Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

KEMISKINAN BUKAN UNTUK DIBASMI
Saturday, July 28, 2007
dipetik dari Alim Neraca Kehidupan terbitan Rufaqa Corp.
Disusun oleh Muhammad Abu Bakar

Dalam hidup ini, banyak perkara yang manusia suka dan banyak perkara yang manusia benci. Yang manusia suka dia akan usahakan supaya diperbanyakkan lagi. Yang dibenci, kalau boleh hendak dibasmi dan dihapuskan.

Di antara perkara yang manusia tidak suka ialah kemiskinan. Maka banyaklah suara dan usul diketengahkan untuk membasmi kemiskinan. Malahan telah diadakan program khas untuk tujuan membasmi kemiskinan ini.

Hakikatnya, bukan sahaja manusia di zaman ini yang bencikan kemiskinan. Manusia di sepanjang zaman bencikan kemiskinan. Berbagai usaha telah dibuat oleh manusia dari zaman silam sama ada secara individu mahupun secara berkelompok untuk menghapuskan kemiskinan di dalam masyarakat dan tamadun mereka. Dalam hal ini manusia belum pernah berjaya.

Justeru itu soal yang timbul dalam fikiran kita bolehkah fenomena kemiskinan ini dibasmikan ? Bukankah ia satu sunnatullah yang tidak akan berubah-ubah. Apa akan terjadi pada sesuatu masyarakat yang tidak mempunyai orang miskin dan semua ahlinya kaya ? Apakah hikmah Allah mencipta kemiskinan di kalangan manusia ?

Yang sebenarnya, dalam sesuatu masyarakat, tidak boleh semuanya miskin. Kelak tidak akan ada orang yang menjadi pengusaha yang mengeluarkan modal untuk industri pertanian dan perniagaan. Maka ekonomi tidak akan tertegak sedangkan ia nadi bagi kehidupan lahiriah manusia. Tidak boleh pula kesemua orang dalam masyarakat itu kaya. Kelak tidak akan ada pula buruh dan pekerja yang akan menggerakkan industri, pertanian dan peniagaan. Jelaslah bahawa orang miskin dan orang kaya itu saling bantu membantu dan saling perlu memerlukan di dalam menegakkan sistem hidup bermasyarakat. Kalau semua ahli masyarakat miskin maka masing-masing akan hidup melarat tanpa ada sebarang kegiatan ekonomi. Masing-masing akan cari makan untuk kehidupan sendiri-sendiri.

Kalau semua ahli masyarakat kaya pula maka kekayaan itu tidak ada sebarang makna. Wang tidak dapat digunakan untuk membeli apa-apa. Beras tidak ada, ikan tidak ada. Buah-buahan tidak ada. Tidak akan ada petani yang menanam hasil pertanian dan tidak akan ada nelayan yang pergi ke laut menangkap ikan. Tidak ada tukang buat rumah. Tidak ada buruh membina jalan. Malahan tidak akan wujud sebarang kemajuan dan pembangunan di dalam masyarakat yang semua ahlinya orang kaya belaka.

Memang Allah wujudkan miskin dan kaya itu supaya dapat hidup bersama-sama, bergantung dan perlu-memerlukan antara satu sama lain. Supaya terjadi interaksi di dalam masyarakat yang boleh mencetuskan kemajuan dan tamadun. Di atas itulah Allah adakah pula syariat supaya orang kaya dan miskin dapat hidup harmoni dan berkasih sayang. Yang miskin disuruh sabar dan jangan meminta-minta. Yang kaya disyariatkan supaya mengasihi, membela dan membantu yang miskin melalui zakat, sedekah dan sebagainya.

Rezeki yang Allah kurniakan cukup untuk semua manusia. Hanya ia disalurkan melalui orang-orang kaya untuk diratakan. Maka celakalah orang-orang kaya yang tidak melaksanakan amanah ini dan mengumpulkan hak Allah itu untuk diri mereka sendiri sahaja.

Oleh yang demikian, membasmi kemiskinan bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Kemiskinan akan tetap wujud sampai hari qiamat. Apa yang perlu dibuat ialah LAKSANAKAN SYARIAT ALLAH dalam mengendalikan harta kekayaan dan dalam semua urusan kehidupan terutamanya dalam sistem pemerintahan. Sempurnakan hak fakir miskin supaya mereka senang dalam kemiskinan mereka. Supaya timbul kasih sayang mereka terhadap orang-orang kaya. Hanya rezeki dan hak mereka berada di tangan orang-orang kaya. Jangan mereka dikhianati dan dizalimi dengan menahan hak mereka itu.

posted by Tolhah @ 12:58 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DUSTURUNA


Demi Masa
Previous Post
Archives
Pelawat
Say Something
Pelawat
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT