Rancangan Bersamamu TV3 pada 8 Ogos 2007 jam 9.30 malam memaparkan kemiskinan sebuah keluarga di Kuala Ketil Kedah, Kawasan Parlimen Baling. Keluarga Zurinah Abdul bersama 5 orang anak dan menjadi ibu tunggal setelah kematian suami akibat sakit jantung yang merupakan bekas seorang pemandu lorry. Turut bersama tinggal adalah ibu mertua nya.
Zurinah Abdul berkerja disebuah kilang IKS dengan gaji sebanyak RM12.50 sehari, disamping itu juga beliau terpaksa menjual serai dan kunyit untuk menampong kos kehidupan keluarga dan juga perbelanjaan anak untuk kesekolah. Kelima-lima anak nya masih bersekolah sehingga yuran sekolah tertunggak… Dan pihak TV3 yang bertindak untuk menjelaskan tunggakan yuran sekolah anak2 nya.
Keadaan rumah nya yang beratap bocor dan tanpa tingkap yang sempurna hanya ditutup dengan tuala buruk. Pihak TV3 telah berusaha untuk memperbaiki tingkap rumah menerusi wang bantuan TV3 Bersamamu.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Inilah realitinya, tapi oleh kerana mereka menguasai segala-galanya, menjelang pilihanraya Umum ataupun pilihanraya kecil, kes-kes kemiskinan di negeri-negeri yang diperintah mereka akan disorok, dan arahan-arahan dikeluarkan kepada media supaya jangan menyiarkannya.
Sebaliknya kes kemiskinan di kelantan akan diperbesarkan, disiarkan setiap malam seolah-olah negeri yang paling mundur, miskin dan rakyatnya melarat adalah Kelantan dan negeri-negeri yang diperintah mereka rakyatnya semua terbela. Rakyat Malaysia pula jenis melayu mudah lupa dan mudah terpercaya dengan penipuan media ini, sedangkan dulu mereka sendiri menyaksikan.
Nantikanlah menjelang pilihanraya umum ke 12, apa yang saya sebut hari ini akan berlaku, biasanya TV1 lah yang akan memainkan peranan atas arahan Kementerian Penerangan, akan ada slot khusus dalam berita jam 8 malam tentang keburukan Kelantan, samada isu kemiskinan dan apa saja yang boleh menjatuhkan Kerajaan PAS di kelantan.
Hmm...dalam saya dok menulis ni ada sahabat yang masuk dan menghulurkan suratkhabar hari ini, Utusan Malaysia bertarikh 10 Ogos 2007 (jumaat), nak tau apa frontpagenya..
"MISKIN PUNCA RENTUNG" - Kluang, Johor. Tidak mampu bayar bil elektrik sebabkan 5 beranak rentung. Ini yang terpampang di muka depan akhbar Utusan hari ini.
Masa tak mencukupi, insyaAllah, saya akan siarkan keratan akhbarnya disini selepas ni....apapun, baca dan buatlah penilaian sendiri. Negeri yang diperintah oleh siapa ini yang membiarkan rakyatnya tinggal dalam kegelapan akibat dipotong bekalan elektrik sehingga mengorbankan nyawa mereka semua. Kalau kerajaan Kelantan dituduh mengabaikan tanggungjawab pada rakyat, mana ADUN dan JKKK di kawasan ini yang kononnya prihatin dan membela rakyat...
|