Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Keengganan Pemerintah Melaksanakan Syariat Islam
Saturday, June 30, 2007

Tiada akta halang umat islam kerja Bar

KERAJAAN tidak dapat melaksanakan penguatkuasaan peraturan bagi menghalang umat Islam daripada bekerja sebagai pelayan bar atau menyediakan minuman keras kerana tiada akta mengenainya.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata untuk melaksanakannya, ia memerlukan tindakan menyeluruh dan melibatkan pelbagai pihak.

“Kalau hendak laksanakan peraturan dan undang-undang, ia terpaksa mengambil masa dan mekanisme tertentu supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada mereka yang terlibat.

Tapi mekanisme itu harus diteliti agar tidak timbul masalah dan spekulasi baru memandangkan isu ini agak sensitif dan ia tidak memberi tekanan kepada majikan, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Modal Program Peningkatan Pendapatan Rakyat Termiskin/Miskin DUN Rhu Rendang di bandar marang disini, semalam.

Menurut Abdul Rahman, kalau dilihat daripada sudut agama Islam, orang muslim tidak boleh bersubahat dalam soal halal dan haram minuman keras.

(dipetik dari SINAR HARIAN. AHAD 1 JULAI 2007)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

50 memerintah Malaysia, pemerintahnya beragama Islam, wujudnya Institusi Agama seperti JAKIM, IKIM, dan wujud juga Majlis Fatwa Kebangsaan, wujudnya mufti-mufti di seluruh negeri dan pengisyhtiharan sebagai negara Islam pun sudah dibuat.

Namun, rujukan pemerintahan tetap membelakangkan Al-Quran Hadith, kalau ada pun diambil sebahagiannya saja yang kena dengan nafsu pemerintah, yang dirasakan boleh mengugat kepentingan, dipertikaikan dan dihina, bahkan di saman di dalam mahkamah.

Lihat saja kenyataan Timbalan Menteri, rupa-rupanya tiada akta untuk menghalang umat Islam dari bekerja sebagai pelayan bar dan menyediakan minuman keras. Sebanyak-banyak akta yang diluluskan di parlimen, akta yang melibatkan kesucian dan maruah Islam tidak dipedulikan, mereka bukan sahaja tidak melarang orang islam untuk terlibat dengan arak bahkan lebih teruk lagi mereka meluluskan pembinaan dan memberi permit kepada Pusat-Pusat Hiburan, bar dan disko yang jelas merosakkan masyarakat islam khususnya dan masyarakat malaysia tidak kira agama apa pun umumnya. Apa tidaknya, dari arak yang menjadi raja segala kejahatan, seterusnya akan berlaku pula penzinaan, memukul isteri dan segala macam kejahatan.

Kalau kerajaan boleh menggubal akta untuk cuba menghapuskan nama Islam pada pertubuhan, dan menggunakan kuasa untuk menyekat bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat, tapi dalam perkara ini jelas memperlihatkan keengganan dan ketidakseriusan Kerajaan Islam Hadhari ini dalam melaksanakan Syariat Allah SWT. Perkara-perkara agama dan soal Amar Maaruf Nahi Mungkar dipandang remeh dan ditongsampahkan sehinggakan pihak yang menyeru kepada kebaikan dianggap memecahbelah masyarakat dan mencegah kemungkaran pula dianggap mencabuli hak asasi manusia. Entahlah.......

posted by Tolhah @ 6:52 PM   0 comments
Tazkirah buat diriku yang lalai
Friday, June 29, 2007
Sesungguhnya orang yang paling celaka dan malang ialah orang yang panjang angan-angan. Dia mengharapkan syurga dan keampunan Allah tapi hakikatnya amalannya adalah amalan orang-orang fasik dan sentiasa menderhakai Allah. Dia memasang angan-angan yang tinggi, bahwa dia akan diampuni Allah, pada masa yang sama dia tidak melakukan amalan untuk mendekatkan dirinya pada Khaliq. Dia meninggalkan Solat Subuh Berjemaah di masjid, dia meninggalkan solat fardhu berjemaah di masjid, dia meninggalkan membaca Al-Quran, solatnya di akhir waktu dan banyak membuang masa dengan melakukan kemaksiatan pada Allah SWT. Amat malangnya orang seperti ini, lebih-lebih lagi apabila dia memasang angan-angan dia akan diampuni Allah sedangkan amalan hariannya membelakangkan Allah SWT. Astargfirullahal 'Adzim.
posted by Tolhah @ 4:40 AM   1 comments
Papan tanda menutup aurat di Kelantan
Wednesday, June 27, 2007



Aurat Terjaga, maruah anda akan terpelihara. Mesej khusus untuk wanita-wanita dari Kelantan dari Kerajaan Membangun Bersama Islam.

Di kelantan, sebarang papan iklan yang ingin didirikan, khusus yang melibatkan model wanita, maka syaratnya model wanita itu perlu menutup aurat.

Itulah dasar Membangun Bersama Islam. Sebaliknya di negeri bawah pemerintahan Umno, banyak iklan-iklan wanita bukan sahaja tidak menutup aurat tetapi ada yang memperlihatkan bentuk tubuh badan dan kelihatan seksi.

Adakah ini yang ingin diperlihatkan pada masyarakat. Islam datang untuk memartabatkan dan menaikkan maruah wanita dengan menutup tubuh wanita, tetapi kerajaan umno pula sebaliknya, membiarkan pengeksplotasian tubuh badan wanita di mana-mana.

Adakah ini bertepatan dengan pendekatan Islam Hadhari. Andainya ia bercanggah, sudah tentu dah lama ia dibetulkan, tapi masalahnya inilah Islam hadhari (menghalalkan apa sahaja, nauzubillah).
posted by Tolhah @ 6:26 PM   0 comments
DUSTURUNA


Demi Masa
Previous Post
Archives
Pelawat
Say Something
Pelawat
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT