Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sombong dan tidak mahu dekat pada ALlah
Monday, September 24, 2007

Ramadhan : Bulan MegaSale Pengampunan Dosa

Suatu Nasihat buat diriku..

Bulan puasa yang jelas kita ketahui adalah bulan tawaran hebat daripada Allah SWT yang tidak ada pada bulan-bulan lain. Banyak hadith-hadith sahih yang menjelaskan tentang tawaran Allah kepada hamba-hambanya yang berdosa supaya memohon pengampunan dari ALlah SWT pada bulan ini.

Ramai di kalangan kita yang berdosa pada ALlah SWT dan pada masa yang sama, kita samada secara langsung atau tidak langsung diberitahu tentang peluang keemasan ini melalui khatib-khatib melalui khutbah, melalui tazkirah-tazkirah Ramadhan, melalui ruangan-ruangan di radio, melalui tulisan-tulisan di akhbar dan juga di televisyen.

Yang jelas, Maha Pengasih dan Penyayangnya ALlah SWT, Dia menyampaikan berita gembira ini buat kita semua untuk kita mengambil kesempatan ini untuk kembali ke pangkuan Allah SWT. Namun, yang menyedihkan kita menerima tawaran hebat Allah SWT ini dalam keadaan sambil lewa, endah tak endah dan tidak serius sama sekali.

Kita masih bercita-cita untuk terus enjoy dan berfoya-foya sesudah Ramadhan berlalu, Ramadhan yang dilalui hanyalah menjadi budaya tahunan, berpuasa, berbuka puasa, ke masjid untuk bertarawih, bersahur, kemudian sibuk membuat persiapan hari raya.

Selesai Ramadhan, gaya hidup sebelum Ramadhan dulu diteruskan kembali tanpa rasa dia sebenarnya telah memalingkan diri dari tawaran yang Allah tawarkan. Tidak ada pada bulan-bulan yang lain kecuali Ramadhan, tawaran dari ALlah untuk mengampunkan dosa-dosanya yang lepas selama dia hidup.

Orang seumpama inilah yang disebut dalam suatu hadith, golongan yang didoakan kecelakaan oleh malaikat dan diaminkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Yaqni orang yang selepas seusainya Ramadhan bulan keampunan, dia masih belum diampunkan dosanya oleh Allah SWT dan masih bergelumang dengan dosa.

Ramadhan adalah MegaSale dari Allah SWT. Kalau kita sanggup berlumba-lumba ke pasaraya untuk tawaran harga murah, 50 %, 70 %, kenapa kita tak sanggup berlumba-lumba untuk meraih peluang yang datang ini. Puasa mengekang nafsu melalui berlapar, dorongan syaitan pun sudah tidak di bulan ini, sememangnya fitrah kita lebih terdorong untuk membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan. Namun amat malang, jika kita masih tidak menjaga pancaindera kita dari berbuat dosa.

Baik dosa mata yang tidak lekang dari melihat wanita cantik dan tubuh badannya, baik dosa telinga dari mendengar lagu dan irama yang sia-sia, baik dosa mulut yang meratah daging saudara kita yang mentah dengan kita mengumpatnya. Perkara-perkara seperti ini jika tidak dijaga akan terus melalaikan kita sehingga kita terlupa kita berada dalam bulan keampunan ALlah dan tidak mengendahkan tawaran istimewa yang ditawarkan kepada kita.

Dan, bila Ramadhan semakin meninggalkan kita, kita disisi ALlah masih sama, masih lagi tidak suci dari dosa-dosa lama. Sehingga berakhirnya Ramadhan, kita masih belum diampunkan dosa oleh Allah SWT. Amat malang dan celakalah kita kerana kita masih sombong dan tidak mahu dekat pada ALlah di ketika ini....

Labels: ,

posted by Tolhah @ 5:11 PM   0 comments
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Thursday, September 13, 2007

Pesanan buat diriku.....

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur untuk merasai lagi niqmat Ramadhan pada kali ini. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih baik dari Ramadhan yang lepas.

Semoga Ramadhan ini dapat melatih kita untuk mendampingi Masjid-Masjid Allah dan menjadi salah satu golongan yang dijanjikan Allah untuk berada di bawah naungan Arasynya pada hari pengadilan kelak.

Semoga Ramadhan ini juga dapat melatih kita sentiasa berdamping dengan Al-Quran setiap waktu untuk menjanjikan kita cahaya di alam kubur kelak.

Semoga kita istiqamah dengan Solat berjemaah subuh di masjid, istiqamah dengan solat setiap waktu di masjid dan istiqamah dengan membaca Al-Quran. Janganlah ia hangat-hangat tahi ayam di permulaan Ramadhan sahaja, kemudian kita meninggalkannya dan menjadi lalai kembali.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan....

Labels: ,

posted by Tolhah @ 4:06 PM   0 comments
Haramkan TAZKIRAH, Halalkan MAKSIAT
Tuesday, September 4, 2007
Selangor tetap Tarawih 20 rakaat
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan semua masjid dan surau di negeri ini mengerjakan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan kali ini, tidak termasuk solat Witir tiga rakaat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata kerajaan negeri juga membuat ketetapan tidak membenarkan masjid dan surau mengadakan tazkirah bagi mengelak perpecahan dan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.

Beliau berkata, ketetapan itu juga bertujuan memastikan umat Islam tidak berdebat mengenai jumlah rakaat solat tarawih serta sama ada tazkirah boleh diadakan ketika Tarawih.

“Kita kena ingat siapa kita dan adakah dengan melakukan solat Tarawih lapan rakaat ia sudah dikira sempurna. Namun, jika dilakukan 20 rakaat jangan pula imam baca ayat laju sangat, sehingga sebutannya tak jelas dan akhirnya tak beri manfaat kepada kita.

“Kita tidak benarkan tazkirah ketika Tarawih sebab kita digalak kurangkan bercakap, banyakkan berzikir, membaca al-Quran dan bersedekah, selain berpuasa sepanjang Ramadan," katanya ketika merasmikan majlis penyampaian moreh kepada masjid dan surau seluruh negeri di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Datuk Abdul Rahman Palil; Mufti negeri, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.2 juta untuk moreh dengan setiap masjid menerima RM1,000 dan surau, RM400. Ada 359 masjid dan lebih 1,800 surau di seluruh Selangor.

Dr Mohamad Khir berharap tiada lagi penyalahgunaan fungsi surau dan masjid dan semua pihak menjadikan isu solat dua imam di Surau Ar-Rahman di Seksyen 8 di sini baru-baru ini, sebagai pengajaran.

Sultan Selangor baru-baru ini mengarahkan surau itu ditutup sementara apabila penduduk mengadakan solat dua imam kerana tidak puas hati dengan pelantikan ahli jawatankuasa baru surau. Bagaimanapun, ia diselesaikan selepas kumpulan bertelingkah itu, berkompromi.

Dr Mohamad Khir juga menegur khatib yang tidak membuat persediaan sebelum menyampaikan khutbah Jumaat sehingga menyebabkan mereka selalu tersasul.


Selangor juga tak benar tazkirah - Tulisan Roslan SMS
(Http://n32.blogspot.com)

Solat tarawih kata Khir Toyo mesti dikerjakan sebanyak 20 rakaat di masjid-masjid dan surau-surau seluruh Selangor, kalau 8 bermakna tak sempurna. Kemudian Khir selaku MB juga mengisytiharkan yang:

Kita tidak benarkan tazkirah ketika Tarawih sebab kita digalak kurangkan bercakap banyak berzikir membaca al Quran dan bersedekah selain berpuasa sepanjang Ramadhan. Kerajaan negeri tidak membenarkan program tazkirah ini bagi mengelak perpecahan dan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam.

Tazkirah bermaksud peringatan dan program tazkirah samada sebelum, diantara atau selepas tarawih di masjid-masjid dan surau-surau di Selangor sebelum ini sangat mendapat sambutan oleh umat Islam yang berbodong-bondong berjemaah dalam bulan yang mulia ini. Tazkirah ketika itu dikira sangat efektif kerana pada bulan Ramadhan lah masjid dan surau-surau di Malaysia akan tiba-tiba dipenuhi termasuklah oleh kehadiran mereka yang sebelum ini tidak pernah atau jarang-jarang ke masjid dan surau.

Saya hairan peluang terbaik untuk berdakwah kepada masyarakat Islam yang selama ini di Selangor dihinggapi dengan pelbagai masalah sosial dan akidah yang celaru, tiba-tiba dilarang atas alasan kononnya mahu mengelakkan perpecahan dan kekeliruan. Beginikah formula penyelesaian terbaik yang mampu Khir fikirkan?

Jika Ramadhan pun tidak boleh tazkirah, kuliah-kuliah pengajian luar Ramadhan pun dikenakan pelbagai syarat dan perturan sehingga ada Tuan-tuan Guru yang ditangkap JAIS, khutbah Jumaat mesti berpandukan teks JAIS tanpa dipinda-pinda, lalu apalah yang tinggal pada ilmu dan dakwah Islam itu?

Kalau kita kekalkan larangan-larangan ini dalam keadaan hidup masyarakat kita sempurna, semuanya patuh kepada suruhan dan larangan agama, masjid dan suraunya sentiasa penuh, tiada masalah moral dikalangan masyarakat, tiada program maksiat dan tingkah laku maksiat dikalangan masyarakat, mungkin padan dan sesuai sangatlah. Tetapi realitinya dahlah maksiat dan kemungkaran kita tidak berjaya bendung dan tangani, dalam waktu yang sama kita bernafsu pula menutup ruang dakwah kononnya ia juga mengundang padah, maka ke manakah nasib dan masa depan ummah dan bangsa ini?

Maaf tetapi saya rasa Pak Pandir pun jika ia hidup tidak gunakan alasan kerana mahu galakkan kurang bercakap maka dilarang tazkirah di masjid dan surau! Aib sungguh apabila seorang MB boleh mencetuskan alasan sedemikian, lalu siapakah yang sebenarnya mengelirukan masyarakat Islam! Saya harap MB dan Exconya jika Pandir belaka semua akan walk the talk, kurangkan bercakap belaka, batalkan sahaja program-program politik sepanjang Ramadhan ini, jangan lagi bersyarah atau berceramah, zikir dan baca al Quran sahaja, boleh begitu?

----------------------------------------------------------------------------------------------

Tazkirah HARAM, hiburan maksiat HALAL....perkara maaruf disekat, perkara mungkar diberi permit dan kelulusan. Artis simbol seks datang buat persembahan di Malaysia, BENARKAN....pendakwah bebas berceramah di Surau-surau...TANGKAP !!!!!!!!

Semoga kita semua dapat merenung Firman ALlah di bawah yang bermaksud :

67. Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya(berlaku kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik. ( At-Taubah : 67 )

Labels:

posted by Tolhah @ 7:40 PM   1 comments
Kelantan : Usaha mendaulatkan Syariat Islam
Saturday, September 1, 2007
Ustaz Zaharuddin menulis :

" Saya memuji negeri Kelantan yang berusaha menjunjung hak Allah dan RasulNya sehingga mendesak mereka mengaturkan undang-undang khas pemakaian atau 'dress code', dikenakan denda bagi sesiapa yang melanggarnya. Ia amat baik kerana selain mencarik hak Allah SWT, pakaian seksi yang ditayang secara terbuka boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga orang lain."

Juga tidak ketinggalan Negara China dan Amerika juga telah mempunyai kesedaran yang sama walaupun tidak sepenuhnya.

Bagaimana pula dengan Kerajaan Malaysia yang mendakwa negaranya negara Islam, pada masa yang sama dilaksanakan pula pendekatan Islam Hadhari yang kononnya inilah Islam yang terbaik untuk ditonjol pada masyarakat. Sudahlah ia menokok nambah Islam yang sudah sempurna itu, pada masa yang sama ia tidak lebih dari slogan yang menipu masyarakat.

Usahkan ingin mengadakan dress code dan peraturan berpakaian yang sopan, lebih teruk lagi didizinkan pengeksplotasian tubuh badan wanita di media-media tanpa ada teguran dari Menteri-Menteri Agama.

Sudahlah mereka tidak melaksanakan perintah Allah yang jelas ini, bila Kelantan melaksanakannya, mereka mengkritik dan menyifatkan tindakan Kerajaan Kelantan sebagaimana tidak menghormati kaum wanita. Pulak dah...

Yang ingin menyelamatkan dan mengangkat maruah wanita dianggap tidak menghormati wanita, sebaliknya mereka mengaku mereka pejuang wanita walaupun saban hari mereka menelanjangkan wanita dalam majalah-majalah dan televisyen.

Sudahlah membiarkan masyarakatnya menjadi tidak bermaruah, dijemputnya lagi artis-artis yang berpakaian tidak senonoh untuk berkonsert di Malaysia seterusnya menjadi contoh pada masyarakat Malaysia. Apa tidaknya. dari inul yang menjadi simbol seks indonesia, ke Haifa penyanyi gelek arab, hinggalah Gwen stefani, simbol seks hollywood. Semuanya berpakaian tidak cukup dan cukup-cukup menjatuhkan martabat dan maruah kaum wanita. Inikah pejuang wanita ???

Sebaliknya, berlaku di Kelantan, sebagaimana yang diqoutekan bersama artikel Ustaz Zaharuddin di bawah, adanya usaha dari Kerajaan PAS Kelantan dalam melaksanakan tuntutan Al-Quran Sunnah.

Jadi, siapa yang patut disokong dan beri mandat kekuasaan untuk memerintah Malaysia, adakah kelompok yang sentiasa membelakangkan perintah Allah dalam pemerintahan ataupun kelompok yang berusaha mendaulatkan Syariat Islam dalam pemerintahan.

Tepuk dada, tanya iman.....sudah terang lagi bersuluh.

Labels:

posted by Tolhah @ 11:48 PM   0 comments
Seluar Londeh & Pakaian Seksi Wanita : Suatu Hak Kebebasan Peribadi ?

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.

Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.

Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-

فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا

Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah?

Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.

Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)

Hak kedua ; adalah hak Nabi Muhammad SAW secara peribadi seperti berselawat ke atas baginda SAW apabila mendegar nama baginda disebut.

Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanya disunatkan sahaja.

Hak ketiga ; adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan ini, wajib dicanggahi. Sabda nabi SAW :

لا طاعة لمخلوقٍ في معصية الله إنما الطاعة في المعروف

Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan" ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih)

Hak keempat dan yang ke seterusnya ; adalah hak orang ramai, antaranya hak jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai lagi.

Saya tidak berniat untuk mengulasnya dengan terperinci, cuma saya ingin mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian.

Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian walaupun seksi sesuka hati?

"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.

Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.

Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, sebiji jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati.

Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.

Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.

Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah ini.

Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :-

1) cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi sebagai manusia.

Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin diberikan kebebasan ikut suka hati kita?.

Sabda nabi SAW :

إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kita), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)

2) cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari dosa-dosa.

"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.

"pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya anda"

"Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah bermanfaat"

Saya memuji negeri Kelantan yang berusaha menjunjung hak Allah dan RasulNya sehingga mendesak mereka mengaturkan undang-undang khas pemakaian atau 'dress code', dikenakan denda bagi sesiapa yang melanggarnya. Ia amat baik kerana selain mencarik hak Allah SWT, pakaian seksi yang ditayang secara terbuka boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga orang lain.

Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin.

Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' . Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.

"come on ustaz, takkanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, think big, ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.

Sudah tentu bukan kerana pakaian seseksi itu semata-mata tetapi ia adalah pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal dengan nafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan dan 'iklan' untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'.

"Sebenarnya ustaz, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang mahasiswa kepada saya melalui sms.

Bila ditanya mengapa, ia kata " Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', terus nampak je, berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda ini.

Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya.

Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua.

Kini, sebuah negeri di Amerika mungkin semakin sedar buruknya pakaian seksi ini, cuma akibat tiada keimanan dan ilmu mencukupi, mereka hanya mula larang 'seluar londeh' sahaja buat masa ini, sedangkan baju londeh, kain londeh dan londeh-londeh yang lain masih belum dapat ditanggapi keburukannya oleh aqal manusawi mereka yang lemah.

Kerana itu, ajaran agama diperlukan. Itulah Islam satu-satunya yang diredhai Allah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

30 Ogos 2007

18 Syaaban 1428 H

SIla baca 3 berita di bawah :-

1) Amerika dan larangan seluar londeh yang menjadi kegilaan wanita muda di Malaysia kini termasuk yang bertudung 'saji' (Istilah ini mungkin sesuai bagi yang bertudung tetapi tidak sempurna tutup auratnya, kumpulan ini sememangnya ramai dikeliling kita).

2) Negara China juga melarang pakaian seksi

3) Kelantan Melarang Pakaian Seksi

4) Komen pelik dari orang 'ISLAM' bila ada orang Islam yang lain cuba menjunjung titah perintah dan hak Allah di sebuah negeri.

_______________________________________________________________________

1) Kisah Seluar Londeh di Amerika

Seluar londeh semakin dilarang di AS

ATLANTA, Georgia 29 Ogos - Langkah untuk menguatkuasakan larangan penggunaan seluar londeh atau sebarang fesyen pakaian yang mendedahkan pakaian dalam di kawasan awam kini semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS).

Terbaru, penduduk di Atlanta, Georgia pula menimbang untuk mengenakan larangan berkenaan, sekali gus menimbulkan perselisihan pendapat antara golongan tua yang menyokong dan golongan muda yang menentangnya.

Menurut ahli Majlis Perbandaran, C.T. Martin yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Undang-Undang dan Keselamatan Awam, injunksinya itu ditujukan kepada mereka yang gemar memakai seluar londeh yang terlalu jauh di bawah paras pusat hingga menampakkan seluar dalam, terutamanya seluar dalam jenis boxer yang dianggap sebagai trend terkini.

Ordinan itu yang mengenakan denda ke atas mereka yang melanggarnya, juga melarang wanita daripada mendedahkan tali seluar dalam mereka.

Penggunaan seluar londeh seumpama itu, telahpun diharamkan di selatan bandar Delcambre, Louisiana yang mengenakan denda AS$500 (RM1,700) atau sehingga enam bulan penjara.

2 ) China Larang Pakaian Seksi

China bans 'sexy' female attire

Read here

Female civil servants in eastern China have been banned from wearing sexy clothes and told not to use "dirty" language in the office.

Women have been asked to refrain from wearing revealing tops and leggings as well as too much jewellery at work, state media report.

They should "dress in a serious, proper, simple and natural way".

The regulations are the first of their kind in the country, says the partly state-owned China News Service.

The clothes must not be "avant-garde and ostentatious", the regulations announced by the Zhejiang provincial archives bureau say.

Nor should they be "too thin and tight or showing the under-garments".

'Elegant'

The report also recommended women should adopt manners in line with their professional positions.

"They should use elegant language, avoid rude words and must not in any case use dirty or strange words," it said.

"When they receive guests or speak on the phone, they must say 'please' and 'thank you'," the report said.

"When they are dealing with people outside the office, they must be mindful of the government's image and their personal images."

Wu Ling, director of the women's commission of the bureau, said her office formulated the rules because more than 70 workers in the bureau's 90-strong office were women.

"The reason why we see dressing as a priority is because it is the first impression that people get from the female civil servants," she said.

BBC



3) Kelantan Juga Larang Seksi

Read Here

Pakaian ketat, singkat, diharamkan di Kota Baru
05-12-2006 10:37:52 AM
Oleh: C.A.Zulkifle

KOTA BARU: Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) akan bertindak tegas terhadap pekerja wanita yang memakai pakaian yang disifatkan oleh majlis itu sebagai kurang sopan di premis perniagaan di bandar itu.

Pakaian yang diiktiraf sebagai tidak sopan oleh MPKB termasuk blaus atau seluar yang ketat dan skirt singkat.

Mengikut undang-undang kecil majlis itu, mereka yang berpakaian tidak sopan atau seksi boleh didenda sehingga RM500.

Menurut pegawai perhubungan awam MPKB, Mohd Azman Daham, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai pekerja wanita yang berpakaian demikian bekerja di premis perniagaan dan restoran sebagai strategi menarik pelanggan.

"Perlu diingatkan bahawa bukan sahaja pekerja yang berpakaian seksi boleh didenda, malah tuan punya premis juga boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan kami," katanya.

Mohd Azman berkata pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan di kawasan tadbiran MPKB kerana ia boleh mencemar nama baik Kota Baru sebagai sebuah bandaraya berstatus Islam.

Antara aduan yang diterima termasuk wanita memakai baju T yang mendedahkan pangkal dada, wanita memakai blaus atau baju T singkat yang menampakkan pusat dan mereka yang memakai seluar jeans yang mendedahkan bahagian atas punggung.

MPKB, katanya, akan meningkatkan penguatkuasaan bagi kesalahan ini di semua kawasan bawah pentadbirannya.

Bagi mengelak salah faham, katanya, kod berpakaian yang diterima bagi wanita Islam di kawasan MPKB adalah berpakaian labuh menutup aurat dan bertudung, sementara bagi bukan Islam pula, pakaian mestilah menunjukkan kesopanan.

Blaus dan seluar ketat, katanya, tidak termasuk dalam kod pakaian yang boleh diterima, walaupun untuk wanita bukan Islam.

Sebelum ini, katanya, walaupun undang-undang kecil itu memang telah wujud, ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.

Fokus, katanya, akan diberikan di beberapa kawasan tertentu termasuk di Taman Hijau, Taman Uda dan Taman Tengku Anis, serta beberapa kompleks membeli belah.

Nik Aziz: Lelaki tak hormat wanita seksi
05-12-2006 11:27:38 PM
Oleh IAN MCINTYRE

KOTA BARU: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) untuk menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kecilnya yang menegah wanita berpakaian tidak sopan daripada bekerja di premis perniagaan di kawasan tadbirannya.

Tindakan MPKB mengenakan denda RM500 terhadap wanita yang berpakaian sedemikian, menurut Menteri Besar Kelantan itu, memang satu tindakan tepat kerana mereka sepatutnya menghormati budaya dan nilai keagamaan yang diamalkan di Kelantan.

"Seseorang wanita yang memakai pakaian tidak senonoh sebenarnya tidak menghormati dirinya sendiri, jadi bagaimanakah orang lelaki akan menghormati mereka?

"Kedudukan moralnya juga nipis. Mengapakah orang menyimpan wang mereka di dalam dompet? Kerana wang adalah sesuatu yang bernilai tinggi, seperti juga maruah wanita. Jadi seseorang wanita sepatutnya berpakaian sopan untuk menjaga maruahnya," kata Nik Aziz.

Katanya telah menjadi norma dan sifat semula jadi lelaki akan mudah tergoda apabila melihat wanita berpakaian seksi dan menjolok mata.

"Ini sebenarnya bukan satu undang-undang yang khusus bagi MPKB sahaja. Ia adalah peraturan bertepatan dengan Islam jadi ia tidak patut diperkecil dan dipersoalkan," tegasnya lagi.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis rasmi di Grand Riverview Hotel di sini, Nik Aziz berkata, wanita bebas berpakaian sesuka hati mereka ketika berada di rumah sendiri, tetapi perlu menepati tuntutan Islam agar berpakaian sopan di khalayak ramai.

Katanya, sudah sampai masanya bagi MPKB menguatkuasakan peraturan itu kerana setelah sekian lama menjalankan kempen dan program bagi menyedarkan wanita mengenai perkara itu, masih ramai yang terus berdegil.

Pakaian yang disifatkan tidak sopan dan bertentangan dengan undang-undang kecil MPKB itu termasuk blaus dan seluar ketat, skirt singkat, balus dan baju-T yang menampakkan pusat, seluar jeans yang mendedahkan bahagian atas punggung bagi wanita bukan Islam.

Bagi wanita Islam pula, pakaian mestilah yang menutup aurat dan labuh hingga menutup buku lali dan bertudung.

Selain mendenda wanita yang berpakaian tidak sopan, MPKB juga mengumumkan bahawa majikan mereka juga boleh dikenakan tindakan kerana membenarkan pekerja mereka melanggar kod etika berpakaian, termasuk menarik balik permit perniagaan bagi mereka yang degil.

4) Komen Pelik

Shahrizat: Dress code is disrespectful and undermines women's capabilities

Update from The Star Newsdesk

KUALA LUMPUR: The latest dress code ruling in Kelantan is disrespectful and undermines women's capabilities.

Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said she is appalled at the no sexy clothes ruling in Kelantan.

The state government, she said, should instead focus on how it can help the development of women instead of concentrating on flimsy issues such as dress codes.

"Why are they focusing on dressing issues when they should be thinking about how they can help women in Kelantan excel and develop fur ther, both in education and entrepreneurship?" she told The Star at the Parliament lobby Tuesday in commenting on its front-page report.

The Kota Baru Municipal Council had warned that both Muslim and non-Muslim women working in retail out lets and restaurants in Kelantan should take note of their dress ing or risk being fined.

The council said it would be conducting spot checks and women who flouted its guidelines could be fined up to RM500, Several women's organisations reacted with outrage.

Shahrizat said creating such a ruling will in the end back-fire on the Kelantan government.

"In the end, Kelantanese women will object to it," she warned.

"It is so disrespectful to the women there. The ruling makes it seem like women cannot decide for themselves what they should or should not wear and need the government to help them decide.

"It just goes to show what kind of government they are."

Dress Code Dispute in Malaysia

Read Here

KUALA LUMPUR, Malaysia, March 11--Malaysia's federal government has criticized Kelantan state's hardline Islamic administration for proposing a strict dress code for non-Muslim women, AFP reported.
The dress code, put forward by the municipal council of Kota Baru, the capital of the state--one of only 13 in Malaysia ruled by the opposition Islamic Party--would force non-Muslim women to don long skirts and loose, long-sleeved blouses.

The proposal came earlier this week after complaints over skimpily-dressed promotion women working in supermarkets.

The Islamic Party's spiritual leader Nik Aziz Nik Mat, who is also Kelantan's chief minister, said the dress code would help reduce sex crimes in the state.

But Culture, Arts and Heritage Minister Rais Yatim said the proposal was "outrageous" and would violate the rights of non-Muslim women, according to the New Straits Times.
The Kelantan government can dictate the dress code of civil servants under its jurisdiction but has no right to tell others what to wear, he said.
It has also come under fire from non-Muslim and women groups.
The Malaysian Chinese Association, a key pillar in the ruling coalition, slammed the Islamic Party for being out of touch with reality.


"Doesn't he (Nik Aziz) realize that most sex crime victims are fully dressed from head to toe and some of them are children? Someone with that kind of mindset on gender issues is an obstacle to the progress of women," said the association's women's wing chief Ng Yen Yen.

Muslim Malays make up some 55 percent of Malaysia's 25 million population, with Chinese accounting for 25 percent and Indians 7.5 percent.

It was thumped by the ruling coalition in last year's general elections, in which it lost power in neighboring state of Terengganu but kept its hold on Kelantan with a slim majority

posted by Tolhah @ 11:30 PM   0 comments
Seluar Londeh : Antara Malaysia dan Amerika
Seluar londeh semakin dilarang di AS

Atlanta, Georgia, 29 Ogos : Langkah untuk menguatkuasakan larangan penggunaan seluar londeh atau sebarang fesyen pakaian yang mendedahkan pakaian dalam di kawasan awam kini semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS).

Terbaru, penduduk Atlanta, Georgia, pula menimbang untuk mengenakan larangan berkenaan, sekaligus menimbulkan perselisihan pendapat antara golongan tua yang menyokong dan golongan muda yang menentangnya. Menurut ahli majlis perbandaran, CT Martin yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Undang-Undang dan Keselamatan Awam, injuksinya itu ditujukan kepada mereka yang gemar memakai seluar londeh yang terlalu jauh di bawah pusat sehingga menampakkan seluar dalam, terutamanya seluar dalam jenis boxer yang dianggap sebagai trend terkini.

Ordinan itu juga mengenakan denda ke atas mereka yang melanggarnya, juga melarang wanita dari mendedahkan tali seluar dalam mereka. Penggunaan seluar londeh seumpama itu, telahpun diharamkan di selatan bandar Delcambre, Lousiana yang mengenakan denda AS$500 (RM1,700) atau sehingga enam bulan penjara. ( Sumber Berita : AFP )

------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu di Amerika Syarikat, bagaimana pula dengan Malaysia yang mengamalkan pendekatan ISlam Hadhari, sejauh mana Islam Hadhari ni menjaga kemaslahatan ummah dengan menguatkuasakan peraturan-peraturan sebegini. Rasanya jauh sekali untuk dilaksanakan, walaupun kes rogol dilaporkan semakin tinggi statistiknya, zina berleluasa di kalangan remaja, Kerajaan Islam Hadhari ini langsung tidak melihat punca sebenar berlaku kerosakan masyarakat.

Di Malaysia, Penguatkuasaan dan kempen berpakaian sopan tidak pernah diadakan, sebaliknya kempen pendedahan aurat dan tubuh wanita secara tidak langsung dibiarkan berleluasa. Walaupun kerajaan tidak pernah mengatakan mereka menyokong tapi sikap tidak endah dan membiarkan saja gaya dan cara pakaian masyarakatnya yang mengikut barat amat-amat dikesali.

Yang terkecuali ialah sebuah negeri di Pantai Timur yang di bawah pemerintahan seorang Tok Guru yang berserban dan berkain sarung. Selain kempen menutup aurat yang dijalankan, baru-baru ini Kerajaan Negeri mengenakan garis panduan pakaian untuk peniaga-peniaga premis di kota Bharu, disamping menasihati masyarakat kelantan supaya berpakaian menutup aurat dengan sempurna bagi muslimah dan berpakaian sopan bagi non muslim.

Tidak dinafikan masih ada yang degil dan berpakaian ketat dan seksi di bumi serambi mekah ini, ini pun hasil tempias kemaksiatan dan pengaruh media dari Kerajaan Pusat. Yang jelas, ada usaha dari Tok Guru Nik Aziz dan Kepimpinan PAS kelantan dalam menjaga syariat Islam dan kemaslahatan ummah.

Berbeza dengan Kerajaan yang menolak dasar Islam, mereka keliru dan jahil tentang syariat Islam dan beranggapan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan adalah kolot, jumud dan terkebelakang.

Mereka tidak sedar perkara yang mereka sifatkan sebagai jumud, kolot dan terkebelakang itu sebenarnya adalah perintah Allah yang jelas dalam Al-Quran. Nauzubilllah, dalam tidak sedar mereka mempertikaikan perintah menutup aurat dalam AL-Quran dan peranan pemerintah melaksanakan tuntutan Amar Maaruf Nahi Mungkar.

Kita ikuti komentar ilmiah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dalam isu ini....

posted by Tolhah @ 5:45 PM   0 comments
DUSTURUNA


Demi Masa
Previous Post
Archives
Pelawat
Say Something
Pelawat
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT