Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Imbas Kembali - Kenyataan Meremehkan Agama
Wednesday, August 1, 2007

Umat Islam jangan cepat melatah kerana sebuah filem - ZAM
(Kenyataan yang meremehkan agama dan ancaman terhadap aqidah umat Islam)

PUTRAJAYA 15 Julai – Umat Islam di negara ini perlu lebih bijak menangani isu yang berkaitan dengan agama dan jangan cepat melatah apabila berhadapan dengan sesuatu yang dianggap mencabar akidah serta kepercayaan termasuk oleh sebuah filem, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin.

Beliau berkata, apa yang lebih utama ialah peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam mengukuhkan akidah anak masing-masing yang akan menjadi benteng yang kukuh bagi melindungi generasi muda Islam daripada dipengaruhi oleh elemen tertentu yang cuba menggugat keimanan mereka.

Zainuddin berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas desakan pelbagai pihak agar kerajaan mengharamkan penayangan filem Evan Almighty kerana didakwa mengandungi babak menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam dengan mempersendakan Tuhan dan Nabi Noh.

“Umat Islam tidak sepatutnya menjadi lemah dengan melatah hanya apabila disajikan filem sebegini,” katanya di sini hari ini.

Zainuddin berkata, jika ibu bapa takut kepercayaan anak mereka tergugat, adalah menjadi tugas mereka untuk melarang anak-anak daripada menonton filem berkenaan.

Beliau berkata, tindakan mengharamkan filem itu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah kerana rakyat Malaysia berada dalam persekitaran bangsa dan agama yang berbeza.

“Kita hidup dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, jadi kita perlu lebih bijak dalam menghadapi isu berkaitan keagamaan ini,” katanya.

Katanya lagi, kalaupun filem itu diharamkan tayangannya di pawagam, orang ramai masih boleh mendapatkannya menerusi Internet.

Menurutnya, rakyat juga mudah membuat pilihan kerana terdapat banyak pilihan filem yang ditayangkan di pawagam dan bukannya hanya ada satu filem itu sahaja.

Filem Evan Almighty itu memaparkan pelakon Morgan Freeman sebagai God (Tuhan) telah mengarahkan pelakon Steve Carell (yang melakonkan watak Evan Baxter) untuk membina sebuah bahtera bagi menghindar banjir besar yang akan melanda New York.

Filem itu yang sudah mendapat kelulusan pihak Lembaga Penapis Filem Malaysia dijadualkan ditayangkan di pawagam negara ini pada 23 Ogos depan.

Labels:

posted by Tolhah @ 5:17 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DUSTURUNA


Demi Masa
Previous Post
Archives
Pelawat
Say Something
Pelawat
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT