Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

A picture describes a thousand words
Wednesday, August 15, 2007
A picture describes a thousand words

Antara kerajaan Membangun Bersama Islam yang menutup jalan-jalan kerosakan dan Kerajaan bermanhajkan hadhari yang membuka jalan-jalan kerosakan ( menggalakkan zina, menggalakkan orang meniru cara berpakaian demikian dan sebagainya ).

Labels:

posted by Tolhah @ 9:54 PM   0 comments
Kemiskinan di Negeri BN ????Betul ke ??
Monday, August 13, 2007
Kluang, Johor Darul **** - Miskin punca rentung

Kluang, Johor - Miskin punca rentung ? Miskin ? di Johor pun ada orang miskin ke ? Tak pernah pun ada di televisyen dan suratkhabar. Bukan ke negeri yang miskin dan mundur adalah Kelantan. Bukan ke rakyat kelantan melarat akibat Kerajaan PAS kelantan tidak tahu memerintah dan mengabaikan rakyatnya yang miskin.

Sekarang, terpampang jelas di dada akhbar, punca kebakaran adalah kerana kemiskinan, tak mampu nak membayar bil elektrik sehingga terpaksa membahayakan diri dengan memasang lilin. Apa sudah tidak mampu wakil rakyat di kawasan berkenaan nak menghulurkan bantuan kerana kononnya merekalah pembela rakyat, pembela orang melayu.

Kalau tak mampu nak menghulurkan bantuan, jangan bising dan jangan hanya nampak kuman di seberang, Godzilla di depan mata pun tak nampak. Ini tidak, habis dijaja isu kemiskinan di kelantan seolah-olah negeri mereka semua penduduknya kaya dan terbela.

Dulu pun begitulah, bila banjir di kelantan, bising suratkhabar dan televisyen mengatakan Kerajaan Kelantan tak pandai memerintah, banjir sana banjir sini.

Nah, sekali Allah tenggelamkan johor baru-baru ini, nak salahkan siapa ?

Kita jangan sesekali sombong dan takabur, memfitnah dan memburukkan orang lain sedangkan pada masa yang sama kita adalah jauh lebih teruk. Kerajaan Johor boleh menghabiskan duit untuk mencahayakan program-program hiburan dan berunsur maksiat seperti Pesta-pesta kebudayaan, Citrawarna Malaysia, joget dan tarian dan sebagainya tapi tak mampu nak menerangi sebuah rumah milik rakyatnya yang kesempitan.

Itu kes tiada bekalan elektrik di Johor, kes di selangor pula menyaksikan masih berlambak rakyat yang hidup dalam kemiskinan di setinggan-setinggan, lebih teruk lagi rumah setinggan mereka dirobohkan dan memaksa mereka tinggal di dalam khemah.

Semiskin Kelantan yang mereka propagandakan, tidak ada lagi kes rakyat yang tinggal di dalam khemah sebagaimana Selangor yang didakwa negeri yang maju. Maju sehingga terpaksa merobohkan rumah rakyat dan juga yang paling teruk merobohkan Surau dan Masjid juga.

"PERTAHANKAN KERAJAAN KITA"
( Kelantan )
posted by Tolhah @ 7:20 AM   0 comments
Menjawab Isu Kemiskinan di Kelantan
Thursday, August 9, 2007
Rancangan Bersamamu TV3 pada 8 Ogos 2007 jam 9.30 malam memaparkan kemiskinan sebuah keluarga di Kuala Ketil Kedah, Kawasan Parlimen Baling. Keluarga Zurinah Abdul bersama 5 orang anak dan menjadi ibu tunggal setelah kematian suami akibat sakit jantung yang merupakan bekas seorang pemandu lorry. Turut bersama tinggal adalah ibu mertua nya.

Zurinah Abdul berkerja disebuah kilang IKS dengan gaji sebanyak RM12.50 sehari, disamping itu juga beliau terpaksa menjual serai dan kunyit untuk menampong kos kehidupan keluarga dan juga perbelanjaan anak untuk kesekolah. Kelima-lima anak nya masih bersekolah sehingga yuran sekolah tertunggak… Dan pihak TV3 yang bertindak untuk menjelaskan tunggakan yuran sekolah anak2 nya.

Keadaan rumah nya yang beratap bocor dan tanpa tingkap yang sempurna hanya ditutup dengan tuala buruk. Pihak TV3 telah berusaha untuk memperbaiki tingkap rumah menerusi wang bantuan TV3 Bersamamu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Inilah realitinya, tapi oleh kerana mereka menguasai segala-galanya, menjelang pilihanraya Umum ataupun pilihanraya kecil, kes-kes kemiskinan di negeri-negeri yang diperintah mereka akan disorok, dan arahan-arahan dikeluarkan kepada media supaya jangan menyiarkannya.

Sebaliknya kes kemiskinan di kelantan akan diperbesarkan, disiarkan setiap malam seolah-olah negeri yang paling mundur, miskin dan rakyatnya melarat adalah Kelantan dan negeri-negeri yang diperintah mereka rakyatnya semua terbela. Rakyat Malaysia pula jenis melayu mudah lupa dan mudah terpercaya dengan penipuan media ini, sedangkan dulu mereka sendiri menyaksikan.

Nantikanlah menjelang pilihanraya umum ke 12, apa yang saya sebut hari ini akan berlaku, biasanya TV1 lah yang akan memainkan peranan atas arahan Kementerian Penerangan, akan ada slot khusus dalam berita jam 8 malam tentang keburukan Kelantan, samada isu kemiskinan dan apa saja yang boleh menjatuhkan Kerajaan PAS di kelantan.

Hmm...dalam saya dok menulis ni ada sahabat yang masuk dan menghulurkan suratkhabar hari ini, Utusan Malaysia bertarikh 10 Ogos 2007 (jumaat), nak tau apa frontpagenya..

"MISKIN PUNCA RENTUNG" - Kluang, Johor. Tidak mampu bayar bil elektrik sebabkan 5 beranak rentung. Ini yang terpampang di muka depan akhbar Utusan hari ini.

Masa tak mencukupi, insyaAllah, saya akan siarkan keratan akhbarnya disini selepas ni....apapun, baca dan buatlah penilaian sendiri. Negeri yang diperintah oleh siapa ini yang membiarkan rakyatnya tinggal dalam kegelapan akibat dipotong bekalan elektrik sehingga mengorbankan nyawa mereka semua. Kalau kerajaan Kelantan dituduh mengabaikan tanggungjawab pada rakyat, mana ADUN dan JKKK di kawasan ini yang kononnya prihatin dan membela rakyat...

posted by Tolhah @ 9:19 PM   0 comments
Usaha memburukkan Kerajaan PAS Kelantan - SINAR HARIAN
Tuesday, August 7, 2007

Baru-baru ini saya ada memasukkan frontpage sinar harian yang bersikap adil dan telus dengan memaparkan gambar menteri besar, YAB Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz yang menasihatkan rakyatnya supaya bersembahyang. Alhamdulillah, kita berterima kasih atas laporan berita yang disiarkan, sememangnya ia adalah tanggungjawab akhbar untuk memaparkan berita yang baik dan membina masyarakat, lebih-lebih lagi ia adalah dari Menteri Besar Kelantan sendiri, Ketua kerajaaan yang mana syarikat akhbar perlu ada ruangan khusus untuk kenyataan-kenyataannya. Kalau negeri-negeri luar syarikat akhbar boleh berbuat demikian, kenapa tidak di kelantan. Kenapa perlu bias sedangkan apa yang ingin disiarkan itu adalah suatu kenyataan rasmi seorang menteri besar untuk kebaikan masyarakatnya.

Namun, akhir-akhir ini sikap Sinar Harian amat-amat mengecewakan, benarlah apa yang ditulis sebelum ini oleh seorang bloggers yang Sinar Harian menerima bayaran dari UMNO kelantan untuk menyiarkan berita, rencana dan artikel yang memburukkan kerajaan negeri kelantan dan memburukkan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Kita boleh menerima kalau ia adalah kritikan membina dan suatu teguran untuk memperbaiki kerajaan tapi kalau ia adalah serkap jarang dan tuduhan tanpa fakta yang tidak berasas maka ini adalah tulisan khianat yang bertujuan menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

Hari ini, sinar harian bertarikh 8 Ogos 2007 (rabu) di ruangan advetorial memaparkan Tajuk Serambi Mekah : Kemiskinan di kelantan fenomena yang menakutkan

Antara ulasannya ialah dalam abad ke 21 dan selepas 50 tahun merdeka, pemerintah terlepas pandang pada rakyat miskin di kelantan. Memang kita tidak menafikan masih ada golongan miskin di kelantan dan masih ada yang belum dibantu kerana mungkin maklumat yang belum sampai kepada kerajaan negeri dan juga tercicir dalam memberi bantuan. Apa yang mengundang kemarahan saya ialah penulis berkenaan menulis seolah-olah hanya kerajaan kelantan yang membiarkan rakyatnya melarat kemiskinan dan hanya di kelantan sajalah kemiskinan seumpama ini wujud sebagaimana tajuknya “kemiskinan di kelantan fenomena menakutkan”.

Saya kira penulis ini tidak mempunyai televisyen di rumah, dan juga tidak pernah membaca akhbar-akhbar termasuk akhbar sinar harian sendiri sebelum menulis suatu tulisan yang tidak berkualiti, yang serkap jarang dan terlalu bias sehinggakan kuman diseberang jalan nampak, tapi gajah di depan mata tidak nampak.

Setiap hari dipaparkan dalam berita, di dalam akhbar baik Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya, termasuklah Sinar harian sendiri tentang kemiskinan penduduk di seluruh tanahair, bukan saja di kelantan, tapi juga di terengganu, pahang, kedah dan lain-lain. Keadaannya sama saja, kalau di kelantan ada rakyat miskin yang masih belum menerima bantuan dari kerajaan, begitu jugalah dengan negeri lain.

Penulis ini juga agaknya tidak pernah menonton rancangan Bersamamu, terbitan TV3 yang memaparkan kisah insan dhaif di seluruh tanah air, dan kebanyakan kes yang dipaparkan ialah di negeri luar kelantan dan ada 2 kes di luar kelantan yang memaparkan rakyatnya yang masih belum mendapat bekalan elektrik, tinggal dalam kegelapan bertemankan lilin. Begitu juga yang dipaparkan dalam Mysiasat NTV7, kes-kes yang selalu dipaparkan majoritinya adalah dari negeri-negeri luar kelantan.

Penulis agaknya terlupa yang melayu paling miskin dan tertindas sekarang berada di pulau pinang, negeri Perdana Menteri Malaysia sendiri. Lihatkan keadaan melayu pulau pinang yang dinafikan hak mereka, disinilah fenomena menakutkan sedang berlaku pada generasi melayu di pulau pinang.

Inilah media yang diperalatkan untuk kepentingan politik pihak tertentu, dengan membeli beberapa helaian mukasurat dengan bayaran yang lumayan, penulis-penulis upahan ini mula menulis mengikut sedap hati mereka tanpa membuat kajian dan meneliti fakta-fakta terlebih dahulu. Sedarkah penulis ini, selama ini kerajaan kelantan dianak tirikan oleh pusat dan peruntukan yang diberikan adalah jauh lebih sikit berbanding negeri-negeri yang diperintah oleh mereka. Itupun dalam keadaan peruntukan negeri-negeri lain selain kelantan yang banyak, masih banyak kes-kes kemiskinan sebagaimana dipaparkan oleh media mereka sendiri juga. Tapi alangkah malangnya, akibat dengki dan iri hati, bila sebut kemiskinan, maka kelantanlah sasarannya. Seolah-olah negeri lain, rakyatnya semua terbela, sedangkan apa yang berlaku adalah lebih teruk lagi apabila rumah-rumah rakyat pun mereka robohkan, bukan setakat rumah rakyat, rumah Allah (surau dan masjid) pun menjadi mangsa.

Untuk sinar harian, pada hari pertama anda dilancarkan, anda mengadap YAB Tuan Guru dan meminta komen beliau, dan mengambil gambar beliau sedang membaca Sinar Harian untuk tujuan menarik pembaca membeli akhbar ini. Dulu anda mempergunakan Tok Guru, sekarang anda tikam tokguru dari belakang dengan bersubahat menyiarkan artikel yang memburukkan kerajaan kepimpinan beliau. Semoga anda lebih bersikap adil dan telus dalam menyiarkan berita-berita berkaitan kerajaan Kelantan. Jangan kerana imbuhan dan sogokan, anda mengadaikan prinsip dan etika kewartawanan.

Labels:

posted by Tolhah @ 6:09 PM   1 comments
Minggu Perayaan AlQuran
Thursday, August 2, 2007



InsyaAllah, bermula 1 Ogos 2007, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam akan mengadakan Minggu Al-Quran yang melibatkan beberapa program seperti Seminar Antarabangsa Taranum Al-Quran dan beberapa aktiviti lain.

Labels:

posted by Tolhah @ 3:49 PM   0 comments
Evan AlMighty - Mengancam Aqidah Ummah
Wednesday, August 1, 2007
Dalam hal ini, agaknya Dato' Zam tidak pernah mendengar istilah AlGhawzul Fikr (penjajahan pemikiran), dan agaknya Dato Zam terlupa Allah SWT sudah berfirman dalam Al-Quran yang Yahudi & Nasrani tidak akan redha dengan orang Islam selagi orang Islam tidak menuruti agama mereka. Dan agaknya Dato' Zam lupa yang Barat sedang menyesatkan Islam dengan serangan halus melalui Hiburan, Sukan dan sebagainya.

Dato' Zam yang dikasihi, inilah serangan Yahudi melalui Hiburan yang sering diberitahu oleh Alim Ulama, bukan saja Ulama yang membangkang Dato Zam saja tapi Ulama yang sekapal dengan Dato Zam pun mengakui Hiburan adalah salah satu senjata halus musuh Islam dalam menghancurkan Islam. Selain lagu-lagu dengan liriknya yang menyesatkan, filem yang mengandungi unsur sebegini juga salah satu agenda tersembunyi Barat dalam menghancurkan Islam.

Dato' Zam tidak sepatutnya meletakkan tanggungjawab ini kepada ibubapa sahaja untuk mengawal anak-anak mereka supaya tidak menontonnya, di mana pula tanggungjawab Kerajaan, tidakkah kerajaan punya kuasa untuk menyekatnya. Kalau penceramah bebas yang tiada permit memberi kuliah di Masjid & Surau di Selangor, boleh pula mereka disekat, ditangkap oleh pihak berkuasa, kalau akhbar-akhbar yang tiada permit boleh disekat KDN, kalau Surau dan Masjid pun boleh dirobohkan, takkanlah nak menyekat satu filem pun Kerajaan tak mampu lakukan.

Mudahnya Dato Zam mengatakan jika ibubapa takut kepercayaan anak tergugat, menjadi tugas mereka menghalang anak-anak mereka dari menonton. Mudahnya jawapan yang diberi dalam soal yang melibatkan pegangan aqidah orang Islam, jika rosak aqidah anak-anak, maka ia adalah kesalahan ibubapa dan Kerajaan pula melepaskan tangan, begitu ??

Ini bukan soal melatah, ini soal sensitiviti ummah, ini soal penghinaan kepada Islam dan Al-Quran, ini soal statistik murtad yang semakin meningkat di negara kita.

Sekarang melayu sudah melupakan isu ini kerana sememangnya 'Melayu Mudah Lupa' lebih-lebih lagi melayu disebelah sanalah. Ia bakal disiarkan pada 23 Ogos nanti, dan akan ditonton oleh anak-anak muda melayu yang jahil tentang Islam, dari tidak memahami Islam, semakin keliru mereka dengan Islam, dari yang lemah pegangan aqidah, menjadi semakin longgar pegangan aqidah...

50 Tahun Merdeka, SELAMATKAH AQIDAH UMMAH ??

posted by Tolhah @ 5:28 AM   0 comments
Imbas Kembali - Kenyataan Meremehkan Agama

Umat Islam jangan cepat melatah kerana sebuah filem - ZAM
(Kenyataan yang meremehkan agama dan ancaman terhadap aqidah umat Islam)

PUTRAJAYA 15 Julai – Umat Islam di negara ini perlu lebih bijak menangani isu yang berkaitan dengan agama dan jangan cepat melatah apabila berhadapan dengan sesuatu yang dianggap mencabar akidah serta kepercayaan termasuk oleh sebuah filem, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin.

Beliau berkata, apa yang lebih utama ialah peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam mengukuhkan akidah anak masing-masing yang akan menjadi benteng yang kukuh bagi melindungi generasi muda Islam daripada dipengaruhi oleh elemen tertentu yang cuba menggugat keimanan mereka.

Zainuddin berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas desakan pelbagai pihak agar kerajaan mengharamkan penayangan filem Evan Almighty kerana didakwa mengandungi babak menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam dengan mempersendakan Tuhan dan Nabi Noh.

“Umat Islam tidak sepatutnya menjadi lemah dengan melatah hanya apabila disajikan filem sebegini,” katanya di sini hari ini.

Zainuddin berkata, jika ibu bapa takut kepercayaan anak mereka tergugat, adalah menjadi tugas mereka untuk melarang anak-anak daripada menonton filem berkenaan.

Beliau berkata, tindakan mengharamkan filem itu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah kerana rakyat Malaysia berada dalam persekitaran bangsa dan agama yang berbeza.

“Kita hidup dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, jadi kita perlu lebih bijak dalam menghadapi isu berkaitan keagamaan ini,” katanya.

Katanya lagi, kalaupun filem itu diharamkan tayangannya di pawagam, orang ramai masih boleh mendapatkannya menerusi Internet.

Menurutnya, rakyat juga mudah membuat pilihan kerana terdapat banyak pilihan filem yang ditayangkan di pawagam dan bukannya hanya ada satu filem itu sahaja.

Filem Evan Almighty itu memaparkan pelakon Morgan Freeman sebagai God (Tuhan) telah mengarahkan pelakon Steve Carell (yang melakonkan watak Evan Baxter) untuk membina sebuah bahtera bagi menghindar banjir besar yang akan melanda New York.

Filem itu yang sudah mendapat kelulusan pihak Lembaga Penapis Filem Malaysia dijadualkan ditayangkan di pawagam negara ini pada 23 Ogos depan.

Labels:

posted by Tolhah @ 5:17 AM   0 comments
Imbas Kembali - Filem Evan Almighty
Evan AlMighty - Serangan Halus Yahudi dalam merosakkan aqidah umat Islam

Kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman

Kerajaan diminta haramkan Evan Almighty

KUALA LUMPUR 13 Julai – Kerajaan diminta mengharamkan filem Evan Almighty yang dijadual ditayangkan di pawagam negara ini pada 23 Ogos ini, kerana didakwa mengandungi babak menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam apabila mempersendakan Tuhan dan Nabi Nuh.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, beberapa babak filem itu jelas terpesong daripada ajaran Islam dan boleh mempengaruhi dan menyesatkan remaja Islam yang menontonnya.

“Kita bimbang ia akan mempengaruhi minda anak kita kerana filem itu jelas merujuk kepada kisah banjir besar pada zaman Nabi Nuh yang kemudian telah dimanipulasikan sehingga menjadi satu bentuk komedi yang menghina Islam.

“Perbuatan memaparkan Tuhan sebagai manusia dalam filem itu terpesong daripada akidah Islam,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sedutan daripada filem yang menelan kos kira-kira RM604 juta (US$175 juta) itu yang kini dipertontonkan di pawagam-pawagam, memaparkan pelakon Morgan Freeman sebagai God (Tuhan) telah mengarahkan pelakon Steve Carell (memegang watak Evan Baxter) untuk membina sebuah bahtera bagi menghindar banjir besar yang akan melanda New York.

“Walaupun sekadar filem, tetapi kita masih bimbang jalan cerita itu mampu menggugat minda pelajar Islam, lebih-lebih lagi bila ia menyentuh sejarah yang pernah mereka pelajari di sekolah,” katanya.

Dr. Maamor berkata umat Islam perlu berwaspada dengan cara halus untuk memesongkan umat Islam termasuk melalui penggunaan media dan filem.

“Mereka biasanya tidak menyasarkan usaha itu kepada kita yang dewasa ini tetapi mereka biasanya menyerang minda anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan pernah mengharamkan pelbagai filem termasuk filem tempatan atas sebab tidak sesuai ditayangkan kepada rakyat negara ini dan sewajarnya pengharaman sama dikenakan kepada filem itu.

Dr. Maamor berkata orang ramai boleh menghantar bantahan mereka terhadap penyiaran filem itu ke laman web PPIM di www.muslimconsumer.org.my dan PPIM akan menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

Bekas Pengarah Kor Agama Angakatan Tentera, Brig. Jen. (B) Datuk Najmi Ahmad berkata, filem seperti itu sepatutnya diharamkan sejak dari awal lagi kerana ia jelas menghina dan memperlekeh sejarah Nabi dan Rasul.

“Pelakuan membina bahtera seperti mana yang akan ditunjukkan di dalam filem itu tidak benar malahan menggambarkan wajah Nabi dan Rasul pun sudah bertentangan dengan syariah Islam,” katanya.

Najmi berkata kerajaan sebelum ini pernah mengambil tindakan tegas berkenaan penyiaran lukisan karikatur Nabi Muhammad s.a.w di sebuah akhbar dan ia sepatutnya dilakukan juga terhadap filem ini.

“Kita tidak mahu nanti, hanya kerana kita memperjuangkan kreativiti dan komedi dalam filem, kesannya ialah kita hanya dapat untung sekarung, namun rugi seguni,” katanya.

Pada tahun 2003, filem pertama sekuel Almighty itu yang juga arahan Tom Shadyac bertajuk Bruce Almighty juga mengundang kontroversi dan bantahan di negara ini, namun ia ditayangkan juga di pawagam setelah mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem.
dipetik dari Bernama


Labels:

posted by Tolhah @ 5:02 AM   0 comments
Imbas Kembali - Muqadimmah
Imbas Kembali - Isu-Isu meremehkan agama di negara kita

Seperti kata bekas Perdana Menteri Malaysia, "Melayu Mudah Lupa", terutamanya melayu-melayu dibelah sanalah, mereka mudah sangat melupai isu-isu sensitif yang mencemar agama mereka sendiri, hari ini mereka mendengar dan melihat dengan mata kepala sendiri pemimpin mereka membelakangkan agama, esoknya mereka buat-buat lupa dan menuding dan mengherdik Ulama-Ulama disebelah sini kononnya Ulama disebelah sini memperalat agama untuk kepentingan politik.

InsyaAllah, kita akan imbas kembali beberapa siri memandang remeh akan soal penghinaan agama dan kenyataan-kenyataan dari Menteri sebelah sana yang bercanggah dengan agama.

Labels:

posted by Tolhah @ 4:57 AM   0 comments
DUSTURUNA


Demi Masa
Previous Post
Archives
Pelawat
Say Something
Pelawat
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT