Dalam hal ini, agaknya Dato' Zam tidak pernah mendengar istilah AlGhawzul Fikr (penjajahan pemikiran), dan agaknya Dato Zam terlupa Allah SWT sudah berfirman dalam Al-Quran yang Yahudi & Nasrani tidak akan redha dengan orang Islam selagi orang Islam tidak menuruti agama mereka. Dan agaknya Dato' Zam lupa yang Barat sedang menyesatkan Islam dengan serangan halus melalui Hiburan, Sukan dan sebagainya.
Dato' Zam yang dikasihi, inilah serangan Yahudi melalui Hiburan yang sering diberitahu oleh Alim Ulama, bukan saja Ulama yang membangkang Dato Zam saja tapi Ulama yang sekapal dengan Dato Zam pun mengakui Hiburan adalah salah satu senjata halus musuh Islam dalam menghancurkan Islam. Selain lagu-lagu dengan liriknya yang menyesatkan, filem yang mengandungi unsur sebegini juga salah satu agenda tersembunyi Barat dalam menghancurkan Islam.
Dato' Zam tidak sepatutnya meletakkan tanggungjawab ini kepada ibubapa sahaja untuk mengawal anak-anak mereka supaya tidak menontonnya, di mana pula tanggungjawab Kerajaan, tidakkah kerajaan punya kuasa untuk menyekatnya. Kalau penceramah bebas yang tiada permit memberi kuliah di Masjid & Surau di Selangor, boleh pula mereka disekat, ditangkap oleh pihak berkuasa, kalau akhbar-akhbar yang tiada permit boleh disekat KDN, kalau Surau dan Masjid pun boleh dirobohkan, takkanlah nak menyekat satu filem pun Kerajaan tak mampu lakukan.
Mudahnya Dato Zam mengatakan jika ibubapa takut kepercayaan anak tergugat, menjadi tugas mereka menghalang anak-anak mereka dari menonton. Mudahnya jawapan yang diberi dalam soal yang melibatkan pegangan aqidah orang Islam, jika rosak aqidah anak-anak, maka ia adalah kesalahan ibubapa dan Kerajaan pula melepaskan tangan, begitu ??
Ini bukan soal melatah, ini soal sensitiviti ummah, ini soal penghinaan kepada Islam dan Al-Quran, ini soal statistik murtad yang semakin meningkat di negara kita.
Sekarang melayu sudah melupakan isu ini kerana sememangnya 'Melayu Mudah Lupa' lebih-lebih lagi melayu disebelah sanalah. Ia bakal disiarkan pada 23 Ogos nanti, dan akan ditonton oleh anak-anak muda melayu yang jahil tentang Islam, dari tidak memahami Islam, semakin keliru mereka dengan Islam, dari yang lemah pegangan aqidah, menjadi semakin longgar pegangan aqidah...
50 Tahun Merdeka, SELAMATKAH AQIDAH UMMAH ?? |