Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Nasihat Tok Guru Nik Aziz
Tuesday, July 17, 2007
( muka hadapan akhbar sinar harian terbitan Karangkraf , Selasa 17 Julai 2007 - bukan Harakah )

Nasihat Nik Aziz kepada remaja

KOTA BHARU - Golongan remaja tidak harus merasakan diri telah handal sehingga sanggup membelakangi peraturan dan hukum agama yang ditetapkan, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata sikap demikian bukan sahaja memusnahkan hidup remaja sendiri tetapi melampaui batas keimanan yang membawa kemurkaan Tuhan.

"Kalau anak lawan ibu bapa, murid lawan guru dan perompak telah melawan polis, ini menampakkan diri telah dianggap lebih handal daripada orang lain," katanya ketika berucap melancarkan Bulan Sembahyang di sini, malam tadi.

Nik Abdul Aziz berkata sebagai masyarakat beragama Islam, sifat merendah diri perlu ada dengan mengamalkan konsep tolong menolong antara satu sama lain.

Sikap mulia ini boleh membentuk masyarakat yang bersatu padu dan berbudi pekerti.

"Sekiranya kita anggap diri kita telah kuat, sedangkan ada yang lebih kuat daripada kita, iaitu Allah, bermakna kita harus sedar yang kita tidak kuat," katanya.

Sifat meninggi diri dengan menganggap diri lebih handal daripada orang lain ialah sifat terkutuk yang harus dihindari dalam masyarakat Islam.

Pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub, Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak meninggalkan sembahyang dan melakukannya dengan betul serta tertib.

"Dengan melakukan solat seseorang itu akan terhindar daripada melakukan perkara mungkar yang boleh melemahkan umat Islam itu sendiri," katanya.- BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemimpin yang bertaqwa ialah pemimpin yang punya rasa takut pada Allah SWT. Kerana takut dipersoal di depan Allah di hari akhirat kelak adakah rakyat dan masyarakatnya sujud pada Allah, kerana dia dulu yang akan dihisab terlebih dahulu, maka dia menasihati rakyatnya supaya tidak meninggalkan sembahyang, bukan setakat menasihati bahkan diperuntukkan sebahagian besar duit kerajaan untuk mengadakan program bulan Sembahyang. Mudah-mudahan tidak banyak hisaban Allah pada Tok Guru kelak di hadapan Allah kerana dia sudah cuba menyelamatkan rakyatnya dari azab Allah.

Ini bezanya Kelantan di bawah pemerintahan yang cuba melaksanakan Islam, berbeza dengan di luar sana, yang ada ialah Bulan berhibur semata-mata. Dari bulan Citrwarna Malaysia, Bulan Pesta Air dan sebagainya semuanya membelakangkan Islam. Apa tidaknya, semuanya sarat dengan nyanyian dan tarian. Yang menari pulak perempuan, mendedahkan aurat pula. Begitu juga dengan penyanyi perempuan, berpakaian pula menjolok mata, terlompat-lompat pula di atas pentas. Penonton pula dibiarkan bercampuran lelaki perempuan. Yang menyedihkan berjuta duit kerajaan dihabiskan untuk program yang langsung tidak membangun manusia. Kata hadhari, tapi amalannya sering jahiliah.

Bukan tak boleh ingin menganjurkan kebudayaan, tapi biarlah berlandaskan Islam, apa gunanya Institusi Agama dan Para Mufti yang dilantik jika mereka tidak dirujuk dalam soal pemerintahan.

Yang jelas, apabila kekuasaan berada di tangan mereka yang ingin melaksanakan Islam dan punya rasa takut pada Allah, maka mereka akan cuba melaksanakan Islam, SEBALIKNYA, jika kuasa berada di bawah mereka yang jahil agama, tidak takut pada Allah maka soal halal haram ditolak ke tepi, bukan Al-Quran Hadith menjadi rujukan pemerintahan tetapi mereka mencipta undang-undang yang berdasarkan akal dan nafsu semata-mata.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dan hendaklah kamu berhukum diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikut keinginan hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka jangan sampai mereka memperdayakan engkau terhadap sebahagian apa apa yang telah diturunkan Allah kepadamu .

Jika mereka berpaling ( dari hukum yang telah diturunkan oleh Allah ) maka ketahuilah sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada kepada mereka disebabkan sebahagian dosa – dosa mereka dan sungguh kebanyakkan manusia adalah orang – orang yang fasiq .

Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki ? Hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang – orang yang menyakini ( agamanya )" .

(Surah al Maaidah : Ayat 49 - 50)

posted by Tolhah @ 7:17 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DUSTURUNA


Demi Masa
Previous Post
Archives
Pelawat
Say Something
Pelawat
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT