Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

BERSIH GATHERING - Ten Eleven
Friday, November 23, 2007
Rasanya agak terlewat kerana saya baru post tajuk ini, sedangkan bloggers-bloggers lain sudah lama berkongsi pengalaman dan gambar-gambar pada Hari Perhimpunan tersebut.

Adalah suatu yang tidak masuk akal jika difikirkan apabila kami yang datang berhimpun hanya dengan sehelai baju kuning, sesetengahnya hanya berselipar dikatakan akan mengganas dan membuat huru hara. Kami nak berarak secara aman, nak buat huru hara langsung tak terlintas bila tengok polis dengan senjata api, dengan cota yang panjang, dengan uniform kebal, kalau kami rempuh pun, agaknya kami yang tergolek. Ibarat Mentimun dengan durian.

Saya kongsikan beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang perarakan Perhimpunan tersebut. Dan jumlahnya bukan 4000 orang sebagaimana yang dilaporkan akhbar penipu, tapi puluhan ribu manusia.

Unit Amal menjadi perisai, kalau bertembung dengan polis, mereka dulu kena pukul, MasyaAllah, besarnya pengorbanan mereka

Kami berhimpun untuk menuntut Sistem pilihanraya yang lebih bersih dan adil

Sempat menaiki jejantas untuk mengambil gambar dari atas. Ini gambar kumpulan dari tengah, di depan sana, sudah beribu yang melepasi dan dibelakang masih beribu yang belum sampai.

Kami bukan beruk wahai khairy jamaluddin.....kalau kami yang seperti ini beruk, kamu pun beruk jugaklah....

Bersurai dalam keadaan aman

Ini sebahagian kecil yang dapat saya kongsikan. Selebihnya kalian boleh melihatnya di

http://www.tranungkite.net
http://www.kickdefella.wordpress.com
http://www.harakahdaily.net

Dan banyak lagi, jurugambar-jurugambar yang mengabadikan kenangan Perhimpunan Bersih di laman web masing-masing. Sila buat pencarian secara random di google atau Yahoo.

Halal Haram mengikut kamus pemimpin UMNO ialah berdasarkan nafsu serakah mereka, kalau mereka nak berhibur, konsert maksiat yang dikunjungi anak muda puluhan ribu orang pun mereka luluskan, Anugerah IIFA Award yang menyaksikan tarian-tarian separuh bogel bollywood pun diberi tempat di Stadium Bukit Jalil.

Tapi kalau perhimpunan Aman, ceramah parti pembangkang yang mereka kira tidak menguntungkan mereka, automatiknya ia jadi haram dan diarahkan pasukan keselamatan untuk bertindak. Dasar Kerajaan Zalim...

Untuk Monsun Cup di Terengganu akan datang ini, artis-artis akan datang untuk memeriahkan lagi acara dengan nyanyian dan hiburan, ini HALAL mengikut Islam Hadhari Terengganu Bestari. Baru-baru ini perhimpunan Aman Bersih di Batu Buruk menjadi haram, dan diupahnya lagi orang-orang untuk menghuru harakan dan menimbulkan provokasi sehinggakan mengakibatkan 2 orang awam ditembak oleh polis. Halal haram jelas mengikut nafsu serakah mereka......

Labels:

posted by Tolhah @ 5:55 PM   0 comments
DUSTURUNA


Demi Masa
Previous Post
Archives
Pelawat
Say Something
Pelawat
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT