan percambahan dan memudahkan lesen dan permit kepada pengusaha-pengusaha Kelab Malam ini. Bahkan ada cadangan gila dari seorang menteri gila yang mencadangkan supaya operasi Kelab Malam dilanjutkan sehingga jam 5 pagi, kononnya bagi meraikan pelancong asing. Apakah dia tidak sedar yang mengerumuni pusat maksiat ini ialah anak-anak melayu yang beragama Islam, yang menjadi GRO juga adalah melayu Islam dan yang menjadi penuang arak juga adalah pemuda-pemuda melayu islam.

Begitu juga soal pusat-pusat judi. Judi bukan sahaja memudaratkan orang Islam tapi Agama lain juga mengharamkan judi, tetapi lihatlah berapa banyak Kedai Judi Sports Toto yang beroperasi. Apakah ini tidak memudarat dan menjahanamkan masyarakat ?

Harap Khir Toyo dapat menjawab di blognya….jangan hanya sibuk soal babi sahaja. Jangan nak menunjukkan keprihatinan dalam nak menjaga kebersihan alam sekitar dan pencemaran yang boleh membawa penyakit dan kemudaratan kepada orang ramai di Sepang.

Bumi Selangor sememangnya sudah lama sakit dengan segala macam pencemaran aqidah dan akhlak yang ditaja oleh UMNO sendiri. Berapa ribu umat Islam yang murtad, berapa ramai yang anak melayu yang berzina, berapa belas ribu anak luar nikah, berapa ramai yang jadi gay dan lesbian. Ada pernah pemimpin UMNO prihatin akan soal ini ?

Labels: ,

posted by Tolhah @ 7:45 PM   0 comments
Boleh Blah dari Kelantan lah KJ
Sunday, February 24, 2008
Pade doh 18 tahun kata khairy, kali ni BN akan menang di kelantan...itu tekad beliau dan pemuda UMNO sekalian.

Apa yang PADE DOH ? Pade doh dengan segala usaha pencegahan kemungkaran dan usaha menegakkan syariat Islam ? Kalau begitu, apa yang khairy nak cuba bawa di kelantan untuk bawa perubahan ? Pembangunan ?

Adakah si khairy nak mematikan usaha menegakkan syariat ALlah di atas muka bumi ini dan membawa agenda parti nasionalis sekularisnya itu. Nauzubillah....

Agaknya mata pemimpin UMNO ini buta bila mengatakan Kelantan tiada pembangunan. Mungkin agak kasar perkataan buta yang digunakan, tapi memang logiklah jikaa seorang yang Tuhan kurniakan pancaindera yang baik dan jelas lagii terang, tapi jahil tentang apa itu pembangunan. Apa tak cukup dengan pembangunan yang ada di kelantan sekarang, nak pembangunan yang bagaimana ?

Nak pembangunan macam Kuala Lumpur yang didalamnya sarat dengan noda dan dosa, pub, disko, pusat dangdut, pusat judi dan kedai arak. Nak pembangunan begitu ? Nampaknya orang umno ini memang suka dengan hiburan yang berleluasa dan suka anak-anak mereka rosak dengan pelbagai gaya hidup hedonisme akibat pembangunan yang tidak seimbang. Membangunkan fizikal tetapi pada masa yang sama meruntuhkan nilai-nilai kerohanian.

Hadhari ? Manhaj Islam Hadhari ? Perkampungan Hadhari ? Ini semua adalah kerja-kerja hipokrit dan munafik bagi menipu masyarakat untuk memperlihatkan Kerajaaan yang ada sekarang ialah Kerajaan yang memartabatkan Islam, walhal ia tidak lebih dari slogan, sudahlah istilah pun bercanggah, amalannya begitulah.

Apakah kita nak harapkan si khairy yang suka menggelarkan orang sebagai beruk ini untuk membawa kesejahteraan dan keselamatan pada rakyat Kelantan. Atau kita nak khairy ini menjadikan wanita-wanita di kelantan ini seumpama isterinya ini.

Bapak Islam Hadhari bersama anak dan menantunya, adakah ini model keluarga Islam Hadhari yang Pak Lah bawa ?

UMNO tak pernah kisah soal keruntuhan akhlak kerana merekalah penaja kemungkaran. Mereka boleh bersalaman lelaki perempuan, mereka boleh mendedah aurat, mereka boleh menganjurkan konsert-konsert maksiat, mereka boleh menolak enakmen murtad di parlimen, mereka boleh menolak sistem jinayah dan perundangan Islam, tapi mereka masih bercakap merekalah membawa Islam yang betul.....


Boleh blah khairy.....

Labels: ,

posted by Tolhah @ 6:20 PM   0 comments
Hukum Mendedah Kesalahan Pemimpin
Monday, February 11, 2008

Kepimpinan melalui Teladan, bila Pemimpin tertinggi melakukan perbuatan begini, tidak mustahillah rakyat khususnya remaja lelaki perempuan, berpelukan, berpegangan tangan, berzina dan sebagainya. Patutlah UMNO tidak pernah kisah akan kerosakan akhlak remaja, UMNO tidak pernah mengatakan HARAM bersentuhan lelaki perempuan, UMNO membenarkan segala-gala perlakuan tidak bermoral artis-artis di dalam Televisyen.

Bila agama tidak menjadi dasar perjuangan, bila agama hanya diperalat untuk menjadi modal politik semata-mata. Jangan kita lupa, Kerosakan moral masyarakat itu berpunca dari kerosakan pemimpin. Sesungguhnya Islam Hadhari itu adalah SESAT....

Seorang pengundi wanita yang bukan muhrim Dato' Seri Najib dan tidak ada kaitan apapun dengannya. Apakah Islam mengHALALkan tindakan ini ? Islam Hadhari sahaja yang menghalalkan perlakuan begini.

Agak-agak isyarat apa yang ditunjukkan oleh Dato Adnan Yaakob itu, rendahnya akhlak pimpinan UMNO. Sudahlah sebahagian besar tidak menutup aurat, berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan, hadir di program-program maksiat, ini tunjuk isyarat lucah pula

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hukum Mendedahkan Kesalahan Pemimpin

Mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian samalah hukumnya dengan mengumpat.

Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang.

Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam.

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi[4] mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak.

Kesimpulannya adalah seperti berikut

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.


Kesimpulan

Hasil daripada 6 keadaan yang dibolehkan mengumpat ini, kita dapati bahawa mendedahkan kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah UMNO pada hari ini adalah dibenarkan oleh Syarak atas sebab-sebab berikut:

1. Kemungkaran yang dilaksanakan oleh pemimpin UMNO pada hari ini seandainya tidak didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat akan tertipu dengan zahir kebaikan mereka lantas mereka akan memilih UMNO sebagai parti yang memerintah. Namun apabila penyelewengan pemimpin-pemimpin UNMO didedahkan kepada masyarakat, maka ia akan mendorong mereka untuk menggantikan pemimpin-pemimpin lain yang amanah terhadap Islam dan rakyat.

Ini bermakna tindakan mendedahkan kesalahan mereka adalah kerana ingin mengelakkan masyarakat daripada ditimpa oleh kejahatan mereka yang tidak mahu meletakkan Islam sebagai pemutus kepada setiap keputusan negara.

Al-Imam Al Nawawi menyatakan di dalam syarah Sohih Muslim contoh-contoh ghibah dan umpatan yang dibenarkan:

ومنها أن يكون له ولاية لا يقوم بها على وجهها لعدم أهليته أو لفسقه فيذكره لمن له عليه ولاية ليستدل به على حاله فلا يغتر به ويلزم الاستقامة

Maka kalaulah pada zaman Khilafah Islamiah, seseorang rakyat boleh mendedahkan kepada Khalifah keburukan para menteri yang berada dibawahnya yang tidak amanah dengan harapan khalifah dapat menegurnya ataupun menggantikannya dengan menteri yang baru,

maka kita pada hari ini boleh untuk mendedahkan kepada rakyat kezaliman pemerintah dan tidak amanahnya mereka terhadap Allah dan rakyat kerana rakyat berkuasa untuk menjatuhkan pemimpin seperti ini di dalam pilihanraya di bawah sistem demokrasi pada hari ini.


2. Kemungkaran yang dibuat oleh pimpinan UMNO pada hari ini kebanyakannya dibuat secara terang-terangan. Maka ketika itu Islam tidak melarang mana-mana individu untuk mendedahkan kejahatan yang dilakukan secara zahir tersebut kepada rakyat dan orang awam.


Al Iman Al-Ghazali berkata:

وكانوا يقولون ثلاثة لا غيبة لهم الإمام الجائر والمبتدع والمجاهر بفسقه

Maka ini dengan jelas membuktikan bahawa pemerintah yang zalim, mendedahkan kezaliman mereka adalah dibenarkan agar masyarakat dapat selamat daripada kezaliman mereka. Pemerintah yang zalim juga telahpun membuat kezaliman tersebut secara terang-terangan.

Dari konsep kenegaraan pada hari ini, menyelamatkan masyarakat daripada kezaliman pemerintah adalah dengan cara tidak memberikan undian kepada mereka pada musim pilihanraya.


3. Pendedahan kejahatan para pemerintah pada hari kepada masyarakat adalah atas sebab kita ingin meminta bantuan masyarakat untuk mengubah kezaliman pemerintah dengan cara menjatuhkan mereka di dalam sistem demokrasi yang digariskan oleh perlembagaan Malaysia.


Penutup

Walaupun kita dibenarkan mendedahkan kepada rakyat kejahatan dan kezaliman para pemimpin yang zalim, namun keharusan ini hendaklah atas dasar ingin mencegah kemungkaran.

Namun, seandainya kemungkaran yang dilakukan oleh para pemimpin adalah kemungkaran tertutup yang hanya berkait antara dia dan Allah yang tidak melibatkan sebarang kezaliman kepada rakyat , maka haram hukumnya kita mendedahkan kejahatan yang disembunyikan oleh pemimpin tersebut kerana dengan menyebarkan kepada masyarakat umum, ini akan mendedahkan aib seseorang itu. Selagi mana kemungkaran itu tidak dilakukan secara terang-terangan maka kita tidak boleh mendedahkannya kepada masyarakat.


footnote

[1] Ini adalah kerana pertembungan PAS & UMNO bukan kerana nafsu merebut kerusi dalam pilihanraya , tetapi melibatkan soal prinsip dan dasar iaitu Islam demi mendaulatkannya di Tanahair ini sementara UMNO membangkang usaha tersebut .

[2] Antara orang – orang yang zalim ialah mereka yang enggan melaksanakan hokum Allah swt sekalipun mereka telah memiliki mandat untuk berkuasa . Ianya berasaskan firman Allah swt : و من لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الظالمون . . Rujuk Surah al Maaidah : Ayat 45

[3] Saya dengar khabar , Sohibus samahah Mufti Negeri Perlis Dr. Asri Zainal Abidin juga ingin mengeluarkan fatwa berkait industri hiburan ini , jika benar apa yang saya dengar, harapan saya bila keluarnya fatwa itu nanti kerajaan dan kabinet tidak lagi menolak mentah – mentah fatwa tersebut.

Oleh: Ustaz Haji Nasruddin Tantawi ( Naib Ketua Pemuda PAS Pusat )

Labels: ,

posted by Tolhah @ 6:25 PM   0 comments
DENGAN IZIN KERAJAAN UMNO - SIRI 1
Sunday, December 30, 2007
Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum

Mutaakhir ini, sibuk dan heboh diperkatakan tentang demonstrasi dan perhimpunan haram yang diadakan yang dikatakan boleh mengancam kestabilan politik negara seterusnya boleh menimbulkan huru-hara dan ketidaktenteraman masyarakat dan mengundang 1001 masalah kepada negara itu sendiri.

Semua pihak memperkatakannnya, dari Pihak kerajaan sendiri yang tentu sekali 100% tidak bersetuju, para tokoh akademik, tokok-tokoh agama, Bapak-Bapak Mufti, tak terkecuali orang-orang awam dengan komen masing-masing.

Ya, pembangkanglah yang akan menghancurkan negara dengan aktiviti-aktivitinya seumpama perhimpunan haram, ceramah politik dan sebagainya. Rakyat perlu menolak pembangkang. Kerajaan BN lah yang perlu disokong dan didokong oleh semua lapisan masyarakat kerana kerajaan inilah yang terbaik.

Kerajaan inilah yang menjaga agama, kerajaan inilah yang menyatupadukan kaum, kerajaan inilah yang menjaga kebajikan rakyat.

Kononnya......
Kita terlupa yang Kerajaan inilah juga penganjur no.1 maksiat di Malaysia. Kita mungkin tidak melihat aktiviti maksiat sebagai pengancam kestabilan dan keamanan negara kerana ia hanyalah suatu bentuk hiburan dan permainan tetapi kefanatikan atas hiburan inilah sebenarnya yang akan menghancurkan negara. Dan semuanya berlaku baik atas anjuran kerajaan sendiri dan juga DENGAN IZIN KERAJAAN UMNO yang dikatakan membawa pendekatan Islam Hadhari.

Apa garispanduan Islam Hadhari kepada dasar hiburan di negara kita

Soalan ini ditujukan khusus buat menteri-menteri agama, buat para Ustaz UMNO dan buat para mufti sekalian yang redha dengan pemerintahan UMNO. Apa guideline atau garispanduan atau perbincangan di kalangan Ulamak UMNO dalam soal hiburan baik dalam soal persembahan hiburan di tempat awam, soal isi kandungan televisyen, soal isi kandungan mediacetak seumpama majalah dan akhbar dan apasaja yang melibatkan isu hiburan di Malaysia ini.

Baru-baru ini, Majlis Fatwa mengkaji penggunaan dakwat untuk digunakan sebagai cop jari dalam pilihanraya, dan terkini Majlis Fatwa nak mengkaji riba dalam PTPTN tu, nak kaji ia riba atau tidak, walaupun ia jelas ia riba dan menindas masyarakat.

Rupa-rupanya tak banyak perkara yang bercanggah dengan Islam di Malaysia kita ni, hanya soal-soal diatas sahaja yang dianggap bercanggah dengan Islam dan perlu dikaji.

HOIIIII.....TIDUR KE? Itu sergahan kasarnya bagi mereka yang cukup geram dengan suasana pesekitaran sekarang yang padat dengan aktiviti maksiat. Seolah-olah masyarakat sekarang sudah buta dan tuli dengan suasana, atau sudah lali dengan persekitaran begini. Kalau orang awam yang buta dan tuli, tak mengapalah sebab mereka jahil tentang agama. Bagaimana pulak dengan para Ulamak dan Mufti, kenapa diam membisu tentang garispanduan hiburan ini.

ALhamdulillah, kita ada mufti perak yang berani berkata benar pada pemerintah yang zalim, tapi oleh kerana memang Malaysia ini negaranya sekular dan dasarnya bukan Al-Quran Hadith, suara mufti ini ibarat suara rakyat biasa yang tak perlu diambil berat sangat. Walaupun Mufti itu bukan bercakap atas nafsunya, tapi berbicara atas dasar kebenaran bersumberkan Al-Quran Hadith.

Apa yang berlaku di Malaysia ?

Malam ini bakal menyaksikan sambutan detik 12 malam untuk menyambut Tahun Baru. Dr.Yusuf Qardhawi ada mengeluarkan fatwanya yang menyambut Tahun Baru Masihi dengan sambutan seumpama orang kafir boleh merosakkan aqidah seseorang itu. Rosak Aqidah tak ada dalam perlembagaan Malaysia ini, kamu nak tukar agama, cukup 18 tahun, silakan. Nak saman Mahkamah, tak payahlah, nanti kamu pulak dicaj sebagai menghina mahkamah.

Itu sambutan tahun baru, di sepanjang tahun pun begitulah, hiburan berleluasa boleh dinikmati secara aman di Malaysia oleh siapa sahaja. Yang haram adalah demonstrasi oleh pembangkang sahaja, yang aman ialah berdansa sampai pagi di kelab-kelab dangdut, meneguk arak di pub-pub, menghadiri konsert artis lucah diizinkan dan diberi permit oleh Kerajaan Malaysia yang didokongi UMNO. Khabarnya Tigershow pun boleh diniqmati di sesetengah kelab tertutup di ibu kota. Spa dan kedai-kedai urut pula beroperasi sebagai sarang pelacuran. Dan Gay, pondan juga dapat melakukan kegiatan terkutuk mereka dengan aman kerana penguatkuasaan ibarat hangat-hangat taik ayam.

Kenapa hangat-hangat taik ayam ? Jabatan Agama Islam Hadhari lebih sibuk memantau penceramah di surau-surau, dan lebih sibuk merobohkan surau-surau dari menjalankan tanggungjawab mereka sebenar.

" Anak awak kerja di mana ? " tanya seorang jiran

" Anak saya kerja di Jabatan Agama " Jawab makcik tu

" Alhamdulillah, bagaimana kerjanya " tanya jiran tu lagi

" Dia pergi tangkap penceramah pembangkang di surau-surau, dan merobohkan surau-surau yang dikuasai pembangkang " jawabnya dengan bangga

Begitulah senarionya, rumah-rumah urut dan disko dangdut diberi permit dan lesen untuk beroperasi, sebaliknya tanah-tanah setinggan yang didiami oleh rakyat miskin dan dikawasan setinggan ini didirikan surau tempat beribadah, habis dirobohkan oleh Kerajaan yang prihatin ini.

Siapa yang zalim ? Bukan sahaja pemimpin yang mengarahkannya sahaja yang bertanggungjawab di depan Allah kelak, bahkan tangan yang mengundi dan memangkah yang memberi kemenangan kepada pemimpin ini pun kelak tidak akan terlepas disisi pengadilan Allah.

Antara Konsert-Konsert Lucah yang diberikan permit dihidangkan kepada masyarakat Malaysia



Adakah ini dasar Islam Hadhari yang mereka laung-laungkan, tidakkah ini juga bakal menghancurkan negara bila masyarakat dihidangkan dengan hiburan yahudi yang sarat dengan aksi lucah, yang mampu merangsang nafsu-nafsu manusia. Saya berani katakan ini adalah antara punca berlakunya kes penganiayaan seks pada kanak-kanak seperti yang berlaku pada adik Nurin Jazlin dan kes-kes sebelum ini.

Jelas, semua ini dengan IZIN KERAJAAN UMNO untuk dihidangkan kepada masyarakat, supaya masyarakat terus hanyut dengan hiburan yahudi ini dan terus mengekalkan mereka memerintah dengan korup dan bergelumang dengan penyelewengan dan rasuah.

UNDI UMNO DAN BN, BERDOSA, HANCUR NEGARA !!!!

Labels: ,

posted by Tolhah @ 3:59 PM   0 comments
DUSTURUNA


Demi Masa
Previous Post
Archives
Pelawat
Say Something
Pelawat
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT