Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

KEMISKINAN BUKAN UNTUK DIBASMI
Saturday, July 28, 2007
dipetik dari Alim Neraca Kehidupan terbitan Rufaqa Corp.
Disusun oleh Muhammad Abu Bakar

Dalam hidup ini, banyak perkara yang manusia suka dan banyak perkara yang manusia benci. Yang manusia suka dia akan usahakan supaya diperbanyakkan lagi. Yang dibenci, kalau boleh hendak dibasmi dan dihapuskan.

Di antara perkara yang manusia tidak suka ialah kemiskinan. Maka banyaklah suara dan usul diketengahkan untuk membasmi kemiskinan. Malahan telah diadakan program khas untuk tujuan membasmi kemiskinan ini.

Hakikatnya, bukan sahaja manusia di zaman ini yang bencikan kemiskinan. Manusia di sepanjang zaman bencikan kemiskinan. Berbagai usaha telah dibuat oleh manusia dari zaman silam sama ada secara individu mahupun secara berkelompok untuk menghapuskan kemiskinan di dalam masyarakat dan tamadun mereka. Dalam hal ini manusia belum pernah berjaya.

Justeru itu soal yang timbul dalam fikiran kita bolehkah fenomena kemiskinan ini dibasmikan ? Bukankah ia satu sunnatullah yang tidak akan berubah-ubah. Apa akan terjadi pada sesuatu masyarakat yang tidak mempunyai orang miskin dan semua ahlinya kaya ? Apakah hikmah Allah mencipta kemiskinan di kalangan manusia ?

Yang sebenarnya, dalam sesuatu masyarakat, tidak boleh semuanya miskin. Kelak tidak akan ada orang yang menjadi pengusaha yang mengeluarkan modal untuk industri pertanian dan perniagaan. Maka ekonomi tidak akan tertegak sedangkan ia nadi bagi kehidupan lahiriah manusia. Tidak boleh pula kesemua orang dalam masyarakat itu kaya. Kelak tidak akan ada pula buruh dan pekerja yang akan menggerakkan industri, pertanian dan peniagaan. Jelaslah bahawa orang miskin dan orang kaya itu saling bantu membantu dan saling perlu memerlukan di dalam menegakkan sistem hidup bermasyarakat. Kalau semua ahli masyarakat miskin maka masing-masing akan hidup melarat tanpa ada sebarang kegiatan ekonomi. Masing-masing akan cari makan untuk kehidupan sendiri-sendiri.

Kalau semua ahli masyarakat kaya pula maka kekayaan itu tidak ada sebarang makna. Wang tidak dapat digunakan untuk membeli apa-apa. Beras tidak ada, ikan tidak ada. Buah-buahan tidak ada. Tidak akan ada petani yang menanam hasil pertanian dan tidak akan ada nelayan yang pergi ke laut menangkap ikan. Tidak ada tukang buat rumah. Tidak ada buruh membina jalan. Malahan tidak akan wujud sebarang kemajuan dan pembangunan di dalam masyarakat yang semua ahlinya orang kaya belaka.

Memang Allah wujudkan miskin dan kaya itu supaya dapat hidup bersama-sama, bergantung dan perlu-memerlukan antara satu sama lain. Supaya terjadi interaksi di dalam masyarakat yang boleh mencetuskan kemajuan dan tamadun. Di atas itulah Allah adakah pula syariat supaya orang kaya dan miskin dapat hidup harmoni dan berkasih sayang. Yang miskin disuruh sabar dan jangan meminta-minta. Yang kaya disyariatkan supaya mengasihi, membela dan membantu yang miskin melalui zakat, sedekah dan sebagainya.

Rezeki yang Allah kurniakan cukup untuk semua manusia. Hanya ia disalurkan melalui orang-orang kaya untuk diratakan. Maka celakalah orang-orang kaya yang tidak melaksanakan amanah ini dan mengumpulkan hak Allah itu untuk diri mereka sendiri sahaja.

Oleh yang demikian, membasmi kemiskinan bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Kemiskinan akan tetap wujud sampai hari qiamat. Apa yang perlu dibuat ialah LAKSANAKAN SYARIAT ALLAH dalam mengendalikan harta kekayaan dan dalam semua urusan kehidupan terutamanya dalam sistem pemerintahan. Sempurnakan hak fakir miskin supaya mereka senang dalam kemiskinan mereka. Supaya timbul kasih sayang mereka terhadap orang-orang kaya. Hanya rezeki dan hak mereka berada di tangan orang-orang kaya. Jangan mereka dikhianati dan dizalimi dengan menahan hak mereka itu.

posted by Tolhah @ 12:58 AM   0 comments
Pusat ‘suburkan’ maksiat, Kelantan galakkan solat
Monday, July 23, 2007
Pusat ‘suburkan’ maksiat, Kelantan galakkan solat
Maslan Yusoh
Mon | Jul 16, 07 | 07:19:17 PM

KOTA BHARU, 16 Julai (Hrkh) – Bagi kerajaan Pusat, setiap program diadakan, tidak sah kalau tidak diserikan dengan persembahan artis. Sebaliknya di Kelantan setiap program dianjurkan mesti berpaksi kepada agama.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Misalnya kempen menghijaukan bumi dianjurkan Kementerian Wilayah Persekutuan baru-baru ini, turut dilibatkan artis. Inilah perkara asas yang menyuburkan lagi gejala keruntuhan moral.

Sedangkan di Kelantan aktiviti seperti itu disekat, dan sebaliknya program yang menjurus kepada kesedaran agama diutamakan.

Malam tadi kempen Bulan Sembahyang dilancarkan sempena sambutan bulan Rejab. Program itu diadakan sejak 13 tahun lalu bagi mendekatkan masyarakat kepada amalan agama.

Pelancarannya disempurnakan Menteri Besar di Balai Islam. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, wakil-wakil dan pegawai kerajaan.

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, amalan solat perlu dihayati sepenuhnya dan bukan sekadar menjadi tradisi sahaja.

“Ini kerana sebelum ini dilihat amalan solat hanya menjadi tradisi sekadar mahu melepaskan tangggungjawab fardhu ain sahaja dan bukannya untuk dihayati.

“Sedangkan solat menjadi paksi kepada agama. Semua aktiviti kehidupan manusia mesti diselaraskan dengan amalan sembahyang,” katanya.

Menurutnya bagi mereka yang tidak menghayati sepenuhnya amalan sembahyang, ia tidak mampu menjadi benteng mencegahkan daripada melakukan perkara mungkar.

Katanya, mereka tidak mendapat apa-apa manfaat melainkan letih dan semakin jauh daripada Allah Taala serta bertambah dekat kepada syaitan.

Kata beliau juga amalan sembahyang yang dihayati sepenuhnya akan dapat membantu pasukan keselamatan mengurangkan kadar jenayah.

“Ini kerana amalan solat akan mencegah seseorang melakukan perkara mungkar. Sekiranya ia dihayati betul-betul, kerajaan tidak perlu lagi menambah bilangan anggota pasukan keselamatan,” katanya.

Beliau juga berharap masyarakat Orang Asli yang sudah menganut Islam mampu menjadi bilal dan imam kepada seluruh masyarakat Islam.

“Saya berhasrat pada sambutan Bulan Sembahyang akan datang, biarlah Orang Asli menjadi bilal dan orang Cina pula sebagai imam. Biarlah saya menjadi makmun kepada mereka,” ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah, Ustaz Hassan Mohamood berkata, amalan sembahyang mampu menjadi benteng kepada manusia daripada terlibat dengan gejala sosial.

Pelancaran program itu turut diserikan dengan persembahan multimedia, pentomen dan nasyid. Dewan Besar Balai Islam penuh sesak dengan orang ramai. - mj

posted by Tolhah @ 8:34 PM   0 comments
FORUM KEMERDEKAAN
Thursday, July 19, 2007
50 TAHUN MERDEKA
SELAMATKAH AQIDAH UMMAH ?

Anjuran Bersama: MPKB-BRI, JHEAIK dan I-GRAD

Tarikh: 5 Rejab 1428H / 20 Julai 2007

Tempat: Jalan Dato Pati, Medan Ilmu, Bangunan PAS Kelantan

Masa : 8.30 Malam ( majlis bermula dengan Solat Isya & Solat Hajat )

Moderator: Ustaz Riduan Md Nor (Pengerusi FORKAD)

Panel :

(tiada gambar)
1. Ustaz Dr.Azhar Yaakob ( Pensyarah UM )

(tiada gambar)
2. Ustaz Norazli Musa ( Timb.Pengerusi FORKAD )

3. Ustaz Dr.Badrul Amin ( Bekas Pensyarah UIA)

InsyaAllah, forum ini akan disiarkan secara LIVE melalui beberapa webtv. Pengunjung boleh mengakses web berikut pada malam esok untuk mengikuti Forum pada pukul 9.00 malam.

  • Web TV PAS Pusat

  • PAS Kelantan



  • posted by Tolhah @ 12:33 AM   1 comments
    Nasihat Tok Guru Nik Aziz
    Tuesday, July 17, 2007
    ( muka hadapan akhbar sinar harian terbitan Karangkraf , Selasa 17 Julai 2007 - bukan Harakah )

    Nasihat Nik Aziz kepada remaja

    KOTA BHARU - Golongan remaja tidak harus merasakan diri telah handal sehingga sanggup membelakangi peraturan dan hukum agama yang ditetapkan, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Beliau berkata sikap demikian bukan sahaja memusnahkan hidup remaja sendiri tetapi melampaui batas keimanan yang membawa kemurkaan Tuhan.

    "Kalau anak lawan ibu bapa, murid lawan guru dan perompak telah melawan polis, ini menampakkan diri telah dianggap lebih handal daripada orang lain," katanya ketika berucap melancarkan Bulan Sembahyang di sini, malam tadi.

    Nik Abdul Aziz berkata sebagai masyarakat beragama Islam, sifat merendah diri perlu ada dengan mengamalkan konsep tolong menolong antara satu sama lain.

    Sikap mulia ini boleh membentuk masyarakat yang bersatu padu dan berbudi pekerti.

    "Sekiranya kita anggap diri kita telah kuat, sedangkan ada yang lebih kuat daripada kita, iaitu Allah, bermakna kita harus sedar yang kita tidak kuat," katanya.

    Sifat meninggi diri dengan menganggap diri lebih handal daripada orang lain ialah sifat terkutuk yang harus dihindari dalam masyarakat Islam.

    Pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub, Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak meninggalkan sembahyang dan melakukannya dengan betul serta tertib.

    "Dengan melakukan solat seseorang itu akan terhindar daripada melakukan perkara mungkar yang boleh melemahkan umat Islam itu sendiri," katanya.- BERNAMA
    ------------------------------------------------------------------------------------------------

    Pemimpin yang bertaqwa ialah pemimpin yang punya rasa takut pada Allah SWT. Kerana takut dipersoal di depan Allah di hari akhirat kelak adakah rakyat dan masyarakatnya sujud pada Allah, kerana dia dulu yang akan dihisab terlebih dahulu, maka dia menasihati rakyatnya supaya tidak meninggalkan sembahyang, bukan setakat menasihati bahkan diperuntukkan sebahagian besar duit kerajaan untuk mengadakan program bulan Sembahyang. Mudah-mudahan tidak banyak hisaban Allah pada Tok Guru kelak di hadapan Allah kerana dia sudah cuba menyelamatkan rakyatnya dari azab Allah.

    Ini bezanya Kelantan di bawah pemerintahan yang cuba melaksanakan Islam, berbeza dengan di luar sana, yang ada ialah Bulan berhibur semata-mata. Dari bulan Citrwarna Malaysia, Bulan Pesta Air dan sebagainya semuanya membelakangkan Islam. Apa tidaknya, semuanya sarat dengan nyanyian dan tarian. Yang menari pulak perempuan, mendedahkan aurat pula. Begitu juga dengan penyanyi perempuan, berpakaian pula menjolok mata, terlompat-lompat pula di atas pentas. Penonton pula dibiarkan bercampuran lelaki perempuan. Yang menyedihkan berjuta duit kerajaan dihabiskan untuk program yang langsung tidak membangun manusia. Kata hadhari, tapi amalannya sering jahiliah.

    Bukan tak boleh ingin menganjurkan kebudayaan, tapi biarlah berlandaskan Islam, apa gunanya Institusi Agama dan Para Mufti yang dilantik jika mereka tidak dirujuk dalam soal pemerintahan.

    Yang jelas, apabila kekuasaan berada di tangan mereka yang ingin melaksanakan Islam dan punya rasa takut pada Allah, maka mereka akan cuba melaksanakan Islam, SEBALIKNYA, jika kuasa berada di bawah mereka yang jahil agama, tidak takut pada Allah maka soal halal haram ditolak ke tepi, bukan Al-Quran Hadith menjadi rujukan pemerintahan tetapi mereka mencipta undang-undang yang berdasarkan akal dan nafsu semata-mata.

    Firman Allah SWT yang bermaksud :

    "Dan hendaklah kamu berhukum diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikut keinginan hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka jangan sampai mereka memperdayakan engkau terhadap sebahagian apa apa yang telah diturunkan Allah kepadamu .

    Jika mereka berpaling ( dari hukum yang telah diturunkan oleh Allah ) maka ketahuilah sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada kepada mereka disebabkan sebahagian dosa – dosa mereka dan sungguh kebanyakkan manusia adalah orang – orang yang fasiq .

    Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki ? Hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang – orang yang menyakini ( agamanya )" .

    (Surah al Maaidah : Ayat 49 - 50)

    posted by Tolhah @ 7:17 PM   0 comments
    Majlis Perasmian Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan 1428H.
    Saturday, July 14, 2007
    Firman Allah SWT yang bermaksud :

    (yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan (diberi kekuasaan pemerintahan) mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. ( Al-Haj : 41 )

    -klik untuk besarkan imej-

    InsyaAllah, pada 1 Rejab 1428H / 15 Julai 2007 (Ahad), bermula jam 9.00 malam, Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan 1428H.

    Buat masa ini Majlis Perasmian ini masih diusahakan untuk diadakan secara LIVE melalui Kelantan.TV. Walaubagaimanapun setakat ini ia masih belum dapat disahkan lagi.

    posted by Tolhah @ 10:23 AM   0 comments
    Seminar Cadangan Cuti 'Iddah bagi kakitangan awam Kerajaan Negeri Kelantan
    Thursday, July 12, 2007

    -klik untuk besarkan imej-

    InsyaAllah, pada 30 JamadilAkhir 1428H / 15 Julai 2007 (Ahad), bermula jam 8.00 pagi-2.00 petang Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri Kelantan akan mengadakan Seminar Seminar Cadangan Cuti 'Iddah bagi kakitangan awam Kerajaan Negeri Kelantan yang akan diadakan di Dewan Bunga Tanjung, Hotel Perdana Kota Bharu.


    Tentatif Seminar

    0800 - 0900 Pendaftaran
    Makan Pagi

    0900 - 0910 Majlis Bermula
    Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

    0915 - 1015 Pembentangan 1
    Tajuk 1 : Cuti 'Iddah Kematian : Perspektif Hukum

    Oleh : YB Dato' Hj.Mohamed Daud Iraqi
    ADUN Demit / Ketua Dewan Ulama' Negeri Kelantan

    1015-1020 Selingan khas

    1020 - 1120 Pembentangan 2
    Tajuk : Cuti 'Iddah Kematian : Perspektif Sosial
    Oleh : YB Senator Hajjah Mumtaz Md Nawi
    Peguam / Ahli Dewan Negara

    1120-1230 Pandangan wakil-wakil badan & soaljawab
    - Wakil NGO ibu tunggal
    - Wakil Amanah Raya Bhd
    - Wakil Kelantan Family Planning Assoc
    - Wakil DMPNK
    - umum

    1230-0115 Majlis Perasmian Penutup
    Oleh : YB Abdul Fattah Hj.Mahmood
    Pengerusi J/kuasa Pembangunan Wanita, Belia& Sukan


    Seminar ini insyaAllah akan ditayangkan LIVE di Kelantan TV bermula jam 8.00 pagi (www.kelantan.tv)

    BLOGGER
    -Klik untuk LIVE Seminar-
    posted by Tolhah @ 12:51 AM   0 comments
    Kelantan Wujud Pusat Rawatan Haemodialysis Percuma
    Tuesday, July 10, 2007
    KOTA BHARU: 6 Julai – Mana-mana pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang di negeri Kelantan akan menerima rawatan haemodialisis secara percuma apabila Keluarga Bahagia Haemodialysis memulakan operasinya.

    Peringkat awal perlaksanaan dimulakan dengan pembukaan pusat rawatan tersebut yang pertama di Jalan Bayam, Kota Bharu, dua minggu selepas itu pusat yang kedua akan dibuka di Pasir Mas dan seterusnya pembukaan pusat haemodialisis akan dibuka di setiap daerah di negeri Kelantan ini.

    Perasmian pagi tadi itu dilakukan oleh Ahli Exco Negeri, Dato’ Hj Husam Musa yang mewakili Menteri Besar Kelantan yang terpaksa menghadiri satu majlis lain di Jeli.

    Menurut Pengarah Urusannya, En Shazali Shauf, selain menawarkan rawatan secara percuma beberapa perkhidmatan lain juga turut disediakan untuk para pesakit yang menerima rawatan di sini seperti kemudahan pengangkutan pergi dan balik, khidmat nasihat pakar, urut refleksologi dan juga kelas agama.

    Semua ini dilakukan untuk memberikan kepuasan dan kesedaran kepada pesakit bahawa apa yang menimpa mereka bukanlah satu bala atau musibah sebaliknya ia merupakan ujian oleh Allah SWT kepada umatnya.

    “Kita akan mengambil pesakit dalam jarak 10 hingga ke 30 kilometer dari pusat rawatan untuk menerima rawatan ini. Maknanya kita menyediakan pengangkutan untuk pesakit dibawa menerima rawatan dan setelah selesai, kita akan menghantar pesakit kerumah mereka semula” ujar beliau semasa sidang akhbar selepas majlis perasmian.

    “Apa yang kita laksanakan melalui Keluarga Bahagia Haemodialysis dengan menyediakan pusat rawatan percuma yang pertama seumpamanya ini ialah untuk memberikan kesedaran yang menyeluruh dan berjiwa kebajikan terutamanya kepada yang lemah atau yang sakit dan kebajikan adalah di antara tiang-tiang utama Islam yang syumul.

    Yang sakit memerlukan perhatian kerana kesakitan telah memberikan mereka kelemahan dan kadang-kadang tidak berdaya untuk mengurus diri mereka sendiri. Dengan itu yang sihat mempunyai peluang untuk mendapat pahala dengan memberikan bagi perkhidmatan kepada yang sakit”. Ujar Husam semasa berucap merasmikan pusat rawatan ini.

    Pusat ini yang memberi perkhidmatan setiap hari kecuali hari jumaat adalah terbuka kepada sesiapa saja tanpa mengira kaum dan agama.

    Sumber : http://www.husammusa.com
    posted by Tolhah @ 6:47 AM   1 comments
    Jakim hanya mampu menasihati...
    Saturday, July 7, 2007
    Pakaian artis : Jakim sekadar menasihati

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak boleh mengambil tindakan terhadap artis atau stesen televisyen yang tidak mengikut garis panduan berpakaian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Mat Zain.

    Ini kerana, katanya, garis panduan yang dikeluarkan itu hanya sebagai panduan serta rujukan kepada seluruh penggiat hiburan dan masyarakat dalam memastikan aktiviti hiburan yang dijalankan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Islam.

    Beliau menjawab soalan Datuk Paduka Amiruldin (BN-Jerai) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini mengenai sama ada Jakim boleh mengambil tindakan terhadap artis dan stesen televisyen yang tidak mengikuti garis panduan mengenai cara berpakaian yang dikeluarkan jabatan itu.

    Mengenai jumlah garis panduan berpakaian artis yang dikeluarkan oleh Jakim, dr abdullah berkata setakat ni Jakim mengeluarkan 40 garis panduan berkaitan nasihat dalam pelbagai bidang.

    Bagaimanapun, katanya kuasa untuk mengawal cara berpakaian artis dan stesen televisyen di bawah bidang kuasa kementerian penerangan dan kementerian tenaga, air dan komunikasi.

    Mereka telah mengadakan jawatankuasa bersama untuk mengatasi masalah itu dengan kementerian-kementerian yang berkaitan dan nasihat itu akan dipergiat dari semasa ke semasa – BERNAMA.

    Dipetik dari sinar harian, rabu 4 julai 2007

    ---------------------------------------------------------------------------------------------

    Hanya mampu menasihati ??

    Apabila Islam diperintah dan tidak memerintah, kuasa Institusi Agama hanyalah menasihati dan tidak boleh menguatkuasakan akta-akta yang boleh mencegah kemungkaran. Nasihat Menteri Agama dan sekalian Mufti hanyalah menegur, kemudian Kerajaan pun buat-buat perhatian dalam seminggu dua, kemudian ia didiamkan.

    Lihatlah teguran Dato' Harussani berhubung isu bollywood yang dianggap mampu mengancam aqidah dan akhlak umat Islam, dihadkan sekejap siaran bollywood, kemudian isu bila dah reda, ia kembali di kaca televisyen, bukan setakat itu sahaja, Kerajaan Islam Hadhari Malaysia beberapa kali menjadi tuan rumah untuk IIFA Award , anugerah bintang bollywood yang menghidangkan tarian-tarian penari separuh bogel. Bukan itu saja, artis-artis barat wanita yang berpakaian tidak senonoh turut diluluskan permit untuk mengadakan konsert di Malaysia.

    Terkini, teguran Mufti Perlis dan Mufti Selangor supaya menghentikan hiburan realiti TV yang dianggap boleh merosakkan masyarakat, ternyata, jelas mereka hanya boleh menasihati......dan acara maksiat terus berjalan dengan aman tanpa gangguan di negaraku Malaysia yang tercinta ini. Silakan, anda dijemput sekali untuk berdangdut dan berkaraoke tanpa henti kerana tidak ada larangan dalam ajaran Islam hadhari...

    posted by Tolhah @ 9:07 PM   0 comments
    Jazakallah Miqdad & Nasyid Rufaqa
    Friday, July 6, 2007
    Syukur alhamdulillah, nasyid-nasyid yang dicari tempohhari sudah ada sekarang. Setelah menghantar mesej kepada seorang pemilik site yang mempunyai beberapa lagu berkenaan dan meninggalkan ID Yahoo Messenger, semalam akhi tersebut online dan sudi menghantar beberapa lagu Qathrunnada dan Mawaddah Putera. Jazakallah buat akhi miqdad yang sudi luangkan masa untuk menghantar fail-fail berkenaan. Ia memakan masa sebab failnya agak besar.

    Alhamdulillah, nasyid yang dihantar cukup-cukup mendidik jiwa. Sebagaimana yang kita maklumi, nasyid-nasyid dibawah Rufaqa ini lirik-liriknya adalah dipetik dari sajak-sajak Ketuhanan dan membangun jiwa. Em, mungkin ada yang ingin mempertikaikan, kenapa dengar nasyid Rufaqa sedangkan Rufaqa kembali mencetus kontrovesi apabila dilihat cuba menghidupkan pegangan Al-Arqam. Ingin saya perjelaskan, sebahagian besar nasyid-nasyid mereka yang disebarkan pada umum lirik-liriknya tidak bercanggah dengan aqidah Islam, bahkan ia lebih baik dari nasyid-nasyid kontemporari yang ada sekarang. Jangan kita lupa siapa perintis Nasyid tanahair kalau tidak dari Jemaah Al-Arqam, dan sebahagian besar nasyid yang kita dengar oleh kumpulan-kumpulan nasyid tanahair juga adalah diambil dari Album Album Al-Arqam.

    Jangan kita terlampau terpengaruh dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang ghairah menutup premis Rufaqa, menyita dan merampas semua barang di premis Rufaqa, pada masa yang sama Kerajaan yang samalah yang memberi lesen untuk rumah-rumah urut, disko, pub, pusat dangdut yang juga mempunyai unsur untuk menyesatkan masyarakat. Ibarat pepatah, kuman diseberang laut nampak, tapi gajah didepan mata buat-buat tak nampak.

    Cuma ada beberapa perkara yang dipertikaikan apabila mereka menampilkan penasyid wanita ( Mawaddah Puteri ). Liriknya cukup indah cuma mungkin kurang sesuai dinyanyikan oleh gadis remaja yang kita bimbangi boleh mengundang fitnah. Saya sendiri memiliki kesemua CD dan VCD Mawaddah Puteri dan memberi hujah mendengar dan menontonnya atas alasan ia khilaf Ulama, dalam perkara ini Tuan Guru Nik Abd Aziz sendiri tidak mengizinkan penasyid wanita yang berumur 15 tahun ke atas sebagaimana yang dikuatkuasakan di Kelantan. Cuma bagi pihak Rufaqa, mereka ada alasan mereka tersendiri mengapa akhir-akhir ini mereka menonjolkan wanita sebagai penasyid.

    Namun begitu, setelah membaca tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (www.zaharuddin.net) , kita terpaksa mengakui yang Nasyid wanita ini tidak digalakkan oleh Islam kerana wanita ini boleh menjadi fitnah samada dari segi kelembutan suara dan juga perkara-perkara lain.

    Penjelasan Ustaz Zaharuddin mengenai Wanita-wanita yang tampil menjadi artis nasyid. Klik Topik dibawah.


    Bolehkah Wanita Berdakwah Melalui Nasheed?

    InsyaAllah, kalau ada kesukaran untuk akses link ini, saya akan copypastekan disini selepas ini.
    posted by Tolhah @ 3:45 PM   0 comments
    Hentikan Debat Islam Hadhari ‎
    Thursday, July 5, 2007
    Seruan dalam ruang Agama Mingguan Malaysia yang menganjurkan semua pihak “hentikan debat mengenai slogan dan istilah Islam Hadhari” benar-benar mengesahkan bahawa istilah itu telah mencetuskan banyak kekeliruan dan syak akan maksud dan tujuannya.

    Kita sangat boleh bersetujulah dengan kenyataan Dr. Ismail Ibrahim yang berbunyi, “Islam itu satu, iaitu satu agama yang datangnya daripada Allah untuk umat manusia seluruhnya, bukan untuk orang Inggeris atau Melayu, atau Arab dan orang Afrika, bukan untuk orang UMNO atau PAS.” (Mingguan Malaysia 4 Julai 2004). Inilah pun yang selalu saya tegaskan. Saya boleh sahkan juga di sini bahawa apa yang dipetik oleh Dr. Ismail dengan mengambil kata-kata saya yang berbunyi, “Islam itu merangkumi Islam dan iman iaitu Islam di luar dan iman di dalam”adalah benar. Kata-kata saya yang berbunyi, “Islam yang tidak menyebut soal pegangan kepada Al-Quran dan Hadith adalah ditolak” seperti yang dipetik oleh Dr. Ismail selanjutnya juga adalah benar.

    Jika semua kenyataan ini adalah benar, maka Islam dari jenis lain, yang tidak mahu sebut Al-Quran dan Hadith tentunya Islam kosmetik. Islam Hadhari cuma bercelak dan berbedak seperti yang diumpamakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

    Namun, pendapat saya mungkin berbeza sedikit apabila melihat anjuran Dr. Ismail supaya umat Islam menghentikan perbincangan atau perdebatan mengenai Islam Hadhari. Tidakkah berbincang, berbahas dan bermuzakarah adalah semangat Islam? Allah S.W.T. mengizinkan manusia berdebat dan bermuzakarah dalam apa jua perkara. Cuma hakimnya ialah dengan merujuk kepada Al-Quran dan Hadith sebagai sumber pemutus yang qat’in.

    Dalam semangat menjelas dan memberikan keterangan, apa yang PAS jadikan motto cuma berbunyi “Membangun Bersama Islam”. Kami tidak berhajat sedikitpun untuk mendefinisi semula Islam. Ia adalah Islam yang satu. Ia wajib asli. Ia mesti original seperti yang dilancarkan oleh Rasulullah S.A.W. kira-kira 1,425 tahun dahulu tanpa tokok tambah. Kita berpuas hati dan redha dengan Islam yang syumul, kamil dan komprehensif dan biar ianya kekal begitu sampai bila-bila. Jika kita perlu bangun, kita perlu bangun bersama dengan Islam. Jika saya pinjam kata-kata Dr. Ismail, “Islam yang hendak diberi kefahaman itu adalah Islam hakiki dan fundamental dimana asas komponennya terdiri dari akidah, syariah dan akhlak.” Inilahpun yang PAS sedang berikhtiar.

    Buktinya, Kerajaan Negeri Kelantan telah memindahkan akaun Kerajaan ke dalam Bank Islam. Kerajaan Negeri juga mengeluarkan pekeliling dan kempen bagi menggalakkan amalan penutupan aurat. Kita juga menyediakan sistem pajakan alternatif secara Ar-Rahn. Kita wajibkan semua Rumah Awam Kos Rendah dibina dengan 3 bilik. Kita kawal premis penjualan arak. Kita tutup semua premis judi. Kita adakan kawalan hiburan melalui Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998. Kita adakan Yayasan Islam Kelantan dan asaskan sistem pendidikan yang berpaksikan adab, akhlak, ilmu dan amal. Tidakkah usaha-usaha ini di asaskan di atas kesedaran akidah, syariah dan akhlak? Semuanya ini telah kita laku dan akan terus kita ikhtiarkan. Inilah membangun bersama Islam. Kami tidak ‘modify’ Islam atau mengistilahkan Islam dengan tokok tambah yang lain. Islam adalah Islam. Kami cuma menurut, patuh dan mengikut kehendak Islam untuk membangun.

    Apa yang menimbulkan kesangsian ialah apabila Islam itu pandai-pandai dijenamakan dengan Islam Madani dan kini Islam Hadhari. Lepas satu jenama ke satu jenama; Islam itu diarak. Islam dibawa berpindah randah tanpa diketahui akan kepentingannya.

    Tentunya apa yang mustahak ialah soal amalnya. Sekali lagi saya boleh bersetuju dengan Dr. Ismail yang menekankan faktor ilmu dan pengisiannya. Jika begitu, apa perlunya dipecah-pecahkan Islam kepada hadhari atau non-hadhari? Perlu apa pula dicerai-ceraikan Islam itu kepada pecahan-pecahan yang menyerupai sub-budaya (sub-culture) seperti Islam toleransi, Islam hikmah, Islam dinamik dan Islam Pembangunan. Inipun juga telah dipersoalkan oleh Dr. Ismail dengan kata-kata, apalah bezanya Islam Hadhari dengan Islam dinamik, Islam tamadun dan Islam toleransi?

    Kita perlu faham yang setiap sesuatu perlu betul niatnya. Biar ada usul ‘zukhrina’ yang bererti cagaran. Jika suntuk dan kesukaran di akhirat, amal yang dilaksanakan di dunia boleh dijadikan cagaran di hadapan Allah.

    Islam Hadhari Umno dan negara Islam yang diisytiharkan Umno ini bolehkah dijadikan cagaran? Negara Islam bagaimana jika tanpa apa-apa perubahan? Islam jenis ini yang menghalalkan arak, judi dan tiada halangan untuk bergaul bebas dan mendedahkan aurat dapatkah dijadikan cagaran di akhirat?

    Hatta jika di dalam sembahyang yang riak pun tidak diterima oleh Allah kerana rosak niatnya maka bagaimana Islam Hadhari boleh dijadikan sandaran dan tempat bergantung untuk berhujah di hadapan Allah kelak? Niat mesti betul. Struktur mesti betul. Jangan main suka-suka.

    Keadaan menjadi semakin kalut apabila Pemimpin UMNO mula di asak dengan pertanyaan. Mereka kelihatan mulai lemas. Mereka cuba mencari ulama’ setempat termasuk dari timur dan barat untuk menghalalkan konsep “hadhari”nya. Kalau hadhari itu bermakna tamadun, maka Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS telah membinanya dalam bentuk tindakan.

    Sementara UMNO baru diperingkat cuba menjaja pakej Islam Hadharinya secara “direct selling”di tahun 2004, kami telah jauh berada beratus kilometer di hadapan dalam usaha-usaha pelaksanaan. Tunjukkanlah mana satukah diantara usaha yang dibuat oleh kami bersifat anti tamadun sebagaimana tamadun akhlak yang diasaskan oleh Rasulullah S.A.W. Saya tidak ada masalah untuk mendengar kritikan jika ada bukti yang kami membangun dengan mengkhianati sifat-sifat akhlak seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W.

    Jika mahu bertahan sangat dengan Islam Hadhari atau Islam tamadun yang kelihatan cuba dipaksa masuk ke kerongkong rakyat, maka kami tidak ada masalah. Kami telah menjadi pelopor sekurang-kurangnya sejak dari tahun 1990 lagi. Di masa itu, saya kurang pasti pemimpin UMNO sedang berada di mana! Kini, setelah 15 tahun berlalu, mereka sibuk berhadhari pula.

    Belumpun selesai melumatkan usaha penerapan nilai-nilai Islam, dan belumpun reda nafas kerana masih mengah mahu mengislamkan negara yang tidak juga-juga menjadi Islam; kini mereka mahu menjual jenis Islam dalam peket bedak hadhari! Yang kelirunya ialah rakyat. Mereka seakan-akan sengaja melontar bom asap dan dalam kelam asap itulah mereka melakar semula wajah Islam supaya selaras dengan nafsu sekular. Pada saya,Islam Hadhari itu adalah Islam sekular. Ia sejenis Islam yang di bancuh semula oleh Umno untuk memisahkan dunia dari akhirat.

    Dalam hal ini, kita sesungguhnya amat kesiankan rakyat khususnya para penjawat awam. Merekalah yang sering menjadi mangsa dan kumpulan sasar untuk disyarahkan. Faham tak faham, itu perkara kedua. Mereka dikurung dalam kem latihan dan pelbagai dewan dan institut kefahaman di segenap ceruk rantau untuk disogok dengan Islam berbaju baru. Debat tidak perlu. Terima saja! Saya sesungguhnya khuatir. Jangan-jangan rakyat lebih faham apa itu Islam sebenar. Mereka lebih arif dari pemimpin Umno. Mereka lebih kenal jenis Islam saduran yang berwajah pepat mainan Umno. Bunganya lebat, wanginya tidak. Pisangnya hangus, masaknya tidak !

    TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
    Bertarikh : 24 Jamadil Awal 1425 / 12 Julai 2004
    posted by Tolhah @ 10:52 AM   0 comments
    Usaha Kerajaan PAS Kelantan
    Wednesday, July 4, 2007
    Dalam konteks Negeri Kelantan, kami mempunyai cukup banyak bukti kesungguhan kami menentang kerja-kerja yang boleh mendatangkan dosa. Antara lainnya, sejak mula diberikan amanah pada tahun 1990, Kerajaan Negeri memerintahkan agar akaun simpanan dari bank-bank konvensional milik kerajaan dipindahkan ke Bank Islam.

    Kami mengawal premis penjualan dan penggunaan minuman keras. Kami haramkan judi. Kami menggalakkan wanita menutup aurat. Kami mempelopori sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahn). Kami mengawal pertunjukan hiburan melalui Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat hiburan 1998. Kami kawal dan ubahsuai pertunjukan wayang kulit.

    Kami mewajibkan penyediaan 3 bilik sekurang-kurang untuk semua projek perumahan awam kos rendah. Kami meluluskan enakmen hudud dalam Dewan Undangan Negeri sejak tahun 1992 lagi dan cuba melaksanakan hukum hudud dan qisas walaupun sehingga kini masih tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak Umno yang menguasai kerajaan Pusat. Ini semua adalah usaha-usaha pro aktif dan pre emptif. Kelantan sedar akan bala yang boleh dilancarkan oleh Allah SWT pada bila-bila masa jika mana-mana pihak berkuasa terus berbuat dosa, menaja dosa dan maksiat.

    Petikan Pendirian Nik Abdul Aziz 18

    posted by Tolhah @ 5:38 PM   0 comments
    Mencari lagu nasyid
    Tuesday, July 3, 2007
    Saya sebenarnya sedang mencari dan menjejaki beberapa lagu nasyid under Rufaqa (Al-Arqam). Walaupun Rufaqa ni dilanda kontrovesi kerana cuba menghidupkan pegangan Al-Arqam, tapi setakat ini nasyid-nasyidnya yang disebarkan kepada umum cukup-cukup mendidik jiwa, liriknya dan melodinya cukup melapangkan dada dan menenangkan jiwa. Semasa di politeknik Seberang Perai dulu, bersebelahan Bandar Perda yang mempunyai beberapa premis Rufaqa, agak senang untuk mendapatkan album-album Qathrunnada, Mawaddah Putera, Anak Soleh.

    Sekarang dah balik ke kelantan, sukar nak dapatkannya. Saya menjejaki beberapa lagu Qathrunnada dan Anak Soleh seperti Janji Tuhan itu pasti, The beauty of Islam dan Ingatlah jasa mereka.

    Bagi sesiapa yang mempunyai lagu-lagu berkenaan, kalau tak keberatan dan tak menyusahkan, boleh emailkan ke e-mail saya. Mohaf_80@yahoo.com
    posted by Tolhah @ 10:55 PM   0 comments
    ISLAM HADHARI
    Bercakap mengenai tamadun (hadharah), tidak akan lengkap hanya dengan memfokuskan rakyat untuk berjaya di dunia sahaja. Pembangunan di dunia wajib dihubung dengan akhirat. Ini baru dipanggil abadi yang sering disebut oleh Datuk Seri Abdullah. Keabadian itu sesuatu yang berterusan dari dunia hingga sampai hari kebangkitan dan berterusan di dalam kehidupan akhirat kelak.

    Kita kena didik rakyat sembahyang kerana Allah SWT dan elakkan rasuah kerana Allah SWT. Tutup lesen Nite Club kerana Allah SWT dan didik remaja untuk tidak mendedahkan aurat dan elakkan pergaulan bebas kerana Allah SWT. Menguasai ilmu dan menjadi profesional kerana Allah SWT dan menjadi pemimpin yang adil dan tidak membazir kerana Allah SWT.

    Laksana segala hukum dan peraturan dari Allah SWT, untuk Allah SWT dan demi Allah SWT. Semua ini diselaraskan dengan doa iftitah yang membawa maksud " Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan matiku, kerana Allah SWT".

    Inilah bentuk tamadun (hadharah) yang perlu dibangunkan. Inilah yang selalu kita sebut sebagai paksi. Mencantikkan bandar, memperbanyakkan jalan, mengindahkan lanskap taman, memanjangkan landasan terbang, mengukuhkan institusi pendidikan dengan infrastruktur terbaik dan melengkapkan fakulti perubatan dan hospital dengan kemudahan tercanggih - INI TIADA KHILAF. KITA TIADA PERBEZAAN.

    Bagaimanapun, kita wajib kenal paksi terlebih dahulu sebelum mengajak rakyat kepada perubahan.

    Petikan buku Pendirian Nik Abdul Aziz
    Sumber : Http://www.naunganalquran.blogspot.com

    posted by Tolhah @ 6:11 PM   0 comments
    HIBURAN YAHUDI
    Monday, July 2, 2007

    Cubalah berfikir secara 'orang tua'. Bertanggungjawab dan beramanahlah dalam memikul kuasa. Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat bukan kosong. Pengundi adalah kebanyakannya ibubapa. Walaupun ibubapalah yang mencorak pendidikan anak-anak sama ada mereka akhirnya menjadi yahudi atau nasrani tetapi apa pilihan ibubapa apabila kuasa yang ada di tangan pemerintah tidak pernah jemu menghidangkan hiburan yang menyerupai hiburan orang yahudi dan nasrani. Saya berani katakan yang hiburan corak ini sangat direstui oleh pemimpin yahudi. Jika kita mahu pastikan benar atau tidaknya pandangan ini, pergilah tanya Presiden Bush, Tony Blair, Vladimir Putin atau Shirac.

    Petikan buku Pendirian Nik Abdul Aziz 16
    Sumber : Http://www.naunganalquran.blogspot.com
    posted by Tolhah @ 6:18 PM   1 comments
    Redha dengan ketentuan Ilahi
    Sunday, July 1, 2007
    ( Gambar Hiasan )

    Dalam derita ada bahgia
    Dalam gembira mungkin terselit duka

    Tak siapa tahu, tak siapa pinta

    ujian bertamu...


    Bibir mudah mengucap sabar
    tapi hatilah yang remuk menderita
    Insan memandang mempunyai berbagai tafsiran

    Segala takdir terimalah dengan hati terbuka
    walau tersiksa ada hikmahnya

    Harus ada rasa bersyukur
    setiap kali ujian menjelma
    itu jelas membuktikan
    Allah mengasihimu setiap masa
    Diuji tahap keimanan
    Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
    Hanya yang terpilih sahaja
    Antara berjuta mendapat rahmatNya

    Allah rindu mendengarkan
    rintihanmu berpanjangan
    bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
    segala ujian diberi

    Maha bersyukurlah selalu.....

    ------------------------------------------------------------------------------------------------

    Demikian petikan nasyid Rahmat Ujian nyanyian Mestica, benarlah, kadang-kadang apa yang ditakdirkan Tuhan pada kita itu kita rasakan pahit dan tidak memenuhi apa yang kita impi-impikan. Namun, Maha Suci Allah, disebalik kepahitan itu sebenarnya ada rahmat yang tersembunyi. Samaada kita menyedari atau tidak, itu bergantung pada tahap iman kita dan kesabaran kita. Kalau kita gagah dan tabah menghadapinya, sentiasa berbaik sangka dengan Allah, redha dengan setiap keputusan yang Allah tetapkan pada kita walaupun pahit untuk kita menerimanya, insyaAllah Allah akan menyayangi kita kerana kita bersabar di atas ujianNya.

    Sebaliknyanya, jika kita tak mampu walaupun kita tahu ia ketetapan Allah dan itulah yang terbaik untuk kita, kita akan mula diambil kesempatan oleh syaitan untuk buruk sangka dengan Allah. Nauzubillah. Yang pasti, bila kita asyik memikirkan kenapa dan mengapa Allah tentukan begini, kenapa tidak begitu, kita akan tersesat jalan dan nafsu dan syaitan akan mendorong kita melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Natijahnya, kebahagiaan yang cuba kita cari sendiri dengan tidak redha dengan ketetapan Allah pada kita sebenarnya adalah musibah dan bala yang akan menimpa hidup kita.

    Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar dan kepahitan dan penderitaan ini hanyalah seketika cuma, dunia adalah persinggahan dan tempat untuk menguji manusia. Kebahagiaan yang haqiqi adalah diakhirat sana.....kepahitan didunia diiringi dengan kesabaran akan menjanjikan kebahagiaan disana, sebaliknya kepahitan dan secebis penderitaan didunia diiringi dengan kelalaian pada Tuhan dan melakukan perkara yang mengundang kemurkaannya akan menjanjikan azab akhirat yang terlalu pedih.

    ------------------------------------------------------------------------------------------------

    Segenggam Tabah (In-Team)

    Bertali arus dugaan tiba
    Menakung sebak airmata
    Namun tak pernah pun setitis
    Gugur berderai di pipi
    Tidak ditempah hidup sengsara
    Suratan nasib yang melanda
    Menongkah badai bergelora
    Diredah bersendirian

    Bagaikan camar pulang senja
    Patah sayapnya tetap terbang jua
    Sekadar secicip rezeki
    Buat yang sedang rindu menanti
    Segenggam tabah dipertahankan
    Buat bekalan di perjalanan
    Kau bebat luka yang berdarah
    Kau balut hati yang calar

    Telah tertulis suratan nasibmu Derita buatmu ada hikmahnya
    Terlukis senyum di bibir lesu
    Tak siapa tahu hatimu
    Biarpun keruh air di hulu
    Mungkinkah jernih di muara
    Biarpun jenuh hidup dipalu
    Pasti bertemu tenangnya

    Kesimpulannya, apa yang menimpa kita hari ini dan apa yang Allah telah tetap dan takdirkan untuk kita adalah apa yang kita usahakan sebelumnya, sesungguhnya bukan Allah yang berlaku zalim pada kita tetapi kitalah yang menzalimi diri kita sendiri dengan dosa-dosa dan menderhakai Allah SWT. Datangnya ujian dan sesuatu yang pahit buat kita, adalah peringatan dari Allah SWT dan tanda kasih sayangnya untuk kita sedar dari kesilapan yang pernah kita lakukan......
    posted by Tolhah @ 7:51 PM   0 comments
    Seminar Saidatina Khadijah Al-Khuwailid

    -klik untuk besarkan imej-

    InsyaAllah, esok, 17 JamadilAkhir 1428 / 2 Julai 2007 (Isnin), bermula jam 8.00 pagi-1.00 tghari Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri Kelantan akan mengadakan Seminar Saidatina Khadijah Al-Khuwailid bertempat di Hotel Grand Riverview.

    Jangan ketinggalan untuk mengikuti ucapan penutup dan penggulungan oleh YAB Tuan Guru Hj.Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Seminar ini insyaAllah akan ditayangkan LIVE di Kelantan TV bermula jam 8.30 pagi (www.kelantan.tv)


    BLOGGER

    Klik logo untuk LIVE Seminar

    posted by Tolhah @ 12:20 AM   0 comments
    DUSTURUNA


    Demi Masa
    Previous Post
    Archives
    Pelawat
    Say Something
    Pelawat
    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT