Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Usaha memburukkan Kerajaan PAS Kelantan - SINAR HARIAN
Tuesday, August 7, 2007

Baru-baru ini saya ada memasukkan frontpage sinar harian yang bersikap adil dan telus dengan memaparkan gambar menteri besar, YAB Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz yang menasihatkan rakyatnya supaya bersembahyang. Alhamdulillah, kita berterima kasih atas laporan berita yang disiarkan, sememangnya ia adalah tanggungjawab akhbar untuk memaparkan berita yang baik dan membina masyarakat, lebih-lebih lagi ia adalah dari Menteri Besar Kelantan sendiri, Ketua kerajaaan yang mana syarikat akhbar perlu ada ruangan khusus untuk kenyataan-kenyataannya. Kalau negeri-negeri luar syarikat akhbar boleh berbuat demikian, kenapa tidak di kelantan. Kenapa perlu bias sedangkan apa yang ingin disiarkan itu adalah suatu kenyataan rasmi seorang menteri besar untuk kebaikan masyarakatnya.

Namun, akhir-akhir ini sikap Sinar Harian amat-amat mengecewakan, benarlah apa yang ditulis sebelum ini oleh seorang bloggers yang Sinar Harian menerima bayaran dari UMNO kelantan untuk menyiarkan berita, rencana dan artikel yang memburukkan kerajaan negeri kelantan dan memburukkan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Kita boleh menerima kalau ia adalah kritikan membina dan suatu teguran untuk memperbaiki kerajaan tapi kalau ia adalah serkap jarang dan tuduhan tanpa fakta yang tidak berasas maka ini adalah tulisan khianat yang bertujuan menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

Hari ini, sinar harian bertarikh 8 Ogos 2007 (rabu) di ruangan advetorial memaparkan Tajuk Serambi Mekah : Kemiskinan di kelantan fenomena yang menakutkan

Antara ulasannya ialah dalam abad ke 21 dan selepas 50 tahun merdeka, pemerintah terlepas pandang pada rakyat miskin di kelantan. Memang kita tidak menafikan masih ada golongan miskin di kelantan dan masih ada yang belum dibantu kerana mungkin maklumat yang belum sampai kepada kerajaan negeri dan juga tercicir dalam memberi bantuan. Apa yang mengundang kemarahan saya ialah penulis berkenaan menulis seolah-olah hanya kerajaan kelantan yang membiarkan rakyatnya melarat kemiskinan dan hanya di kelantan sajalah kemiskinan seumpama ini wujud sebagaimana tajuknya “kemiskinan di kelantan fenomena menakutkan”.

Saya kira penulis ini tidak mempunyai televisyen di rumah, dan juga tidak pernah membaca akhbar-akhbar termasuk akhbar sinar harian sendiri sebelum menulis suatu tulisan yang tidak berkualiti, yang serkap jarang dan terlalu bias sehinggakan kuman diseberang jalan nampak, tapi gajah di depan mata tidak nampak.

Setiap hari dipaparkan dalam berita, di dalam akhbar baik Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya, termasuklah Sinar harian sendiri tentang kemiskinan penduduk di seluruh tanahair, bukan saja di kelantan, tapi juga di terengganu, pahang, kedah dan lain-lain. Keadaannya sama saja, kalau di kelantan ada rakyat miskin yang masih belum menerima bantuan dari kerajaan, begitu jugalah dengan negeri lain.

Penulis ini juga agaknya tidak pernah menonton rancangan Bersamamu, terbitan TV3 yang memaparkan kisah insan dhaif di seluruh tanah air, dan kebanyakan kes yang dipaparkan ialah di negeri luar kelantan dan ada 2 kes di luar kelantan yang memaparkan rakyatnya yang masih belum mendapat bekalan elektrik, tinggal dalam kegelapan bertemankan lilin. Begitu juga yang dipaparkan dalam Mysiasat NTV7, kes-kes yang selalu dipaparkan majoritinya adalah dari negeri-negeri luar kelantan.

Penulis agaknya terlupa yang melayu paling miskin dan tertindas sekarang berada di pulau pinang, negeri Perdana Menteri Malaysia sendiri. Lihatkan keadaan melayu pulau pinang yang dinafikan hak mereka, disinilah fenomena menakutkan sedang berlaku pada generasi melayu di pulau pinang.

Inilah media yang diperalatkan untuk kepentingan politik pihak tertentu, dengan membeli beberapa helaian mukasurat dengan bayaran yang lumayan, penulis-penulis upahan ini mula menulis mengikut sedap hati mereka tanpa membuat kajian dan meneliti fakta-fakta terlebih dahulu. Sedarkah penulis ini, selama ini kerajaan kelantan dianak tirikan oleh pusat dan peruntukan yang diberikan adalah jauh lebih sikit berbanding negeri-negeri yang diperintah oleh mereka. Itupun dalam keadaan peruntukan negeri-negeri lain selain kelantan yang banyak, masih banyak kes-kes kemiskinan sebagaimana dipaparkan oleh media mereka sendiri juga. Tapi alangkah malangnya, akibat dengki dan iri hati, bila sebut kemiskinan, maka kelantanlah sasarannya. Seolah-olah negeri lain, rakyatnya semua terbela, sedangkan apa yang berlaku adalah lebih teruk lagi apabila rumah-rumah rakyat pun mereka robohkan, bukan setakat rumah rakyat, rumah Allah (surau dan masjid) pun menjadi mangsa.

Untuk sinar harian, pada hari pertama anda dilancarkan, anda mengadap YAB Tuan Guru dan meminta komen beliau, dan mengambil gambar beliau sedang membaca Sinar Harian untuk tujuan menarik pembaca membeli akhbar ini. Dulu anda mempergunakan Tok Guru, sekarang anda tikam tokguru dari belakang dengan bersubahat menyiarkan artikel yang memburukkan kerajaan kepimpinan beliau. Semoga anda lebih bersikap adil dan telus dalam menyiarkan berita-berita berkaitan kerajaan Kelantan. Jangan kerana imbuhan dan sogokan, anda mengadaikan prinsip dan etika kewartawanan.

Labels:

posted by Tolhah @ 6:09 PM  
1 Comments:
  • At August 10, 2007 at 8:41 AM, Blogger PutriHanan said…

    salam...erm...ada mata pejam..ada telinga pekak...ada mulut diam...itulah realiti manusia yg berajakan nafsu dan bersultankan kemegahan dunia.

     
Post a Comment
<< Home
 
DUSTURUNA


Demi Masa
Previous Post
Archives
Pelawat
Say Something
Pelawat
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT