Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Imbas Kembali - Filem Evan Almighty
Wednesday, August 1, 2007
Evan AlMighty - Serangan Halus Yahudi dalam merosakkan aqidah umat Islam

Kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman

Kerajaan diminta haramkan Evan Almighty

KUALA LUMPUR 13 Julai – Kerajaan diminta mengharamkan filem Evan Almighty yang dijadual ditayangkan di pawagam negara ini pada 23 Ogos ini, kerana didakwa mengandungi babak menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam apabila mempersendakan Tuhan dan Nabi Nuh.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, beberapa babak filem itu jelas terpesong daripada ajaran Islam dan boleh mempengaruhi dan menyesatkan remaja Islam yang menontonnya.

“Kita bimbang ia akan mempengaruhi minda anak kita kerana filem itu jelas merujuk kepada kisah banjir besar pada zaman Nabi Nuh yang kemudian telah dimanipulasikan sehingga menjadi satu bentuk komedi yang menghina Islam.

“Perbuatan memaparkan Tuhan sebagai manusia dalam filem itu terpesong daripada akidah Islam,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sedutan daripada filem yang menelan kos kira-kira RM604 juta (US$175 juta) itu yang kini dipertontonkan di pawagam-pawagam, memaparkan pelakon Morgan Freeman sebagai God (Tuhan) telah mengarahkan pelakon Steve Carell (memegang watak Evan Baxter) untuk membina sebuah bahtera bagi menghindar banjir besar yang akan melanda New York.

“Walaupun sekadar filem, tetapi kita masih bimbang jalan cerita itu mampu menggugat minda pelajar Islam, lebih-lebih lagi bila ia menyentuh sejarah yang pernah mereka pelajari di sekolah,” katanya.

Dr. Maamor berkata umat Islam perlu berwaspada dengan cara halus untuk memesongkan umat Islam termasuk melalui penggunaan media dan filem.

“Mereka biasanya tidak menyasarkan usaha itu kepada kita yang dewasa ini tetapi mereka biasanya menyerang minda anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan pernah mengharamkan pelbagai filem termasuk filem tempatan atas sebab tidak sesuai ditayangkan kepada rakyat negara ini dan sewajarnya pengharaman sama dikenakan kepada filem itu.

Dr. Maamor berkata orang ramai boleh menghantar bantahan mereka terhadap penyiaran filem itu ke laman web PPIM di www.muslimconsumer.org.my dan PPIM akan menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

Bekas Pengarah Kor Agama Angakatan Tentera, Brig. Jen. (B) Datuk Najmi Ahmad berkata, filem seperti itu sepatutnya diharamkan sejak dari awal lagi kerana ia jelas menghina dan memperlekeh sejarah Nabi dan Rasul.

“Pelakuan membina bahtera seperti mana yang akan ditunjukkan di dalam filem itu tidak benar malahan menggambarkan wajah Nabi dan Rasul pun sudah bertentangan dengan syariah Islam,” katanya.

Najmi berkata kerajaan sebelum ini pernah mengambil tindakan tegas berkenaan penyiaran lukisan karikatur Nabi Muhammad s.a.w di sebuah akhbar dan ia sepatutnya dilakukan juga terhadap filem ini.

“Kita tidak mahu nanti, hanya kerana kita memperjuangkan kreativiti dan komedi dalam filem, kesannya ialah kita hanya dapat untung sekarung, namun rugi seguni,” katanya.

Pada tahun 2003, filem pertama sekuel Almighty itu yang juga arahan Tom Shadyac bertajuk Bruce Almighty juga mengundang kontroversi dan bantahan di negara ini, namun ia ditayangkan juga di pawagam setelah mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem.
dipetik dari Bernama


Labels:

posted by Tolhah @ 5:02 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DUSTURUNA


Demi Masa
Previous Post
Archives
Pelawat
Say Something
Pelawat
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT