Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Haramkan TAZKIRAH, Halalkan MAKSIAT
Tuesday, September 4, 2007
Selangor tetap Tarawih 20 rakaat
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan semua masjid dan surau di negeri ini mengerjakan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan kali ini, tidak termasuk solat Witir tiga rakaat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata kerajaan negeri juga membuat ketetapan tidak membenarkan masjid dan surau mengadakan tazkirah bagi mengelak perpecahan dan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.

Beliau berkata, ketetapan itu juga bertujuan memastikan umat Islam tidak berdebat mengenai jumlah rakaat solat tarawih serta sama ada tazkirah boleh diadakan ketika Tarawih.

“Kita kena ingat siapa kita dan adakah dengan melakukan solat Tarawih lapan rakaat ia sudah dikira sempurna. Namun, jika dilakukan 20 rakaat jangan pula imam baca ayat laju sangat, sehingga sebutannya tak jelas dan akhirnya tak beri manfaat kepada kita.

“Kita tidak benarkan tazkirah ketika Tarawih sebab kita digalak kurangkan bercakap, banyakkan berzikir, membaca al-Quran dan bersedekah, selain berpuasa sepanjang Ramadan," katanya ketika merasmikan majlis penyampaian moreh kepada masjid dan surau seluruh negeri di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Datuk Abdul Rahman Palil; Mufti negeri, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.2 juta untuk moreh dengan setiap masjid menerima RM1,000 dan surau, RM400. Ada 359 masjid dan lebih 1,800 surau di seluruh Selangor.

Dr Mohamad Khir berharap tiada lagi penyalahgunaan fungsi surau dan masjid dan semua pihak menjadikan isu solat dua imam di Surau Ar-Rahman di Seksyen 8 di sini baru-baru ini, sebagai pengajaran.

Sultan Selangor baru-baru ini mengarahkan surau itu ditutup sementara apabila penduduk mengadakan solat dua imam kerana tidak puas hati dengan pelantikan ahli jawatankuasa baru surau. Bagaimanapun, ia diselesaikan selepas kumpulan bertelingkah itu, berkompromi.

Dr Mohamad Khir juga menegur khatib yang tidak membuat persediaan sebelum menyampaikan khutbah Jumaat sehingga menyebabkan mereka selalu tersasul.


Selangor juga tak benar tazkirah - Tulisan Roslan SMS
(Http://n32.blogspot.com)

Solat tarawih kata Khir Toyo mesti dikerjakan sebanyak 20 rakaat di masjid-masjid dan surau-surau seluruh Selangor, kalau 8 bermakna tak sempurna. Kemudian Khir selaku MB juga mengisytiharkan yang:

Kita tidak benarkan tazkirah ketika Tarawih sebab kita digalak kurangkan bercakap banyak berzikir membaca al Quran dan bersedekah selain berpuasa sepanjang Ramadhan. Kerajaan negeri tidak membenarkan program tazkirah ini bagi mengelak perpecahan dan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam.

Tazkirah bermaksud peringatan dan program tazkirah samada sebelum, diantara atau selepas tarawih di masjid-masjid dan surau-surau di Selangor sebelum ini sangat mendapat sambutan oleh umat Islam yang berbodong-bondong berjemaah dalam bulan yang mulia ini. Tazkirah ketika itu dikira sangat efektif kerana pada bulan Ramadhan lah masjid dan surau-surau di Malaysia akan tiba-tiba dipenuhi termasuklah oleh kehadiran mereka yang sebelum ini tidak pernah atau jarang-jarang ke masjid dan surau.

Saya hairan peluang terbaik untuk berdakwah kepada masyarakat Islam yang selama ini di Selangor dihinggapi dengan pelbagai masalah sosial dan akidah yang celaru, tiba-tiba dilarang atas alasan kononnya mahu mengelakkan perpecahan dan kekeliruan. Beginikah formula penyelesaian terbaik yang mampu Khir fikirkan?

Jika Ramadhan pun tidak boleh tazkirah, kuliah-kuliah pengajian luar Ramadhan pun dikenakan pelbagai syarat dan perturan sehingga ada Tuan-tuan Guru yang ditangkap JAIS, khutbah Jumaat mesti berpandukan teks JAIS tanpa dipinda-pinda, lalu apalah yang tinggal pada ilmu dan dakwah Islam itu?

Kalau kita kekalkan larangan-larangan ini dalam keadaan hidup masyarakat kita sempurna, semuanya patuh kepada suruhan dan larangan agama, masjid dan suraunya sentiasa penuh, tiada masalah moral dikalangan masyarakat, tiada program maksiat dan tingkah laku maksiat dikalangan masyarakat, mungkin padan dan sesuai sangatlah. Tetapi realitinya dahlah maksiat dan kemungkaran kita tidak berjaya bendung dan tangani, dalam waktu yang sama kita bernafsu pula menutup ruang dakwah kononnya ia juga mengundang padah, maka ke manakah nasib dan masa depan ummah dan bangsa ini?

Maaf tetapi saya rasa Pak Pandir pun jika ia hidup tidak gunakan alasan kerana mahu galakkan kurang bercakap maka dilarang tazkirah di masjid dan surau! Aib sungguh apabila seorang MB boleh mencetuskan alasan sedemikian, lalu siapakah yang sebenarnya mengelirukan masyarakat Islam! Saya harap MB dan Exconya jika Pandir belaka semua akan walk the talk, kurangkan bercakap belaka, batalkan sahaja program-program politik sepanjang Ramadhan ini, jangan lagi bersyarah atau berceramah, zikir dan baca al Quran sahaja, boleh begitu?

----------------------------------------------------------------------------------------------

Tazkirah HARAM, hiburan maksiat HALAL....perkara maaruf disekat, perkara mungkar diberi permit dan kelulusan. Artis simbol seks datang buat persembahan di Malaysia, BENARKAN....pendakwah bebas berceramah di Surau-surau...TANGKAP !!!!!!!!

Semoga kita semua dapat merenung Firman ALlah di bawah yang bermaksud :

67. Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya(berlaku kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik. ( At-Taubah : 67 )

Labels:

posted by Tolhah @ 7:40 PM  
1 Comments:
  • At November 3, 2007 at 7:28 AM, Anonymous Anonymous said…

    Salam.
    itulah yang pelik dunia sekarang ni.
    yang baik diorang nampak jahat. yang jahat nampak baik. yang halal diharamkan. yang haram dihalalkan.
    bukan setakat pandangan mata kabur dan buta, bahkan pandangan hati turut menjadi buta. mungkin disebabkan arus globalisasi yang semakin meningkat skarang ni.

    apa yang dapat kita lakukan ialah meneruskan perjuangan amar maruf nahi mungkar. kerna perjuangan ini takkan berhenti sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir.

    apa-apapun salam ziarah kembali. :)

     
Post a Comment
<< Home
 
DUSTURUNA


Demi Masa
Previous Post
Archives
Pelawat
Say Something
Pelawat
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT