|
Kemiskinan di Negeri BN ????Betul ke ?? |
Monday, August 13, 2007 |
Kluang, Johor Darul **** - Miskin punca rentungKluang, Johor - Miskin punca rentung ? Miskin ? di Johor pun ada orang miskin ke ? Tak pernah pun ada di televisyen dan suratkhabar. Bukan ke negeri yang miskin dan mundur adalah Kelantan. Bukan ke rakyat kelantan melarat akibat Kerajaan PAS kelantan tidak tahu memerintah dan mengabaikan rakyatnya yang miskin.Sekarang, terpampang jelas di dada akhbar, punca kebakaran adalah kerana kemiskinan, tak mampu nak membayar bil elektrik sehingga terpaksa membahayakan diri dengan memasang lilin. Apa sudah tidak mampu wakil rakyat di kawasan berkenaan nak menghulurkan bantuan kerana kononnya merekalah pembela rakyat, pembela orang melayu.Kalau tak mampu nak menghulurkan bantuan, jangan bising dan jangan hanya nampak kuman di seberang, Godzilla di depan mata pun tak nampak. Ini tidak, habis dijaja isu kemiskinan di kelantan seolah-olah negeri mereka semua penduduknya kaya dan terbela. Dulu pun begitulah, bila banjir di kelantan, bising suratkhabar dan televisyen mengatakan Kerajaan Kelantan tak pandai memerintah, banjir sana banjir sini.Nah, sekali Allah tenggelamkan johor baru-baru ini, nak salahkan siapa ? Kita jangan sesekali sombong dan takabur, memfitnah dan memburukkan orang lain sedangkan pada masa yang sama kita adalah jauh lebih teruk. Kerajaan Johor boleh menghabiskan duit untuk mencahayakan program-program hiburan dan berunsur maksiat seperti Pesta-pesta kebudayaan, Citrawarna Malaysia, joget dan tarian dan sebagainya tapi tak mampu nak menerangi sebuah rumah milik rakyatnya yang kesempitan.Itu kes tiada bekalan elektrik di Johor, kes di selangor pula menyaksikan masih berlambak rakyat yang hidup dalam kemiskinan di setinggan-setinggan, lebih teruk lagi rumah setinggan mereka dirobohkan dan memaksa mereka tinggal di dalam khemah.Semiskin Kelantan yang mereka propagandakan, tidak ada lagi kes rakyat yang tinggal di dalam khemah sebagaimana Selangor yang didakwa negeri yang maju. Maju sehingga terpaksa merobohkan rumah rakyat dan juga yang paling teruk merobohkan Surau dan Masjid juga."PERTAHANKAN KERAJAAN KITA" ( Kelantan )
|
posted by Tolhah @ 7:20 AM |
|
|
|
|