Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Jakim hanya mampu menasihati...
Saturday, July 7, 2007
Pakaian artis : Jakim sekadar menasihati

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak boleh mengambil tindakan terhadap artis atau stesen televisyen yang tidak mengikut garis panduan berpakaian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Mat Zain.

Ini kerana, katanya, garis panduan yang dikeluarkan itu hanya sebagai panduan serta rujukan kepada seluruh penggiat hiburan dan masyarakat dalam memastikan aktiviti hiburan yang dijalankan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Islam.

Beliau menjawab soalan Datuk Paduka Amiruldin (BN-Jerai) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini mengenai sama ada Jakim boleh mengambil tindakan terhadap artis dan stesen televisyen yang tidak mengikuti garis panduan mengenai cara berpakaian yang dikeluarkan jabatan itu.

Mengenai jumlah garis panduan berpakaian artis yang dikeluarkan oleh Jakim, dr abdullah berkata setakat ni Jakim mengeluarkan 40 garis panduan berkaitan nasihat dalam pelbagai bidang.

Bagaimanapun, katanya kuasa untuk mengawal cara berpakaian artis dan stesen televisyen di bawah bidang kuasa kementerian penerangan dan kementerian tenaga, air dan komunikasi.

Mereka telah mengadakan jawatankuasa bersama untuk mengatasi masalah itu dengan kementerian-kementerian yang berkaitan dan nasihat itu akan dipergiat dari semasa ke semasa – BERNAMA.

Dipetik dari sinar harian, rabu 4 julai 2007

---------------------------------------------------------------------------------------------

Hanya mampu menasihati ??

Apabila Islam diperintah dan tidak memerintah, kuasa Institusi Agama hanyalah menasihati dan tidak boleh menguatkuasakan akta-akta yang boleh mencegah kemungkaran. Nasihat Menteri Agama dan sekalian Mufti hanyalah menegur, kemudian Kerajaan pun buat-buat perhatian dalam seminggu dua, kemudian ia didiamkan.

Lihatlah teguran Dato' Harussani berhubung isu bollywood yang dianggap mampu mengancam aqidah dan akhlak umat Islam, dihadkan sekejap siaran bollywood, kemudian isu bila dah reda, ia kembali di kaca televisyen, bukan setakat itu sahaja, Kerajaan Islam Hadhari Malaysia beberapa kali menjadi tuan rumah untuk IIFA Award , anugerah bintang bollywood yang menghidangkan tarian-tarian penari separuh bogel. Bukan itu saja, artis-artis barat wanita yang berpakaian tidak senonoh turut diluluskan permit untuk mengadakan konsert di Malaysia.

Terkini, teguran Mufti Perlis dan Mufti Selangor supaya menghentikan hiburan realiti TV yang dianggap boleh merosakkan masyarakat, ternyata, jelas mereka hanya boleh menasihati......dan acara maksiat terus berjalan dengan aman tanpa gangguan di negaraku Malaysia yang tercinta ini. Silakan, anda dijemput sekali untuk berdangdut dan berkaraoke tanpa henti kerana tidak ada larangan dalam ajaran Islam hadhari...

posted by Tolhah @ 9:07 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DUSTURUNA


Demi Masa
Previous Post
Archives
Pelawat
Say Something
Pelawat
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT