Firman Allah SWT yang bermaksud :(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan (diberi kekuasaan pemerintahan) mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. ( Al-Haj : 41 )-klik untuk besarkan imej- InsyaAllah, pada 1 Rejab 1428H / 15 Julai 2007 (Ahad), bermula jam 9.00 malam, Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan 1428H.
Buat masa ini Majlis Perasmian ini masih diusahakan untuk diadakan secara LIVE melalui Kelantan.TV. Walaubagaimanapun setakat ini ia masih belum dapat disahkan lagi.
|