Syukur alhamdulillah, nasyid-nasyid yang dicari tempohhari sudah ada sekarang. Setelah menghantar mesej kepada seorang pemilik site yang mempunyai beberapa lagu berkenaan dan meninggalkan ID Yahoo Messenger, semalam akhi tersebut online dan sudi menghantar beberapa lagu Qathrunnada dan Mawaddah Putera. Jazakallah buat akhi miqdad yang sudi luangkan masa untuk menghantar fail-fail berkenaan. Ia memakan masa sebab failnya agak besar.
Alhamdulillah, nasyid yang dihantar cukup-cukup mendidik jiwa. Sebagaimana yang kita maklumi, nasyid-nasyid dibawah Rufaqa ini lirik-liriknya adalah dipetik dari sajak-sajak Ketuhanan dan membangun jiwa. Em, mungkin ada yang ingin mempertikaikan, kenapa dengar nasyid Rufaqa sedangkan Rufaqa kembali mencetus kontrovesi apabila dilihat cuba menghidupkan pegangan Al-Arqam. Ingin saya perjelaskan, sebahagian besar nasyid-nasyid mereka yang disebarkan pada umum lirik-liriknya tidak bercanggah dengan aqidah Islam, bahkan ia lebih baik dari nasyid-nasyid kontemporari yang ada sekarang. Jangan kita lupa siapa perintis Nasyid tanahair kalau tidak dari Jemaah Al-Arqam, dan sebahagian besar nasyid yang kita dengar oleh kumpulan-kumpulan nasyid tanahair juga adalah diambil dari Album Album Al-Arqam.
Jangan kita terlampau terpengaruh dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang ghairah menutup premis Rufaqa, menyita dan merampas semua barang di premis Rufaqa, pada masa yang sama Kerajaan yang samalah yang memberi lesen untuk rumah-rumah urut, disko, pub, pusat dangdut yang juga mempunyai unsur untuk menyesatkan masyarakat. Ibarat pepatah, kuman diseberang laut nampak, tapi gajah didepan mata buat-buat tak nampak.
Cuma ada beberapa perkara yang dipertikaikan apabila mereka menampilkan penasyid wanita ( Mawaddah Puteri ). Liriknya cukup indah cuma mungkin kurang sesuai dinyanyikan oleh gadis remaja yang kita bimbangi boleh mengundang fitnah. Saya sendiri memiliki kesemua CD dan VCD Mawaddah Puteri dan memberi hujah mendengar dan menontonnya atas alasan ia khilaf Ulama, dalam perkara ini Tuan Guru Nik Abd Aziz sendiri tidak mengizinkan penasyid wanita yang berumur 15 tahun ke atas sebagaimana yang dikuatkuasakan di Kelantan. Cuma bagi pihak Rufaqa, mereka ada alasan mereka tersendiri mengapa akhir-akhir ini mereka menonjolkan wanita sebagai penasyid.
Namun begitu, setelah membaca tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (www.zaharuddin.net) , kita terpaksa mengakui yang Nasyid wanita ini tidak digalakkan oleh Islam kerana wanita ini boleh menjadi fitnah samada dari segi kelembutan suara dan juga perkara-perkara lain.
Penjelasan Ustaz Zaharuddin mengenai Wanita-wanita yang tampil menjadi artis nasyid. Klik Topik dibawah.
Bolehkah Wanita Berdakwah Melalui Nasheed?
InsyaAllah, kalau ada kesukaran untuk akses link ini, saya akan copypastekan disini selepas ini. |