Ahlan Wasahlan
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sahabat Cinta Alam
Campaign

PAS UNTUK SEMUA

Web Pilihan
Blog Terpilih
Bebaskan Palestin
Visitors
free web counter
Munajat
Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Pandangan Mufti Perlis
Tuesday, April 8, 2008
SOALAN: Apakah pandangan Dr. tentang kerajaan-kerajaan baru yang dibentuk oleh pembangkang; khususnya Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor?

JAWAPAN: “Melihat kepada senario politik yang sedang berlaku dalam negara ini, maka beberapa perkara –setakat ini- mungkin boleh saya ulas seperti berikut:

1) Rakyat patut memuji kepimpinan Kerajaan dan rakyat Kelantan. Mereka terkenal dengan kematangan politik. Walaupun media yang bongkak menghina mereka sebelum pilihanraya berlaku, namun mereka telah berjaya merentasi pilihanraya dengan jayanya –alhamdulillah-. Di kala negeri-negeri lain masih dalam kekalutan, Kelantan tenang dan damai dengan keputusan yang dibuat oleh rakyatnya. Mudah-mudahan itu sebagai tanda bahawa Islam yang dilaungkan di Kelantan benar-benar mendapat keberkatan Allah. Bumi Kelantan adalah antara benteng-bentang umat Islam di negara ini. Wajib kepada seluruh muslimin terus membantu hasrat Islam yang dilaungkan, selagi zahir padanya keikhlasan bukan bertujuan politik semata. Masih banyak ruang yang boleh dilakukan untuk mengangkat imej Islam di negeri berkenaan.

2) Kerajaan Baru Kedah adalah harapan umum agar prinsip-prinsip siasah Islam yang menekankan soal keadilan dan kemaslahatan rakyat dalam dasar dan perlaksanaan benar-benar dapat dihayati. Mereka perlu bernafas panjang dalam mengambil sesuatu tindakan agar kegopohan parti mereka di Trengganu dahulu tidak berulang. Kelihatannya YAB Menteri Besar Kedah yang baru, mampu menonjolkan ciri-ciri kematangan politik yang baik di peringkat awal ini. Pegangan ‘siasah untuk maslahah ummah’ amat penting agar tidak timbul sama sekali unsur politik membalas dendam. Kita berdoa agar prinsip-prinsip Islam yang damai, harmoni lagi adil dapat dikecapi oleh rakyat Kedah menerusi kerajaan mereka yang baru.

3) Kerajaan Baru Selangor sebenarnya berhadapan dengan situasi yang amat sengit. Ini kerana, Selangor adalah negeri maju, rakyatnya mungkin lebih sensitif dan kritis. Kedudukan Selangor yang terdedah kepada dunia yang lebih terbuka, menjadikannya kayu pengukur golongan cerdik pandai sejauh manakah slogan golongan pembaharuan politik ini dapat direalisasikan. Nampaknya tawaran-tawaran Kerajaan Baru Selangor mampu menzahirkan prinsip pemerintah mengutamakan rakyat seperti yang menjadi teras siasah dalam Islam. Kita amat berharap ketelusan dan kejujuran akan menjadikan mereka lebih unggul dibandingkan kerajaan sebelum ini.

4) Ada pun Perak, saya belum dapat melihat perkembangannya. Namun keperibadian yang baik YAB Menteri Besar yang baru mudah-mudahan mengundang pertolongan Allah untuk pentadbirannya.

Sekali lagi saya ingin sebut, seperti yang sering nyatakan dalam berbagai tulisan dan kenyataan saya, bahawa laksanakanlah keadilan dan ketelusan, di situlah akan lahirnya cinta rakyat dan keberkatan Allah. Jangan ulangi segala bentuk penyelewengan dan kebongkakan yang pernah dilakukan oleh mereka yang lain sebelum ini, kerana pada bongkah, sombong dan tidak telus itu mengundang kebencian rakyat dan kemurkaan Allah”.

Labels: ,

posted by Tolhah @ 7:13 AM   0 comments
Wikipedia - NIK AZIZ
Tuesday, October 30, 2007
Sudah agak lama tidak me'mosting', banyak isu dan perkara-perkara yang berlaku di depan mata dan kedengaran di telinga yang kurang manis di pandang dan tidak sedap di dengar. Semuanya tentang keadaan keadaan di tanah airku yang tercinta. InsyaAllah, imbasan kembali isu-isu akan dipaparkan di sini, lebih-lebih lagi dalam situasi menjelang Pilihan Raya Umum ke 12. Penyelewengan perlu didedahkan dan kemungkaran perlu dicegah.

Dalam duduk me'nyurfing', saya cuba memasukkan nama 'Nik Aziz' ke dalam ruang pencarian Yahoo. Dan result pertama yang diperoleh ialah Maklumat dari Wikipedia mengenai YAB Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.


Nik Aziz Nik Mat

From Wikipedia, the free encyclopedia

Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (born 1931 in Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia) is a Malaysian cleric and an opposition politician from Islamic Party of Malaysia (PAS). He is currently Kelantan’s PAS commissioner and the Menteri Besar (Chief Minister) of the state.

He pursued his study majoring in Shari'ah (Islamic Law) at Egyptian Al-Azhar University. During the time of his study, he is one of the witnesses and a civilian to have lived in the heat of Arab-Israeli Wars.

He survived his administration even under intense pressure politically and economically by the former Prime Minister Tun Dr. Mahathir, who clashed frequently on the role Islam should or should not play in state- and national-level politics in multi-ethnic and multi-religious Malaysia.

He is generally respected as a positive and well-meaning political leader, but has drawn criticism for his expressed views on the necessity of unequivocal application of Islamic shariah law to all facets and levels of society of Muslims.

Despite his position as Menteri Besar, the head of the Kelantan State, he lives in his small house and leads a very moderate life instead of using an official government residence. Being a prominent figure in the Islamic Party of Malaysia, he receives support from a number of Muslims and non-Muslims in and outside of Kelantan.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Maklumat yang diberikan oleh Wikipedia nampaknya lebih tepat dari apa yang dipaparkan oleh Media-Media di Malaysia. Wikipedia menyatakan Tok Guru Nik Aziz menghadapi tekanan politik dan ekonomi yang hebat dari bekas perdana menteri, Tun Dr.Mahatir yang mengatakan Islam tidak boleh memerintah negeri dalam suasana Malaysia yang rakyatnya terdiri dari pelbagai etnik dan pelbagai agama. Ternyata, semuanya silap, kerana PAS telah berjaya memerintah Kelantan selama 17 tahun tanpa menghadapi apa-apa masalah dari sudut kepelbagaian kaum dan agama.

( Rumah Menteri Besar Kelantan bersebelahan Masjid dan Madrasah Pengajian Agama )

Juga Wikipedia menyatakan kesederhanaan YAB Tuan Guru Nik Aziz, walaupun bergelar Menteri Besar sebuah Kerajaan, tetapi hanya tinggal di rumah yang kecil dan hidup sederhana dan tidak menggunakan Kediaman Rasmi Menteri Besar yang disediakan.

Semalam, 29 Oktober 2007, Kerajaan Pusat telah melancarkan ECER ( Wilayah Ekonomi Pantai Timur ) di Kelantan. YAB Tuan Guru Dato' Hj.Nik Abd.Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan telah dijemput untuk menghadiri dan turut diberi peluang berucap. Pelancaran ECER ini telah disiarkan secara langsung melalui TV1 pada jam 2 petang kelmarin, dan apa yang amat mengecewakan sewaktu giliran YAB Tok Guru berucap, RTM 1 telah menyiarkan selingan dan iklan dan tidak menyiarkan ucapan Tok Guru untuk disaksikan oleh seluruh Malaysia. Betapa dayus dan bacul serta tidak profesionalnya tindakan ini, kerana yang akan berucap itu seorang pemimpin pembangkang, maka diberhentikan seketika siaran langsung itu.

Syukur alhamdulillah, siaran langsung itu tidak hanya disiarkan oleh RTM tetapi siaran Live Streaming melalui Web juga telah diambil inisiatif oleh Kelantan TV untuk disiarkan melalui internet. Bagi yang ingin mendengar ucapan YAB Tuan Guru, anda boleh memuatturun klipvideo ucapan Tok Guru di Portal Kelantan TV http://kelantan.tv/ktv07/

Wallahua'lam

Labels:

posted by Tolhah @ 8:04 AM   0 comments
DUSTURUNA


Demi Masa
Previous Post
Archives
Pelawat
Say Something
Pelawat
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semoga kita beroleh Keampunan ALlah SWT