Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

RENUNGAN ( SOLAT SUBUH BERJEMAAH )
Friday, April 25, 2008

PRA- SYARAT KEMENANGAN ISLAM

( SUATU RENUNGAN BUAT YANG MENGAKU PEJUANG ISLAM )

Malam itu, ia berdiri berceramah. Bicaranya berapi-api tentang mimpinya selama ini, yaqni tegaknya syariat agama di bumi Malaysia ini. Ia begitu bersemangat menguraikan cita-cita untuk menyaksikan syariat Allah memimpin peradaban di seluruh alam semesta. Dia menghentam pihak-pihak yang menolak sistem islam, mendedahkan kemungkaran pemimpin-pemimpin yang disifatkan bersifat fasik dan munafik kerana menjadi penganjur kemungkaran. Dia bertanya kepada hadirin :

Mengapa umat Islam mengalami kemunduran ?

Mengapa mereka mengikuti konsep hidup umat lain ?

Mengapa mereka merendahkan nilai agama mereka sendiri ?

Mengapa mereka menjadikan musuh-musuh Islam sebagai pemimpin ?

Mengapa …….? Mengapa ……………? Mengapa…………?

Puluhan pertanyaan semisal terlontar dalam ceramahnya dengan sangat memukau. Ia melemparkan “beban berat” itu di atas pundak para hadirin yang mengikuti ceramahnya. Lalu ia memaparkan pandangannya dengan panjang lebar, bak memberi dogma. Kemudian setelah mengemukakan solusi dan kesimpulan, ia mengakhiri ceramahnya.

Selang sehari setelah itu, saya mencari sang penceramah itu di antara saf-saf jemaah solat subuh. Heran, saya tidak melihatnya. Saya bergumam dalam hati, “Mungkin penceramah itu berhalangan atau ada urusan mendadak.” Saya pun beranjak pulang.

Hari berikutnya, di waktu yang sama, saya mencuba mencarinya kembali di antara deretan-deretan saf-saf jemaah Solat Subuh, dengan harapan bisa menemukannya di sana. Namun, saya kembali kecewa. Lagi-lagi saya tidak menemukannya di antara saf-saf jemaah Solat Subuh. Saya mulai khuatir, aduhai apa yang terjadi padanya. Ingin rasanya saya mengetahui khabarnya. Saya khuatir, jangan-jangan ia ditimpa musibah.

Saya putuskan untuk mencari tahu di mana penceramah itu. Hingga pada suatu kesempatan dapat bertemu dengannya. Lalu saya bertanya: “Apa yang terjadi? Mudah-mudahan yang menjadi penghalang anda adalah sesuatu yang baik. Saya kehilangan anda di waktu Solat Subuh.

Dengan ringan ia menjawab tanpa rasa malu :

“ Maafkan saya. Semoga Allah mengampuni saya dan mengampuni anda. Keadaan saya sangat sulit. Pagi-pagi saya sudah mulai kerja, sementara saya tidur agak terlambat. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Saya terdiam dan bingung mendengar jawapannya. Benar-benar saya bingung. Saya bertanya dalam hati, “Bagaimana mungkin agama Allah akan tegak berdiri di atas muka bumi ini di tangan orang-orang yang melalaikan kewajibannya kepada Allah?”

Hati saya bergelojak, jiwa terasa sempit, dan tenggorokan terasa tersumbat. Saya ingin melakukan sesuatu; apa saja. Akhirnya saya menulis, dan hasilnya adalah tulisan dalam buku ini.

Saya memohon kepada Allah untuk memberikan petunjukNya pada saya, juga kepadanya dan bagi seluruh umat Islam. Saya juga memohon kepadaNya kejayaan dan kekokohan agama ini. Sungguh, Dia Maha Kuasa atas yang demikian.

Dr.Raghib As-Sirjani ( Buku Misteri Solat Subuh )

Labels:

posted by Tolhah @ 9:18 AM   1 comments
Babi, Kenapa Sekarang baru nak prihatin ??
Monday, April 14, 2008
Saya tidak mahu mengulas samada wajar atau tidak Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek penternakan babi di Kuala Selangor. Yang saya cukup bengang dan meluat ialah kepura-puraan pemimpin umno yang menunjukkan keprihatinan mereka dalam isu babi ini.

Kenapa sekarang baru UMNO begitu prihatin dan kecoh dan sensitif dengan binatang yang bernama babi. Waktu dia memerintah 2/3 kerusi parlimen dulu pun, sememangnya sudah wujud ladang penternakan babi samada di Selangor, Melaka dan ditempat-tempat yang majoritinya cina yang tidak beragama Islam.

Isu di melaka contohnya sebelum ini, senyap sunyi pemimpin umno dari memberikan sebarang komen dan kenyataan kerana Melaka itu negeri dibawah pemerintahannya. Tapi hari ini, pandai pulak si UMNO ini soal babi ini haram kepada orang islam, kotor, jijik, kena jaga perasaan dan sensitiviti umat Islam dan bermacam-macam lagi pandangan seolah UMNO ini pembela umat islam yang sejati.

UMNO membela Umat Islam ?

Antara yang sempat saya baca tentang komen salah seorang kepimpinan tertinggi umno dalam media miliknya ialah bahawa kita perlu sensitif dengan sebarang isu yang berkait dengan umat Islam. Hampir ingin termuntah rasanya bila membaca kenyataan sedemikian ?

Hipokrit !!!!

Sejak bila UMNO kisah akan umat Islam, sedarkah UMNO yang sensitiviti umat Islam bukannya babi sahaja, dan babi bukan antara perkara yang besar memudaratkan agama dan umat Islam itu sendiri. Ia hanya persoalan haram memakannya dan kebersihan, itu saja.

Bagaimana dengan sensitiviti umat islam dalam soal-soal lain yang jelas mendatangkan kemudaratan yang lebih besar. Soal arak, soal murtad, soal pemerintahan sekular dan 1001 lagi masalah.


Di Selangor, babi mungkin menjadi kemudaratan kepada orang ramai dari segi boleh mendatangkan penyakit dan pencemaran, tapi babi tidaklah boleh menjahanamkan akhlak orang Islam khususnya dan merosakkan masyarakat secara umumnya. Yang menjadi bapak segala kejahatan dan kemudaratan ialah Kilang Arak yang tersergam di Selangor, juga pusat-pusat judi Sports Toto, Rumah-rumah pelacuran, pusat-pusat disko dan segala macam pintu-pintu kejahatan yang dibiarkan selama ini.

Kenapa UMNO tak pernah kecoh ? Kenapa tidak dijadikan sebagai isu, kenapa tidak disuarakan dan disidang akhbarkan di Televisyen-televisyen. Isu babi di selangor hanyalah kesempatan yang diambil oleh UMNO sebagai pembangkang di selangor untuk menunjukkan mereka prihatin dengan masyarakat, sensitif dengan apa yang menguris hati umat Islam dan merekalah pembela masyarakat yang sebenar. Jangan lupa yang projek ini telah dicadangkan di zaman pemerintahan UMNO lagi, kenapa ketika itu tidak ada pun yang kecoh dan menjadikan ia suatu isu. Hanya selepas ia diluluskan dan ia berlaku ketika Pakatan Rakyat yang menjadi pembangkang, maka segala-galanya adalah tidak betul.

Jangan kita lupa yang banyak lagi masalah-masalah lain yang ditinggalkan oleh UMNO di selangor selain dari dari memikirkan masalah babi. Kemudaratan babi tidaklah sebesar dan tidak sama dengan kemudaratan arak, judi dan hiburan hedonisme yang menjajah minda masyarakat di Selangor.

Berapa ramai hari ini masyarakat kita yang rosak dengan arak, dari meminum arak yang merupakan raja segala maksiat, mereka berzina, berjudi, memukul anak isteri. Bukan kita tidak tahu dengan keadaan di Selangor, berapa banyak pusat disko, pusat dangdut dan pub. Adakah mereka yang menziarahi Kelab-Kelab Malam ini melakukan amal kebaikan didalamnya ? Apa alasan kerajaan membenarkan percambahan dan memudahkan lesen dan permit kepada pengusaha-pengusaha Kelab Malam ini. Bahkan ada cadangan gila dari seorang menteri gila yang mencadangkan supaya operasi Kelab Malam dilanjutkan sehingga jam 5 pagi, kononnya bagi meraikan pelancong asing. Apakah dia tidak sedar yang mengerumuni pusat maksiat ini ialah anak-anak melayu yang beragama Islam, yang menjadi GRO juga adalah melayu Islam dan yang menjadi penuang arak juga adalah pemuda-pemuda melayu islam.

Begitu juga soal pusat-pusat judi. Judi bukan sahaja memudaratkan orang Islam tapi Agama lain juga mengharamkan judi, tetapi lihatlah berapa banyak Kedai Judi Sports Toto yang beroperasi. Apakah ini tidak memudarat dan menjahanamkan masyarakat ?

Harap Khir Toyo dapat menjawab di blognya….jangan hanya sibuk soal babi sahaja. Jangan nak menunjukkan keprihatinan dalam nak menjaga kebersihan alam sekitar dan pencemaran yang boleh membawa penyakit dan kemudaratan kepada orang ramai di Sepang.

Bumi Selangor sememangnya sudah lama sakit dengan segala macam pencemaran aqidah dan akhlak yang ditaja oleh UMNO sendiri. Berapa ribu umat Islam yang murtad, berapa ramai yang anak melayu yang berzina, berapa belas ribu anak luar nikah, berapa ramai yang jadi gay dan lesbian. Ada pernah pemimpin UMNO prihatin akan soal ini ?

Labels: ,

posted by Tolhah @ 7:45 PM   0 comments
Pandangan Mufti Perlis
Tuesday, April 8, 2008
SOALAN: Apakah pandangan Dr. tentang kerajaan-kerajaan baru yang dibentuk oleh pembangkang; khususnya Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor?

JAWAPAN: “Melihat kepada senario politik yang sedang berlaku dalam negara ini, maka beberapa perkara –setakat ini- mungkin boleh saya ulas seperti berikut:

1) Rakyat patut memuji kepimpinan Kerajaan dan rakyat Kelantan. Mereka terkenal dengan kematangan politik. Walaupun media yang bongkak menghina mereka sebelum pilihanraya berlaku, namun mereka telah berjaya merentasi pilihanraya dengan jayanya –alhamdulillah-. Di kala negeri-negeri lain masih dalam kekalutan, Kelantan tenang dan damai dengan keputusan yang dibuat oleh rakyatnya. Mudah-mudahan itu sebagai tanda bahawa Islam yang dilaungkan di Kelantan benar-benar mendapat keberkatan Allah. Bumi Kelantan adalah antara benteng-bentang umat Islam di negara ini. Wajib kepada seluruh muslimin terus membantu hasrat Islam yang dilaungkan, selagi zahir padanya keikhlasan bukan bertujuan politik semata. Masih banyak ruang yang boleh dilakukan untuk mengangkat imej Islam di negeri berkenaan.

2) Kerajaan Baru Kedah adalah harapan umum agar prinsip-prinsip siasah Islam yang menekankan soal keadilan dan kemaslahatan rakyat dalam dasar dan perlaksanaan benar-benar dapat dihayati. Mereka perlu bernafas panjang dalam mengambil sesuatu tindakan agar kegopohan parti mereka di Trengganu dahulu tidak berulang. Kelihatannya YAB Menteri Besar Kedah yang baru, mampu menonjolkan ciri-ciri kematangan politik yang baik di peringkat awal ini. Pegangan ‘siasah untuk maslahah ummah’ amat penting agar tidak timbul sama sekali unsur politik membalas dendam. Kita berdoa agar prinsip-prinsip Islam yang damai, harmoni lagi adil dapat dikecapi oleh rakyat Kedah menerusi kerajaan mereka yang baru.

3) Kerajaan Baru Selangor sebenarnya berhadapan dengan situasi yang amat sengit. Ini kerana, Selangor adalah negeri maju, rakyatnya mungkin lebih sensitif dan kritis. Kedudukan Selangor yang terdedah kepada dunia yang lebih terbuka, menjadikannya kayu pengukur golongan cerdik pandai sejauh manakah slogan golongan pembaharuan politik ini dapat direalisasikan. Nampaknya tawaran-tawaran Kerajaan Baru Selangor mampu menzahirkan prinsip pemerintah mengutamakan rakyat seperti yang menjadi teras siasah dalam Islam. Kita amat berharap ketelusan dan kejujuran akan menjadikan mereka lebih unggul dibandingkan kerajaan sebelum ini.

4) Ada pun Perak, saya belum dapat melihat perkembangannya. Namun keperibadian yang baik YAB Menteri Besar yang baru mudah-mudahan mengundang pertolongan Allah untuk pentadbirannya.

Sekali lagi saya ingin sebut, seperti yang sering nyatakan dalam berbagai tulisan dan kenyataan saya, bahawa laksanakanlah keadilan dan ketelusan, di situlah akan lahirnya cinta rakyat dan keberkatan Allah. Jangan ulangi segala bentuk penyelewengan dan kebongkakan yang pernah dilakukan oleh mereka yang lain sebelum ini, kerana pada bongkah, sombong dan tidak telus itu mengundang kebencian rakyat dan kemurkaan Allah”.

Labels: ,

posted by Tolhah @ 7:13 AM   0 comments
Perginya Sebutir Permata
Almarhum Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah, antara Ulama' Pondok yang terkemuka bukan sahaja di kelantan bahkan di Malaysia umumnya. Semasa hayatnya, Beliau antara orang yang kuat memberikan sokongan kepada Kerajaan PAS Kelantan. Beliau banyak menghadiri program-program bersama YAB Tok Guru Nik Aziz, mengimami Solat Hajat yang dianjurkan PAS Negeri Kelantan dan amat jelas sekali Tok Guru Haji Lah juga berperanan dalam mengekalkan pemerintahan Kelantan di bawah PAS. Peranan institusi pondok di kelantan antara penyumbang kepada masyarakat yang sayang dan cinta pd agama seterusnya mengekalkan pemerintahan dan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Mengenali Batang Tubuh Almarhum Tok Guru Haji Lah yang amat kita cintai

Biodata Ringkas Tuan Guru Haji Lah ( Sumber dari blog Syifa' Arjuna http://www.syifaarjuna.blogspot.com )

Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada pukul 3 00 petang, hari jumaat, 11 febuari 1933 di pondok Lubuk Tapah Tuan Guru Haji Abdullah telah mendapat pendidikan awal dengan ayahandanya sendiri iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman .Beliau juga telah belajar menulis dan membaca jawi semenjak kecil lagi dengan anak murid ayahnya yang berpengalaman iaitu Almarhum Haji Jusuh atau lebih dikenali sebagai Abang Aji Soh. Pada tahun 1953 , ayahandanya telah menghantarnya melanjutkan pelajaran ke Tanah Suci, Mekah bersama adiknya Almarhum Haji Ahmad dengan menaiki kapal laut. Masjidil Haram Di Tanah Suci Mekah menjadi pusat pengajian Tuan Guru Haji Abdullah.

( Pondok Lubuk Tapah )

Di antara tokoh guru-guru dan ulamak beliau Syaikh Abdul Kadir Abdul mutalib Al-Mandili, Syaikh Muhamad Daud AlFatani ,Syaikh Abdul Jalil Al Indonisi dan beberapa orang tokoh-tokoh ulamak yang terkenal lagi . Selama hampir 15 tahun berada di Tanah Suci Mekah akhirnya beliau kembali ke tanah air. Sebelum beliau pulang ke tanah air, beliau bersama 14 orang sahabat perjuangan menghadapi ujian terakhir daripada guru-guru, ulamak dengan disuruh membaca mentafsir dan menerangkan isi kandungan beberapa buah kitab agama yang telah dipelajari selama menuntut di tanah Suci Mekah selama satu minggu.

Debaran ujian telah pun berakhir .Kini tiba pula debaran menunggu keputusan, Apabila keputusan diumumkan beliau bersama dua orang sahabatnya menerima ijazah tauliah dan tamat pengajian daripada guru-guru ulamak pada Muharam 1386 hijrah. Sebelum berangkat pulang ke tanah air beliau juga diberi pesanan dan nasihat oleh guru-guru ulama supaya memanfaatkan ilmu yang telah di pelajari dengan betul dan tepat. Pada tahun 1966 Tuan Guru Haji Abdullah kembali ke tanah air . Beliaulah sebagai pengganti ayahandanya Tuan Guru Haji Abdul Rahman untuk mentadbir dan menerajui Pusat Pengajian pondok Lubuk Tapah.

Labels: ,

posted by Tolhah @ 6:20 AM   0 comments
DUSTURUNA


Demi Masa
Previous Post
Archives
Pelawat
Say Something
Pelawat
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT