Oleh : Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain. Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal. Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :- فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah? Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui. Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079) Hak kedua ; adalah hak Nabi Muhammad SAW secara peribadi seperti berselawat ke atas baginda SAW apabila mendegar nama baginda disebut. Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanya disunatkan sahaja. Hak ketiga ; adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan ini, wajib dicanggahi. Sabda nabi SAW : لا طاعة لمخلوقٍ في معصية الله إنما الطاعة في المعروف Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan" ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih) Hak keempat dan yang ke seterusnya ; adalah hak orang ramai, antaranya hak jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai lagi. Saya tidak berniat untuk mengulasnya dengan terperinci, cuma saya ingin mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian. Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian walaupun seksi sesuka hati? "eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni. Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi. Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, sebiji jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati. Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya. Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya. Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah ini. Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :- 1) cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi sebagai manusia. Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin diberikan kebebasan ikut suka hati kita?. Sabda nabi SAW : إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kita), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini) 2) cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari dosa-dosa. "Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian. "pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya anda" "Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah bermanfaat" Saya memuji negeri Kelantan yang berusaha menjunjung hak Allah dan RasulNya sehingga mendesak mereka mengaturkan undang-undang khas pemakaian atau 'dress code', dikenakan denda bagi sesiapa yang melanggarnya. Ia amat baik kerana selain mencarik hak Allah SWT, pakaian seksi yang ditayang secara terbuka boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga orang lain. Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin. Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' . Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum. "come on ustaz, takkanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, think big, ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya. Sudah tentu bukan kerana pakaian seseksi itu semata-mata tetapi ia adalah pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal dengan nafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan dan 'iklan' untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'. "Sebenarnya ustaz, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang mahasiswa kepada saya melalui sms. Bila ditanya mengapa, ia kata " Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', terus nampak je, berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda ini. Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya. Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua. Kini, sebuah negeri di Amerika mungkin semakin sedar buruknya pakaian seksi ini, cuma akibat tiada keimanan dan ilmu mencukupi, mereka hanya mula larang 'seluar londeh' sahaja buat masa ini, sedangkan baju londeh, kain londeh dan londeh-londeh yang lain masih belum dapat ditanggapi keburukannya oleh aqal manusawi mereka yang lemah. Kerana itu, ajaran agama diperlukan. Itulah Islam satu-satunya yang diredhai Allah. Sekian Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 30 Ogos 2007 18 Syaaban 1428 H SIla baca 3 berita di bawah :- 1) Amerika dan larangan seluar londeh yang menjadi kegilaan wanita muda di Malaysia kini termasuk yang bertudung 'saji' (Istilah ini mungkin sesuai bagi yang bertudung tetapi tidak sempurna tutup auratnya, kumpulan ini sememangnya ramai dikeliling kita). 2) Negara China juga melarang pakaian seksi 3) Kelantan Melarang Pakaian Seksi 4) Komen pelik dari orang 'ISLAM' bila ada orang Islam yang lain cuba menjunjung titah perintah dan hak Allah di sebuah negeri. _______________________________________________________________________ 1) Kisah Seluar Londeh di Amerika Seluar londeh semakin dilarang di AS ATLANTA, Georgia 29 Ogos - Langkah untuk menguatkuasakan larangan penggunaan seluar londeh atau sebarang fesyen pakaian yang mendedahkan pakaian dalam di kawasan awam kini semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS). Terbaru, penduduk di Atlanta, Georgia pula menimbang untuk mengenakan larangan berkenaan, sekali gus menimbulkan perselisihan pendapat antara golongan tua yang menyokong dan golongan muda yang menentangnya. Menurut ahli Majlis Perbandaran, C.T. Martin yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Undang-Undang dan Keselamatan Awam, injunksinya itu ditujukan kepada mereka yang gemar memakai seluar londeh yang terlalu jauh di bawah paras pusat hingga menampakkan seluar dalam, terutamanya seluar dalam jenis boxer yang dianggap sebagai trend terkini. Ordinan itu yang mengenakan denda ke atas mereka yang melanggarnya, juga melarang wanita daripada mendedahkan tali seluar dalam mereka. Penggunaan seluar londeh seumpama itu, telahpun diharamkan di selatan bandar Delcambre, Louisiana yang mengenakan denda AS$500 (RM1,700) atau sehingga enam bulan penjara. 2 ) China Larang Pakaian Seksi China bans 'sexy' female attire Read here | Female civil servants in eastern China have been banned from wearing sexy clothes and told not to use "dirty" language in the office. Women have been asked to refrain from wearing revealing tops and leggings as well as too much jewellery at work, state media report. They should "dress in a serious, proper, simple and natural way". The regulations are the first of their kind in the country, says the partly state-owned China News Service. The clothes must not be "avant-garde and ostentatious", the regulations announced by the Zhejiang provincial archives bureau say. Nor should they be "too thin and tight or showing the under-garments". 'Elegant' The report also recommended women should adopt manners in line with their professional positions. "They should use elegant language, avoid rude words and must not in any case use dirty or strange words," it said. "When they receive guests or speak on the phone, they must say 'please' and 'thank you'," the report said. "When they are dealing with people outside the office, they must be mindful of the government's image and their personal images." Wu Ling, director of the women's commission of the bureau, said her office formulated the rules because more than 70 workers in the bureau's 90-strong office were women. "The reason why we see dressing as a priority is because it is the first impression that people get from the female civil servants," she said. BBC |
|
| 3) Kelantan Juga Larang Seksi Read Here Pakaian ketat, singkat, diharamkan di Kota Baru 05-12-2006 10:37:52 AM Oleh: C.A.Zulkifle | KOTA BARU: Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) akan bertindak tegas terhadap pekerja wanita yang memakai pakaian yang disifatkan oleh majlis itu sebagai kurang sopan di premis perniagaan di bandar itu. Pakaian yang diiktiraf sebagai tidak sopan oleh MPKB termasuk blaus atau seluar yang ketat dan skirt singkat. Mengikut undang-undang kecil majlis itu, mereka yang berpakaian tidak sopan atau seksi boleh didenda sehingga RM500. Menurut pegawai perhubungan awam MPKB, Mohd Azman Daham, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai pekerja wanita yang berpakaian demikian bekerja di premis perniagaan dan restoran sebagai strategi menarik pelanggan. "Perlu diingatkan bahawa bukan sahaja pekerja yang berpakaian seksi boleh didenda, malah tuan punya premis juga boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan kami," katanya. Mohd Azman berkata pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan di kawasan tadbiran MPKB kerana ia boleh mencemar nama baik Kota Baru sebagai sebuah bandaraya berstatus Islam. Antara aduan yang diterima termasuk wanita memakai baju T yang mendedahkan pangkal dada, wanita memakai blaus atau baju T singkat yang menampakkan pusat dan mereka yang memakai seluar jeans yang mendedahkan bahagian atas punggung. MPKB, katanya, akan meningkatkan penguatkuasaan bagi kesalahan ini di semua kawasan bawah pentadbirannya. Bagi mengelak salah faham, katanya, kod berpakaian yang diterima bagi wanita Islam di kawasan MPKB adalah berpakaian labuh menutup aurat dan bertudung, sementara bagi bukan Islam pula, pakaian mestilah menunjukkan kesopanan. Blaus dan seluar ketat, katanya, tidak termasuk dalam kod pakaian yang boleh diterima, walaupun untuk wanita bukan Islam. Sebelum ini, katanya, walaupun undang-undang kecil itu memang telah wujud, ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya. Fokus, katanya, akan diberikan di beberapa kawasan tertentu termasuk di Taman Hijau, Taman Uda dan Taman Tengku Anis, serta beberapa kompleks membeli belah. Nik Aziz: Lelaki tak hormat wanita seksi 05-12-2006 11:27:38 PM Oleh IAN MCINTYRE | KOTA BARU: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) untuk menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kecilnya yang menegah wanita berpakaian tidak sopan daripada bekerja di premis perniagaan di kawasan tadbirannya. Tindakan MPKB mengenakan denda RM500 terhadap wanita yang berpakaian sedemikian, menurut Menteri Besar Kelantan itu, memang satu tindakan tepat kerana mereka sepatutnya menghormati budaya dan nilai keagamaan yang diamalkan di Kelantan. "Seseorang wanita yang memakai pakaian tidak senonoh sebenarnya tidak menghormati dirinya sendiri, jadi bagaimanakah orang lelaki akan menghormati mereka? "Kedudukan moralnya juga nipis. Mengapakah orang menyimpan wang mereka di dalam dompet? Kerana wang adalah sesuatu yang bernilai tinggi, seperti juga maruah wanita. Jadi seseorang wanita sepatutnya berpakaian sopan untuk menjaga maruahnya," kata Nik Aziz. Katanya telah menjadi norma dan sifat semula jadi lelaki akan mudah tergoda apabila melihat wanita berpakaian seksi dan menjolok mata. "Ini sebenarnya bukan satu undang-undang yang khusus bagi MPKB sahaja. Ia adalah peraturan bertepatan dengan Islam jadi ia tidak patut diperkecil dan dipersoalkan," tegasnya lagi. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis rasmi di Grand Riverview Hotel di sini, Nik Aziz berkata, wanita bebas berpakaian sesuka hati mereka ketika berada di rumah sendiri, tetapi perlu menepati tuntutan Islam agar berpakaian sopan di khalayak ramai. Katanya, sudah sampai masanya bagi MPKB menguatkuasakan peraturan itu kerana setelah sekian lama menjalankan kempen dan program bagi menyedarkan wanita mengenai perkara itu, masih ramai yang terus berdegil. Pakaian yang disifatkan tidak sopan dan bertentangan dengan undang-undang kecil MPKB itu termasuk blaus dan seluar ketat, skirt singkat, balus dan baju-T yang menampakkan pusat, seluar jeans yang mendedahkan bahagian atas punggung bagi wanita bukan Islam. Bagi wanita Islam pula, pakaian mestilah yang menutup aurat dan labuh hingga menutup buku lali dan bertudung. Selain mendenda wanita yang berpakaian tidak sopan, MPKB juga mengumumkan bahawa majikan mereka juga boleh dikenakan tindakan kerana membenarkan pekerja mereka melanggar kod etika berpakaian, termasuk menarik balik permit perniagaan bagi mereka yang degil. | | 4) Komen Pelik Shahrizat: Dress code is disrespectful and undermines women's capabilities Update from The Star Newsdesk KUALA LUMPUR: The latest dress code ruling in Kelantan is disrespectful and undermines women's capabilities. Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said she is appalled at the no sexy clothes ruling in Kelantan. The state government, she said, should instead focus on how it can help the development of women instead of concentrating on flimsy issues such as dress codes. "Why are they focusing on dressing issues when they should be thinking about how they can help women in Kelantan excel and develop fur ther, both in education and entrepreneurship?" she told The Star at the Parliament lobby Tuesday in commenting on its front-page report. The Kota Baru Municipal Council had warned that both Muslim and non-Muslim women working in retail out lets and restaurants in Kelantan should take note of their dress ing or risk being fined. The council said it would be conducting spot checks and women who flouted its guidelines could be fined up to RM500, Several women's organisations reacted with outrage. Shahrizat said creating such a ruling will in the end back-fire on the Kelantan government. "In the end, Kelantanese women will object to it," she warned. "It is so disrespectful to the women there. The ruling makes it seem like women cannot decide for themselves what they should or should not wear and need the government to help them decide. "It just goes to show what kind of government they are." Dress Code Dispute in Malaysia Read Here KUALA LUMPUR, Malaysia, March 11--Malaysia's federal government has criticized Kelantan state's hardline Islamic administration for proposing a strict dress code for non-Muslim women, AFP reported. The dress code, put forward by the municipal council of Kota Baru, the capital of the state--one of only 13 in Malaysia ruled by the opposition Islamic Party--would force non-Muslim women to don long skirts and loose, long-sleeved blouses. The proposal came earlier this week after complaints over skimpily-dressed promotion women working in supermarkets. The Islamic Party's spiritual leader Nik Aziz Nik Mat, who is also Kelantan's chief minister, said the dress code would help reduce sex crimes in the state. But Culture, Arts and Heritage Minister Rais Yatim said the proposal was "outrageous" and would violate the rights of non-Muslim women, according to the New Straits Times. The Kelantan government can dictate the dress code of civil servants under its jurisdiction but has no right to tell others what to wear, he said. It has also come under fire from non-Muslim and women groups. The Malaysian Chinese Association, a key pillar in the ruling coalition, slammed the Islamic Party for being out of touch with reality. "Doesn't he (Nik Aziz) realize that most sex crime victims are fully dressed from head to toe and some of them are children? Someone with that kind of mindset on gender issues is an obstacle to the progress of women," said the association's women's wing chief Ng Yen Yen. Muslim Malays make up some 55 percent of Malaysia's 25 million population, with Chinese accounting for 25 percent and Indians 7.5 percent. It was thumped by the ruling coalition in last year's general elections, in which it lost power in neighboring state of Terengganu but kept its hold on Kelantan with a slim majority |